Wajar bagi rakyat Sabah mengikuti saranan yang dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) cawangan Sabah untuk memulaukan kedai runcit yang masih degil menurunkan harga barang terutamanya barang keperluan asas. (Klik untuk berita penuh)
Selama ni hampir semua rakyat Sabah hanya menerima tanpa sebarang rungutan mengenai isu kenaikan harga barang. Namun kali ke-6 penurunan harga minyak di pasaran oleh kerajaan telah membantu menurunkan kos pengangkutan yang ditanggung oleh para peniaga baik pemborong mahupun peruncit. Oleh itu, tidak ada lagi alasan mereka menanggung kos yang tinggi hingga berupaya meningkatkan harga barang di pasaran,
Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya jika KPDN & HEP tidak mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa, baik di bandaraya, bandar, pekan mahupun kampung. Usaha adalah tangga kejayaan untuk kita bersama-sama mempastikan harga barang asas tidak memberi beban kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah.
Selama ni hampir semua rakyat Sabah hanya menerima tanpa sebarang rungutan mengenai isu kenaikan harga barang. Namun kali ke-6 penurunan harga minyak di pasaran oleh kerajaan telah membantu menurunkan kos pengangkutan yang ditanggung oleh para peniaga baik pemborong mahupun peruncit. Oleh itu, tidak ada lagi alasan mereka menanggung kos yang tinggi hingga berupaya meningkatkan harga barang di pasaran,
Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan berjaya jika KPDN & HEP tidak mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa, baik di bandaraya, bandar, pekan mahupun kampung. Usaha adalah tangga kejayaan untuk kita bersama-sama mempastikan harga barang asas tidak memberi beban kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah.
12 ulasan:
Salam Sumandak,
Topik yang menarik yangmana melibatkan isu yang berkisar pada perkara berikut;
1)kenaikan harga barang berpunca dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel di suatu ketika dulu.
2) Tidak mudah untuk menurunkan harga barangan kerana stok itu adalah stok lama, stok yang dibeli semasa harga minyak naik.
3)memberi beban kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman dan seluruh Sabah am nya.
4) Tindakan pemantauan oleh pehak KPDN dan tindakan bijak oleh para pengguna untuk memulau kedai yang mengenakan harga tinggi.
Dari Senarai diatas, kita boleh merasakan bahawa bukan mudah untuk menyelesaikan perkara yang berpunca dengan fenomena ‘ kenaikan mendadak harga minyak petrol dan diesel’ yang dilakukan dengan terburu-buru oleh pehak kerajaan pada suatu ketika.
Hingga menyebabkan punca nya ‘negative chain reaction’ yang dah ‘out of control’. Perkara yang nampak mudah akhir nya menjadi ‘complicated’. Tidak mudah untuk di selesaikan.
Untuk itu saya sendiri pun telah turun padang dan bertanya kepada pekedai-pekedai yang saya kenali dan tempat yang selalu saya membeli barang-barang runcit. Soalan saya berkitar kepada kedegilan mereka kenapa tidak menurunkan harga barang mereka kepada kadar yang sepatut nya.
Selain dari alasan stok lama, mereka juga menyatakan alasan yang mengelirukan bahawa belum ada arahan dari pehak berkuasa untuk mereka turunkan harga barang dikedai mereka.
Bagi saya, tindakan pulau-memulau ini ada lah tindakan yang bukan mudah. Apa lagi kalau bilangan kedai yang ada di kawasan yang tertentu itu amat terhad. Dan secara peribadi kita telah lama mengenali pekedai tersebut. Disamping itu kita juga memahami masaalah sabenar nya.
Justru itu, pehak kerajaan atau agensi yang berkenaan juga harus di pertanggung jawab kan. Mereka kena lah turun padang seberapa kerap yang boleh dan bertindak tegas untuk mengeluarkan arahan untuk menurunkan harga barang-barang pekedai tersebut.
Ini cuma pendapat saya, Sumandak
setuju dengan cadangan sumandak bayu..
sebagai pengguna kita perlu bersatu hati dengan memulaukan mana-mana kedai runcit yang menjual barang mereka dengan harga yang tinggi.
biar mereka gulung tikar akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu..
salam Bro:
Setuju cadangan tu... tapi kalau dah terdesak tak dak barang, aku terpaksa juga pi tempuh beli barang yg haraganya mahal... itulah susuahnya kalau ekonomi dikuasai oleh bangsa asing...
