Jumaat, April 01, 2011

RON 97 naik 20 sen

Satu lagi keadaan yang bakal menjadi rungutan rakyat Malaysia bila harga petrol (RON 97) naik 20 sen mulai 2 April 2011. Kenaikan ini disebabkan harga petrol RON 97 dikawal oleh pasaran antarabangsa. Situasi ini memang sudah dijangka akan berlaku hanya kita menunggu bila kenaikannya. Semua ini disebabkan krisis politik di Timur Tengah hingga menjejaskan harga runcit minyak petrol di peringkat dunia.


Tapi bersyukur sungguh Sumandak bila harga petrol hanya melibatkan RON97....sebab RON 95, Diesel dan LPG masih lagi kekal. Kerajaan Malaysia masih meneruskan subsidi minyak kepada rakyatnya.


Dan usaha yang masih lagi diteruskan oleh pihak kerajaan dengan memberikan rebet tunai kepada rakyat malaysia mengikut jenis kenderaan yang digunakan. Tidak kira orang ini hidup sederhana atau sebaliknya mereka berhak mendapat rebet tunai di bawah skim baru subsidi bahan api:-

RM625 kepada individu yang memiliki kapasiti enjin 2000 cc dan tidak ketinggalan kepada kenderaan pacuan 4 roda seperti pick up dengan kapasiti 2500cc.

RM150 kepada individu yang memiliki motorsikal dengan berkapasiti 250cc.


Manakala bagi individu yang tidak layak terima sikim subsidi ini mereka pula mendapat pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 bagi kenderaan yang berkapasiti lebih daripada 2000 cc dan RM50 kepada pemilik motorsikal yang berkapasiti lebih 250cc.


Sumandak yakin kenaikan RON 97 bukan menjadi masalah utama rakyat Malaysia. Kita masih ada pilihan kalo tidak kita boleh beralih kepada RON 95. Memanglah kalau fikirkan kualitinya tidak dapat menandingi RON 97 tetapi sekurang-kurangnya kita ada PILIHAN itu yang paling utama. Anda pengguna yang bijak Sumandak yakin masalah kenaikan harga petrol RON 97 bukan satu masalah besar selagi kita dapat buat pilihan.... Fikirkan lah bersama.


Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"