Selasa, April 05, 2011

Manifesto PKR Sarawak - JANJI TERUS!!!!!!

Guna gambar Anwar dengan mengangkat 1 tangan menunjukkan 5 jari terbuka luas tanda sapaan kepada orang Sarawak. Atau tanda ‘Tunggu aku bagi janji bukan jaminan”!!!!.

Risalah Suara Sarawak dengan tagline KEMBALIKAN HAK RAKYAT telah mula dibalonkan (diterbangkan) kepada rakyat Sarawak khususnya di kawasan separa bandar. Sebab kalau tabur di kawasan Bandar pasti DAP marah sebab itu adalah kawasan kubu kuat DAP.

Nampak sahaja mereka ni sepakat antara DAP-PAS-PKR tapi tetap bergigit sebab masing-masing ada kepentingan kecian sungguh dengan pengundi Sarawak. SNAP pula apa cerita? Takkan SNAP mahu tunduk sama PKR yang bakal mensasarkan 28 kerusi DUN SARAWAK. SNAP bukan parti calang-calang kehadiran dia di SARAWAK mampu gugat PBB kalo ndak ngam itu fung shui.


Anwar selar parti lama konnya ditaja untuk pecahkan undi PKR... pastinya SNAP yang diperkatakan.

http://sarawakupdate.com/home/local-news/anwar-selar-parti-tua-ditaja-pecah-undi-pkr/

Berbalik dengan risalah 4 helai dengan dimuatkan dalam 8 muka surat berwarna kertas pun berkualiti (kertas minyak) menunjukkan PKR ni berduit juga ba bila datang di Sarawak atau dorang dapat wang ehsan dari rakyat Selangor terutamanya dari Menteri Besar GAGAP.

Kandungan risalah ni semua main “copy n paste” dari blog-blog yang kononnya cukup disegani di Sarawak. Blog haluan kiri yang telah lama aktif dan kononnya lagi blogger ini menyuarakan kebajikan rakyat Sarawak. Tapi hairan setiap blog punya intipati tersendiri dengan mengangkat kaum-kaum tertentu sahaja dan bukan kebajiran rakyat Sarawak secara menyeluruh. Dimuatkan lagi satu radio haram yang hanya boleh dilayari di internet menggunakan gelombang dari LONDON yang dikenali RADIO HARAM SARAWAK.

Yang Sumandak cukup tertarikh helaian muka surat terakhir JANJI-JANJI KAMI “JAKU SEMAYA KAMI” antaranya:-

  1. Suruhanjaya Tanah – Kembalikan Hak Tanah (dalam tempoh setahun PKR kononnya akan menggubal Perundangan Tanah Sarawak dan menubuhjan Suruhanjaya Tanah)
  2. Tabung Basmi Kemiskinan 1 Billion – Kami akan menubuhkan Tabung Basmi Kemiskinan bernilai RM1 billion untuk membantu keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan rasmi
  3. Pentadbiran Kerajaan C.A.T (Competency, Accountabality, Transparency) – Kami akan menegakkan undang-undang dan piawaian mutu secara professional dalam kerajaan.
  4. Kebebasan Beragama – Kami menolak diskriminasi agama. Semua agama dibenarkan beramal ibadat secara bebas dan menggunakan apa sahaja bahasa dalam upacara keagamaan.
  5. Bantuan Warga Emas RM400 – Kami akan bantu semua warga emas berumur 60 tahun dengan bantuan kebajikan tahunan sebanyak RM400.

PKR kena bagi “bom” sikit ngan Sumandak sebab tolong sebar luaskan Manifesto PKR untuk rakyat Sarawak sempena PRN Sarawak 16 April 2011.

Tapi yang masih tertanya2... kabur-kabur ba pemahaman Sumandak ini tetang beberapa perkara berhubung dengan Manifesto PKR Sarawak:-

1. Hak Tanah – setahu Sumandak sejak tahun 2010 seluas 30,000 hektar tanah NCR Berjaya diukur oleh Jabatan Tanag dan Survei Sarawak melibatkan kos RM20 juta. Dan terkini pada Mac 2011, Kerajaan Pusat tambah lagi RM60 juta untuk buat menyukatan perimeter tanah hak adat bumiputera (NCR) yang bakal melibatkan 300,000 hingga 400,000. Jadi kalaulah Baru Bian, Ketua PKR Sarawak dapat nyatakan di mana modal kos untuk selesaikan isu tanah dalam tempoh setahun. Negeri yang mereka kuasai (Selangor) pun ndak tentu arah nikan lagi mao jaga Sarawak. Bagus lagi bagi SNAP orang sendiri juga ba.

