Jumaat, Disember 26, 2008

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM ~ Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/ , http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com/ adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..


Yang Benar,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )

2 ulasan:

bungaraya berkata...

Kementerian Dalam Negeri boleh saja memekakkan teliga dengan gesaan yang dibuat oleh BPN. Namun perlahan-demi-perlahan orang melayu yang memboikot semakain bertambah ramai. Boikot ini akhirnya berakhir dikertas undi.
BN kena hati-hati. Jangan sewenangnya memekakkan telinga kepada apa yang disarankan oleh BPN.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Kenyataan bro terlau keras, Man tak berapa setuju dengan penjelasan mengatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri 'memekakkan teliga' rasanya apa pun tindakan yang mereka nak ambik kena melihat pro dan kontra jadi kita sebagai ahli BPN kena sabar dan yakin ape je tindakan mereka selanjutnya....

Kalo kita dah menuding mereka ni macam tak telus dalam menjalankan tanggungjawab rasanya pihak pembangkang lagi suka.... Agak2la buat kenyataan ni bro... SABAR

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"