Selasa, Disember 09, 2008

JaLAN RayA SaLoNg - SePuLuT perLU DiBaIki SeGera

(Sumber: New Sabah Times 8 Dis,2008)

Tak sampai sebulan selepas lawatan kerja Menteri KerjaRaya ke kawasan P.182 Pensiangan kini hampir 6 ribu orang penduduk di Daerah Kecil Pegalungan yang merangkumi Mukim Pegalungan dan Pensiangan menuntut agar kerajaan Negeri dan Pusat dapat menyegerakan projek penyelenggaran/ pembinaan semula jalan raya sekitar kawasan tersebut. (klik berita penuh)


Diharap pihak Kementerian KerjaRaya dapat bertindak segera dalam tangani isu ini kerana dibimbangi terdapat individu yang cuba memanipulasikan fakta sebenar hingga menjejaskan kreadibiliti kerajaan sedia ada.






9 ulasan:

bungaraya berkata...

Sumandak,
Tahun 2003 saya selalu berkunjong ke Ranau dari Tambunan melalui jalan atas Banjaran / Jalan Tambunan terus ke Ranau. Dipertengahan jalan, terdapat keruntuhan Jalanraya kira-kira sepanjang 30 meter. Sudah diperbaikikah?

sumandak bayu berkata...

Salam Bro BUngaraya...

Sedang dibaiki bro oleh Jabatan KerjaRaya... kawasan tu sering saja mengalami masalah yang sama boleh dikatakan 2 tahun sekali.... punca utama wujud pergerakan di bawah tanah.... iaitu laluan air...

Ape pun kerajaan negeri dah buat jalan alternatif iaitu pitas-beluran.... pensiangan - kalabakan...

JAdi bro bole guna jalan alternatif jika nak pigi Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Tapi kalo nak setakat pigi kundasang, ranau dan tamparuli memang laluan yang bro cakap tu lah... ape pun rakyat Sabah amat harapkan projek penambahbaikan jalan raya kawasan pedalaman di Sabah dapat dilaksanakan secepat yang mungkin

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro..
Gagak di Nablu Lodge sekarang ni.. Tengah buat Road Show Majalah Humor Petama Sabah & Labuan Gergitan..
Maklumat lanjut di bicaragagak.blogspot.com

Ajin b. Gagah berkata...

Sumandak ,
Selamat bertemu kembali. Kali ini diblog mu pula.
Thanks kerana komen yang menyayat hati di ruang chat mu.
Now main issue. Saperti mana yang saya perhatikan dalam gambar yang disertakan, memang keadaan jalan tersebut teruk dan bahaya untuk lalu lintas.

Perlu di baik pulih dengan serta merta. kerana ia nya akan ranap dan runtuh dalam kadar bila-bila masa. Punca sabenar dan jenis kerosakan hanya dapat dikomenkan satelah mendapat lapuran terperinci dari Jurutera geoteknik yang ditugaskan nanti.

Syukur, kerana belum ada kemalangan nyawa dan harta benda yang dilapurkan.

Namun, dari apa yang saya hayati dalam berita yang dipaparkan beberapa persoalan timbul. Antara nya;
1) Taraf Jalan – sama ada jalan JKR atau jalan-jalan kampung yang ditadbir oleh pejabat daerah
2) Sudah kah komplen disampaikan secara rasmi kepada pehak yang bertanggung jawab
Harapan saya, semua nya telah dibuat dengan betul.

Walau macam mana pun perkara jalan rosak saperti ini tidak perlu diPolitikkan. Kerana dalam keadaan seada nya , ia nya berlaku tanpa di duga. Berlaku dimana-mana di dunia ini.

Cuma mungkin kalau tiada usaha atau tindakan dari pehak yang berkenaan , mungkin sesiapa pun pengguna jalan tersebut lumrah nya akan buat bising.

Dalam usaha saya sendiri, saya akan hubungi sahabat saya Ir. Edward Lingkapu, Jurutera Bahagian Keningau dan sampaikan berita ini kepada beliau. Atau pun saya sampaikan terus kepada Pengarah JKR Sabah Ir John Anthony. Mana lah tahu tindakan akan mereka susuli satelah di bagi tahu nanti. InsyaAlah

sumandak bayu berkata...

Salam Solymone,

Sememangnya ini lah yang Sumandak nantikan bloggers yang sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat Sabah.. Sekali lagi Sumandak ucapkan syabas kepada Solymone.

Sememangnya isu ini tidaklah perlu untuk dipolitikkan kerana benda dah terjadi dan dah masanya untuk tindakan susulan daripada pihak tertentu.

Diharap solymone dapat memaklumkan segera kepada rakan solymone dengan kadar segera kerana jalan raya tersebut adalah laluan 6,000 penduduk dan melihat semula kepada gambar nyata sekali laluan itu tidak selamat untuk dilalui...

Ape pun Sumandak harapkan Solymone dapat memaklumkan semula kepada Sumandak jika ada perkembangan kerana Sumandak ingin masukkan semula isu ini ke dalam blog Sumandak.....

Ajin b. Gagah berkata...

Sumandak,
Saya sudah maklumkan kepada yang berkenaan.selalu nya stragegi mereka saperti berikut;
1)mengenal pasti lokasi dan keadaan kerosakan. Kuantiti yang terlibat
2)Estimate dan memohon peruntukan segera dari HQ.
3)melantik kontraktor yg berwibawa untuk menyelesaikan masaalah dalam kadar masa yang sesuai.
Saya pun berharap agar tindakan di lakukan oleh sahabat-sahabat saya demi untuk Kredibiliti Jabatan mereka.
Itu sahaja usaha yang termampu saya laku kan setakat ini ,sumandak.
Namun kita kena tunggu juga.
Soal di politikkan, kita sama-sama benteraskan.
kerana kalau dipolitikkan hal saperti ini akan merugikan negeri kita jua. Hal senang jadi susah.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

SALAM PERJUANGAN...
BARU HARI NI BERKESEMPATAN MELAYARI BLOG. PERKHABARAN BARU DITERIMA.
BLOG YANG DINYATAKAN TIDAL DITEMUI.

sumandak bayu berkata...

Salam Solymone,

Kita doakan bersama-sama usaha ini dapat dijalankan secepat yang mungkin kerana laluan ini adalah laluan utama penduduk seramai 6,000orang Salong-Sepulot...

Ape pun Sumandak bagi wakil rakyat Pensingan mengucapakan jutaan terima kasih atas bantuan Solymone...

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"