Sabtu, April 09, 2011

Bila Jaminan diberikan Pasti Rakyat Sarawak Akan Terus Memilih BN!!!

Rakyat dapat pilih wakil rakyat mampu jamin masa depan: KM

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

SELANGAU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yakin rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mampu membela nasib dan menjamin masa depan mereka dengan sentiasa sedia berkhidmat demi rakyat.

Beliau menyifatkan rakyat sebagai penilai sebenar pucuk pimpinan kerajaan dan mampu memilih wakil rakyat yang ikhlas berkhidmat demi rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Kejayaan pembangunan yang dikecapi kita pada hari ini adalah hasil semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang bangsa. Negara kita terus maju dengan keadaan politik yang kukuh,” jelasnya.

Taib berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Juboh, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.

Katanya, kerajaan negeri telah menyusun pelan rancangan pembangunan yang mampu memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat serta generasi muda.

“Pelan pembangunan jangka panjang, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak(SCORE) telah dirangka khas untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

“Pelaksanaan SCORE mampu memberi peluang meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat serta menyediakan pembangunan modal insan yang berkualiti,” ujar Ketua Menteri.

Menurut Taib, usaha menaik taraf status Kolej Laila Taib kepada universiti membuktikan usaha kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda.

“Jangan berhenti untuk meneruskan niat belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan telah menyediakan bantuan biasiswa kepada anak-anak kita,” katanya.

Oleh itu, Taib menggesa penduduk luar bandar agar merebut peluang peniagaan dan pekerjaan menerusi pelaksanaan projek pembangunan SCORE.

Pada majlis yang sama, Taib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta hingga RM3 juta sebagai permulaan pelaksanaan projek pembinaan jalan di Nanga Sekuau.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee.

Source: Utusan Borneo

Short URL: http://www.sarawakpage.com/?p=2348

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"