Rabu, April 06, 2011

Muat Turun Youtube Hak Individu -Rais



Sumandak berkesempatan bertemu dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim semasa beliau merasmikan program Pelancaran Kampung Tanpa Wayar di Kampung Sileng Dayak dan Sileng Melayu Lundu.

Rais menjawab beberapa perkara menyentuh isu VIDEO PANAS yang diupload dan dimuat turun oleh pelayar sesawang.

"Undang-undang yang ada pada SKMM hanya ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tetapi tidak menerangkan secara jelas apa yang boleh diupload atau dinaik muat daripada peralatan-peralatan tertentu".

"Ada beberapa lunas dari sudut undang-undang terutamanya di bawah seksyen 213 atau 233"


"Pada masa ini ada beberapa pihak keterlaluan yang memuatkan bahan-bahan video ke dalam blog dengan menyentuh kepentingan perkauman, raja-raja dan kedaulatan sultan-sultan turut kementerian teliti dari sudut perundangan untuk dikemukakan kepada peguam Negara."

Jawapan ini dikemukan oleh RAIS bila ada wartawan tempatan Sarawak mengutarakan soalan adakah individu atau kumpulan membuat memorandum berhubung isu penyebaran video panas yang dikatakan sama muka dengan pemimpin kanan sebuah parti kiri di negara ini.

Rais memaklumkan bahawa beliau menerima satu Memorandum daripada pihak tertentu yang mendesak agar SKMM mengambil tindakan WAJAR atas penyebaran video terbabit dalam Youtube.

Sumandak hairan juga bila mana ada blog yang menyiarkan tahap kurang ajar terhadap kesucian agama Islam, bahasa Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan yang paling hina dan jijik bila meletakkan kedudukan Raja-Raja di negara ini sebagai insan yang cukup hina tarafnya tidak pula ada desakan berbentuk memorandum kepada SKMM... Kenapa dalam video ini ada pulak reaksi yang cukup luar biasa.

Bukankah dalan Youtube juga tersiarkan Wan Azizah yang ditemani anak kesayangannya Nurul Izzah mengesahkan sendiri bukan Anwar dalam video memandangkan beliau sebagai isteri dan dr pasti susuk badan suaminya lebih beliau ketahui. Jadi mengapa dan kenapa perlu untuk desak SKMM bertindak.

Sumandak pun setuju jugalah kepada Wan Azizah untuk tangkap Dato T sebab mereka da salah menyebarkan serta menayangkan video lucah kepada umum. Apa salahnya Dato T ditangkap untuk dapatkan kebenaran pasti Dato T reda sebab BERANI KERANA BENAR.....

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"