Jumaat, April 08, 2011

Pakar Jantung Calon BN N.10 Pending

Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah mengemukakan 25% calon muka baru yang jelas ia merupakan salah satu usaha untuk MEREMAJAKAN parti. Di samping calon-calon BN ini juga mempunyai kemahiran dan pengalaman tersendiri yang berupaya memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat negeri Sarawak kelak.

Sumandak berpeluang memperkenalkan salah seorang calon SUPP yang akan menjadi perhatian semua pihak. Kebetulan juga kerusi yang ditandingi adalah salah satu kerusi panas SUPP. Calon ini tidak asing kepada rakyat Sarawak dan atas dorongan ingin berbakti kepada rakyat Sarawak beliau sanggup menolak kerjaya yang pasti membawa kemasyuhran dan kemewahan nama beliau di persada dunia perubatan di peringkat antarabangsa sebagai salah seorang pakar sakit jantung.

Dengan gelaran Profesor, Dr. Sim Kui Hian mengambil keputusan drastik sebulan yang lalu meletakkan jawatan sebagai Pengarah Pusat Jantung Sarawak untuk memberi penumpuan penuh kepada bidang politik yang kini beliau ceburi.

Beliau sempat ditemui dan berkata " Selama ini saya hanya membantu para pesakit di hospital sahaja terutama pesakit jantung dan kali ini berilah saya peluang untuk berbakti kepada ANDA di DUN Pending".

Jelas matlamat utama Dr. Sim adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam pelbagai sudut.

Dr. Sim adalah anak kepada Tan Sri Sim Kheng Hing, bekas timbalan Ketua Menteri Sarawak. Bak kata pepatah Melayu dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi juga. Pepatah Barat pula "Like Father, Like Son". Apa pun pepatah yang paling utama adalah keikhlasan Dr. Sim memastikan kehendak dan keinginan rakyat DUN Pending dibawa ke Dewan Undangan Negeri kelak sekiranya beliau berjaya pada 16 April.

Sumandak doakan semoga usaha murni Dr. Sim akan diberkati semua pihak khususnya pengundi Pending.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"