Rabu, April 06, 2011

Isu Tanah Sarawak - Kebajikan Penduduk Bumiputera Sarawak Tetap diBELA

Lim Guan Eng........ Penduduk Pulau Pinang membakar gambar muka Guan Eng kerana berbohong kepada rakyat Pulau Pinang.... wujud ketirisan pentadbiran DAPig Pulau Pinang... rakyat menderita!!!!

Sumandak suka membawa ANDA berfikir secara logik dan rasional. Tidak sekali-kali menerima tuduhan memBABI buta kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak bukan satu pilihan raya olok-olok yang boleh kita buat seperti jual ikan... bila mahu untung jual... Bila marah kita pangkah PEMBANGKANG bila menyesal mahu patah balik aduh bukan main susah lagi ba cuba kita tengok di Pulau Pinang.


Antara gerai yang diruntuh oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai, Pulau Pinang

Nasib orang tempatan di anak tirikan banyak gerak-gerai yang diusahakan penduduk tempatan tidak kira Melayu, Cina dan India dibongkar atas alasan ingin menstrukturkan semula pusat perniagaan dan ada yang mengatakan mereka berniaga secara haram. Maka siap lagi wakil rakyat DAPig bersama-sama Majlis Perbandaran Seberang Prai membawa peralatan kedai dan gerai untuk disita... sungguh efesiennya wakil rakyat tu!!!!!

Balik kepada satu tud
uhan yang cukup tidak tahu untuk BERSYUKUR kepada pengundi yang bernama Ibrahim Ahmad, 40 tahun yang tinggal sekitar Pekan Debak, Dun Seribas mengatakan bahawa kerajaan tidak sama sekali mengindahkan @ mempedulikan kehendak rakyat untuk selesaikan isu tanah.

Cuba bakar diri... kerajaan Pulau Pinang menutup perniagaan KOMTAR hingga ada yang cuba bakar diri kerana inilah tempat mereka mencari rezeki hidup


"Permintaan penduduk kampung untuk dapatkan geran tanah seolah-olah tidak dilayan. Sedangkan ini tanah nenek moyang kita,” kata Ibrahim lagi.

Tapi ini yang Sumandak perolehi dan sumber yang cukup diyakini dan dipercayai bukan berunsur POLITIK yang kononnya cuba memancing undi. Ini semua usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

sumber : Utusan Malaysia (akhbar yang sangat dibenci Pakatan rakyat ) klik di sini untuk baca penuh artikel ini

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sajeli Kipli, masalah timbul apabila ada penduduk mendakwa tanah di kawasan lain yang hakikatnya tidak diterokai untuk tujuan penempatan dan pertanian serta tidak diselenggara adalah Tanah NCR milik mereka.

Tanah yang dikategorikan milik kerajaan negeri didakwa sebagai tanah NCR milik mereka dan menuduh kerajaan negeri merampasnya apabila dimajukan.

Ini meliputi sama ada untuk pembinaan perumahan atau diserahkan kepada syarikat swasta bagi pelbagai tujuan termasuk pembangunan.

Justeru, untuk mengelakkan pertelingkahan di antara suku kaum, setiap permohonan penduduk untuk mendapatkan status tanah NCR, maka Jabatan Tanah dan Survei negeri akan membuat kerja ukur atau menyukat.

"Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf tanah NCR tetapi ada orang kata kita tidak berbuat demikian. Namun, orang yang mahukan status itu harus membuktikan dia membuka kawasan pertanian atau penempatan dan menjaga penyelenggaraan kawasan itu," kata Sajeli.

Setakat ini kerajaan BN Sarawak mengeluarkan 195,986 geran tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Sarawak dan 2,557 lot telah diwartakan sebagai tanah untuk kegunaan bersama bagi pelbagai tujuan di bawah Seksyen 6.

Hakikatnya, BN komited untuk melaksanakan pendaftaran 1.5 juta hektar tanah tersebut ke dalam sisten pendaftaran tanah. Dikatakan pengukuran keliling Tanah NCR akan terus dijalankan dalam membendung seterusnya mengatasi kekhuatiran pemilik tanah adat terhadap tanah masing-masing.

Di bawah konsep baru pembangunan Tanah NCR, hampir 500,000 hektar tanah di seluruh kawasan diluluskan setakat ini dengan pesertanya melangkaui 16,000 orang (pemilik tanah).

Sejumlah lebih 20,000 hektar tanah juga berjaya disukat meliputi seluas 28 kawasan manakala sejumlah 234,142 hektar lagi melibatkan 107 kawasan akan disukat tahun ini. Malah penyukatan lebih banyak tanah NCR akan dilakukan di bawah inisiatif baru nanti.

Kerana itu, Sajeli meminta rakyat Sarawak sentiasa berwaspada dengan dakyah yang cuba dilemparkan pihak tertentu bahawa kerajaan negeri kononnya telah merampas tanah. Ini lebih-lebih lagi apabila diuar-uarkan bahawa terdapat lebih 200 kes tanah adat yang sudah dikemukakan di mahkamah, namun masih tertangguh sehingga hari ini.


Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"