Jangan kelirukan rakyat itu dah menjadi asas utama dalam perjuangan Kerajaan BN di Malaysia, Sabah pun tak terkecuali gak... Bila isu Bernard nak jadi calon BN-Bebas.. macam tak caya langusng takkan lah Bernard S. Maraat nak khianat bangsa dan negara dia hanya untuk penuhi kehendak dan kepuasan hati beliau.... (berita penuh)
Sumandak yakin dan pasti Bernard tersilap cakap kot sebab sebelum ni beliau dah berikrar masa PIRU ke-12 akan setia bersama BN dan sehingga kini Bernard dah jadi Ketua Bahagian PBS Liawan....
Sejarah semasa beliau jadi MP Pensiangan memang beliau merupakan pemimpin yang cukup menjaga kebajikan rakyat Pensiangan. Cakap je pelusuk kampung mana yang beliau tak pergi.... jalan kaki 8 jam selepas guna pengangkutan bot 2 atau 3 jam pun beliau dah redah... nikan lagi ada niat nak mengkhianati rakyat Pensiangan. Atas sebab inilah Bernard takkan jadi calon BEBAS... Datuk Jhon Ghani dah buat kesilapan semasa jadi calon BEBAS yang turut membayangi bahawa beliau adalah BN-BEBAS.
Tapi ape hasil yang beliau dapat rakyat sekali lagi membuat pilihan untuk memilih calon BN pada PIRU ke-12. Seorang pemimpin sejati tak perlu risau rakyat tahu sape kita.... rakyat tahu menilai.... rakyat dah bijaksana.... rakyat dah sedar dan rakyat dah memperakui kreadibiliti ANDA sebagai pemimpin. Jika kita sanggup keluar BN hanya nak membuktikan kita nak jaga kebajikan rakyat tapi membelakangi tunjang kepimpinan sedia ada itu bukan nama pemimpin malah bakal dikatakan 'KATAK'....
Tindak tanduk kita sedang dalam pemerhatian.... terdapat individu dan kumpulan yang suka mengambil kesempatan dalam satu-satu keadaan.. mereka tak pernah memikirkan secara ikhlas kebajikan rakyat... dan yang memalukan sekali ialah menjadikan anak-anak kecil dan kaum ibu sebagai benteng dalam merealisasikan matlamat JAHAT mereka...... (KITA RENUNGI BERSAMA)
3 ulasan:
Sumandak, angaplah ini semua perkara biasa... sudah menjadi asam garam politik...
Dalam dunia politik... kita tak boleh lari dari permainan politik kotor... Pemimpin dinamik yang berjiwa rakyat sering menjadi mangsa fitnah dan mcm2 lagi. Ini kerana ada mata2 yang kurang senang dengan sikap keperihatinan mereka...
Tapi apa yg jelas disini kita semua tahu bahawa Bernanrd bukan penghianat bangsa dan negara...
Salam Perjuangan...
Sumandakbayau,
Dulu ketika John Ghani menjadi Calon Bebas-BN, kerajaan BN sangat kuat. Bila John Ghani menang, BN tidak perlukan ia, sebab BN sudah kuat. Sekarang ni suasana berbeda.
Jika Bernard menjadi calon Bebas-BN, dan menang, saya rasa Kerajaan BN akan terima beliau, kerana BN sedikit lemah.
Begitulah perkiraan politik masa kini.
Salam
Bro Jinggo
Bungaraya...
Harap jugalah Bernard kena fitnah.... lagi pun BN tak akan terima calon yang telah mengelar diri mereke BN-BEBAS....
Rakyat Sabah dah tengok keadaan Jhon Ghani... walaupun beliau baik dengan BN tetapi kalo dah keluar dari parti untuk jadi calon BEBAS... BN tak akan sekali-kali menerima mereka semula....
Pikirkan saja Bro Bungaraya... kalo teori ni di aplikasi semua bakal calon habis negara kita... kalo tak suka calon yang di pilih... keluar jadi calon BEBAS
bila dah menang atas tiket BEBAS senang2 je nak masuk BN semula... kalo macam ni calon tu tak sesuai jadi pemimpin... rakyat akan perhatikan tahap kesetiaan dia sebagai seorang pemimpin... ni dah boleh dikategorikan sebagai PEMIMPIN KATAK....
Catat Ulasan