Sabtu, April 09, 2011

KANAPATAN SUDAH KEJIJIKAN DAP

Nakan sudah ba Sumandak cakap jangan ko labu karang kanapatan sudah ko main kotor itu bah. Sekarang siapa yang susah bila dibuat laporan polis....sekarang siapa yang rugi!!!!!

TAKTIK KOTOR: Dr Chan menunjukkan laporan polis dan risalah yang diedarkan di seluruh Miri oleh parti pembangkang DAP. Kelihatan sama Lee dan Andy

SUPP buat laporan polis berhubung risalah DAP yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam membuat laporan polis berhubung satu risalah yang diedarkan oleh Parti Tindakan Progresif (DAP) di seluruh bandar raya ini.

Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, mereka terpaksa membuat tindakan tersebut kerana ia bukan sahaja menjejaskan imej parti malah ia berunsur hasutan dan fitnah. “Malangnya pihak lawan sudah menggunakan taktik kotor pada hari pertama kempen. Mereka melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas seperti rasuah yang mana itu adalah pembohongan.

“Ini suatu yang serius. Kita tiada pilihan melainkan melaporkan perbuatan terkutuk itu kepada pihak polis.

Kalau kita berdiam, orang akan ingat kita betul-betul buat,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat SUPP Miri semalam.

Hadir sama calon kerusi Senadin, Datuk Lee Kim Shin, calon Pujut Andy Chia dan David Siaw Ting Cheng yang bertindak sebagai peguam parti.

Mengulas lanjut, Dr Chan yang juga calon Piasau menambah, berikutan laporan itu polis akan menyiasat mengenai risalah berkenaan dan satu pasukan peguam telah ditubuhkan untuk meneliti kes tersebut.

Sementara itu, SUPP dalam laporan polis semalam memberitahu, pada 6 April 2001, jam 4 petang bertempat di pasar Miri, pengadu yang merupakan ahli veteran parti mendapati satu risalah manifesto dalam bahasa Cina dan Melayu oleh parti DAP diedarkan di seluruh Miri.

Antara kandungannya adalah “pemimpin SUPP membutakan diri terhadap skandal-skandal yang melibatkan Taib Mahmud.

SUPP langsung tidak berani menentang skandal-skandal tersebut dan sudah tidak relevan dalam arena politik Sarawak, kepentingan rakyat Sarawak dan Miri bukan agenda utama SUPP, mereka hanya mementingkan kepentingan diri dan kedudukan mereka sahaja”. Dalam pada itu, Dr Chan memberitahu parti itu akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan tindakan parti lawan, DAP yang mengubah simbol Dacing Barisan Nasional sebagai dacing berat sebelah.

“Kita tidak pernah menterbalikkan simbol Roket ke bawah justeru kita akan buat aduan kerana melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Source: Utusan Borneo

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"