Khamis, April 07, 2011

PKR hancurkan perpaduan DAYAK - SNAP

Tepat pada masanya untuk SNAP menyuarakan keadaan sebenar apa yang cuba dilakukan oleh PKR dalam Pilihan Raya Sarawak ke-10 2011. Adakah ini nasib yang bakal diterima oleh kaum Dayak? Adakah anda ingin melihat sendiri bukan parti watan menjadi penaung kerajaan negeri yang sik tau asal usul negeri walaupun menggunakan anak watan Sarawak sebagai calon PKR? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka bakal menjadi pengkhianat kaum DAYAK? Apa yang boleh mereka lakukan kalau mereka menang pada pilihan raya ini?

Kali ini bukan atas tiket kempen politik tetapi kita perlu melihat dari satu sudut yang penting iaitu kesedaran bahawa perpaduan kaum Dayak semakin membimbangkan. SNAP dituduh sebagai parti 'gunting dalam lipatan pembangkang' yang kononnya diupah oleh UMNO untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat. SNAP dikatakan juga keras kepala dan tidak tahu menghargai hubungan kawan antara parti pembangkang. Tapi ini yang dikatakan sendiri oleh Presiden SNAP:-

sumber : BERNAMA @ 7 April 2011

Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) Edwin Dundang hari ini menuduh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghancurkan perpaduan kaum Dayak kerana meletakkan calon menentang Snap pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

NONEBeliau berkata parti kaum Iban itu tidak akan tunduk lagi kepada PKR kerana Snap telah memberi laluan kepada PKR bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Ba'kelalan, Batang Ai dan Tamin.

"Mereka yang mencabar kita (Snap) adalah mereka yang mencabar perpaduan Dayak. Mereka adalah pengacau," katanya selepas proses penamaan calon bagi 71 kerusi DUN yang dipertandingkan selesai hari ini.

Dundang menerima kejutan apabila PKR meletakkan calon bagi kerusi Marudi meskipun sebelum ini Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali mengumumkan PKR bertanding di 49 kawasan serta menyerahkan Marudi dan Pakan kepada Snap.

Presiden Snap itu sendiri akan bertanding di Marudi, yang menyaksikan pertandingan empat penjuru berhadapan calon BN, Sylvester Entri ak Muran yang juga penyandang, calon PKR Gerang ak Dagom dan calon bebas, Michael Ding Tuah.

Snap mempunyai 26 calon bertanding di kerusi majoriti kaum Dayak.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"