Berita Penuh : RM60 juta untuk sukat tanah NCR (http://sarawakupdate.com/home/local-news/rm60-juta-untuk-sukat-tanah-ncr/)

2. Tabung Basmi Kemiskinan 12 Billion – Sumandak berkesempatan bertemu penganalisis ekonomi Malaysia dan usahawan Berjaya anak tempatan MIri (Dr. Hj Azmy Morsidi). Idola beliau adalah Tun Mahathir Mohamad dengan kata-kata yang perlu kita renungi bersama melalui buku sulungnya Changes For Hope.

  • “Tun Dr. Mahathir Mohammad has done a lot puy Malaysia on the map and secure Malaysia’s dignity, even during the financial crisi and the domestic political crisis from 1997 to 1998......dan yang penting satu ialah Tun Dr. Mahathir did not bow down to the pressure of the world’s economic anxiety and surrender Malaysia to the influence and authority to the IMF. Berbanding pandangan Anwar (bapak PKR) mahupunb IMF semasa beliau menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dan atas usaha Mahathir kita Berjaya sehingga ke hari ini tidak hidup dalam dunia kolonis yang mana ekonomi dikuasai oleh dunia. Contoh terdekat kita lihat ekonomi Indonesia...kaya dengan sumber tapi penduduk hidup susah hingga berlaku penghijrahan lebih 2 juta di beberapa Negara hampir dan Malaysia sehingga kini mengnampung hampir 200,000 rakyat Indonesia yang bekerja. Sumandak inginlah bertanya untuk tabung basmi kemiskinan dananya dapat dari mana? Duit Rakyat ke semuanya?Nampak gayanya taikon-taikon yang banyak sekitar Miri dan Bintulu akan jadi sasaran untuk bagi dana kepada PKR.

3. Pentadbiran Kerajaan C.A.T – Alhamdulillah calon BN telah diperkenalkan kecuali Dun Bakalalan yang masih lagi misteri. 71 Dun yang dipertandingkan PBB -35 DUN, SUPP-19 DUN, PRS – 9 DUN dan SPDP – 8 DUN. BIla Sumandak terima list semalam semua calon BN dari pelbagai suku kaum yang ada di Sarawak. Jadi apa lagi yang mahu dijanjikan oleh PKR kepada Sarawak. Kalaulah Sarawak ini gagal dibangunkan oleh Ketua Menteri Pehin Seri Dr. Hj Abd Taib Mahmud dikatakan orang jutawan kenapa nama dia tidak tersenarai dalam JUTAWAN MALAYSIA???

List 10 Jutawan Malaysia http://panduanjutawan.blogspot.com/2007/05/senarai-10-rakyat-malaysia-paling-kaya.html

4. Kebebasan Beragama – satu yang pasti bila bible dah boleh guna khalimah Allah. Dan terkini bible boleh dicetak dalam bahasa Melayu di Malaysia. http://www.malaysiakini.com/news/160449. Apa lagi bukti yang mahu kita tunjukkan kepada PKR menyentuh kepada kebebasan agama ini. Lain la kalau mahu buat agama liberal sebagaimana yang dianuti beberapa Negara. Sumandak suka mengambil Islam liberal yang diamalkan di Jakarta yang mana satu perkahwinan Islam boleh dilakukan di mahkamah sivil yang mana pasangan baik lelaki atau perempuan berlainan agama boleh berkahwin. Tapi cuba fikirkan adakah ini sihat untuk kita ataupun apa pula masa depan anak-anak bila melihat ayah atau ibu berlainan agama?


5. Bantuan warga emas RM400. Ini semua hanyalah janji dan tidak semestinya ditunaikan oleh PKR. Kita buat pengiraan sendiri jika di seluruh Negeri Sarawak ada 35 ribu warga emas maka PKR akan menyediakan RM14 juta untuk warga emas Sarawak. Kalo mereka dapat tunai lagi bagus jugak tapi sekali lagi Sumandak ingin bertanya di mana dana PKR Sarawak untuk tunaikan kesemua janji kepada rakyat SARAWAK

Kelima-lima janji yang dibuat oleh PKR cukup menarik....sebab bolehlah Sumandak katakana dia berbentuk gula-gula @ mee segera... tempih setahun kononnya semua boleh dilakukan.... tapi tengok semula Selangor negeri yang diperintah oleh PKR isu air sahaja sudah masuk 3 tahun lebih memerintah isu air ndak juga selesai cakap bagi 20 mp air percuma tapi skang sudah dikurangkan kepada rakyat Selangor..... Jadi apa pun Sumandak serahkan kepada pengundi Sarawak terutama generasi muda Sarawak fikirkan masa depan... seburuk-buruk SNAP tu parti pembangkang Sarawak dapat membawa suara sebenar orang Sarawak di Dewan Undangan Negeri tetapi PKR hanya tahu buat janji... janji...janji...... 16 September pun dia gagal laksanakan inikan lagi mahu tawan Sarawak..... menjijikkan saja impian PKR kepada Negeri Sarawak.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"