Salam Solymone,
Sebenarnaya senario untuk memulaukan kedai runcit di kawasan pedalaman sabah sukar untuk direalisasikan berdasarkan pemantauan Sumandak sendiri. Disebabkan seperti berikut:-
1. Pemilik kedai ada kaitan keluarga atau kenalan rapat.
2. Satu-satunya kedai runcit yang ada di kawasan kampung/pekan tersebut.
Bila ditanya kenapa tak turun harga barang sebagaimana saranan kerajaan; mereka mulalah cakap kos pengangkutan sehingga kini tak ada yang turun sebagaimana harga minyak yang dibuat oleh kerajaan.
Senario di atas berlaku di kawasan pedalaman, Tapi berbeza di kawasan bandar atau bandaraya; pengguna boleh mengamalkan konsep pemulauan ke atas kedai runcit atau supermarket..
Sebabnya:-
1. Banyak pilihan kedai runcit dan supermarket.
2. Kawasan yang mudah dipantau oleh pihak berkuasa.
Secara ringkasnya; Sumandak amat mengharapkan agar pihak berkuasa dapat mencari satu kaedah yang sesuai bagi menangani isu yang berlaku di negeri Sabah.
Salam,
Pemuda Malaysia
Bro Kulatlapok
Sumandak yakin bila kita berada di Semenanjung segala pakatan untuk memulaukan sebuah kedai runcit akan dapat dijayakan hampir 100%.
Bukanlah bermaksud pengguna di Sabah kurang kesedaran tetapi pilihan yang dimiliki oleh pengguna di Sabah adalah terhad. Lebih2 lagi pengguna sekitar kawasan pedalaman...
Rakyat Sabah amat bergantung penuh kepada peranan kerajaan yang membuat pemantauan ke atas harga barang keperluan.
Jika sebagaimana yang dijelaskan oleh bro Solymone keadaaan peruncit di Sabah; nyata sekali pihak KPDN perlu satu pendekatan yang sesuai bagi menangani isu kenaikan harga barang asas di Sabah.
Salam Man...
Bagus cadangan tuh...
Kenapa harga minyak boleh turun, harga barang tidak turun, nak tunggu apa lagi? takkan nak tunggu sampai lebam kot...
Kalau nak naikkan harga barang memang cepat, tapi nak turun, payah betul! Angin la pulak jack...
Salam Perjuangan
CJW
Salam..
Memang xdinafikan ar hal nie memang xle nak dielakkan..
d kg2 kita terpaksa ar beli jer brg2 mahal coz xder pilihan. nak turun p pekan pun byk g duet nak kuar..
so, akur dan pasrah tanpa rela jer beli..
kekadang, memang dorang (peniaga) amik kesempatan atas penduduk kg khasnya.. cian jer.. maggie pown dah RM1.00 sebungkus.. isk isk..
Banyak perkara yang berhubungkait dalam isu ini.. oleh kerana itu la peniaga boleh berdolak dalih.. puncanya dan alasannya ialah tindakan menaikkan harga minyak secara mendadak oleh kerajaan seperti kata SOLYMONE tu.. Bila dah naik susah mahu turun itu hakikatnya. Ditempat gagak cili merah lima biji dijual dengan harga RM 2/- , tiga biji cili merah Rm 1/- mahal tak mahal tu, mahu tak mahu beli juga dah tak ada pilihan lain..
Salam bro gagak,
nilah hakikat yang kita kena terima.... harga mahal pun kena bantai gak la sebab dah barang keperluan nak buat macam mana....
Peniaga yang enggan menurunkan harga barang setelah kerajaan menurunkan harga minyak sebayak 7 kali (Terkini Petrol RON 97 RM 1.80, Petrol RON 92 dan Diesel RM 1.70) wajar di pulau oleh pengguna dan dikenakan tindakan oleh penguatkuasa.
Drpd:
http://suratrakyat.blogspot.com
salam sumandak tamparuli hehe?
candangan yang baik! tapi informasi musti kena sampai ke akar umbi agar bukan sekadar maklumat tapi pelaksanaan yang ptg.
jabatan kerajaan yang berkaitan perlu di beri peruntukan untuk turun ke padang..agar fungsi tidak dipertikaikan dan kerelevanan tidak menjadi persoalan.
berjuang terus.
Kadang kala apa yang dikatakan oleh peniaga juga adalah betul. Minyak sudah turun tapi harga pemborong dan pengilang masih belum turun.
Peniaga juga manusia, mempunyai keluarga dan berniaga adalah punca rezeki mereka sepertimana kita yang bekerja.
Sekiranya peniaga menurunkan harga sedangkan ia membeli barang dari pemborong dengan harga yang mahal, sudah tentu dia yang rugi. Kalau rugi siapa pula yang mahu berniaga. Dan akhirnya kita semua yang mendapat susah.
Pulau memulau diantara sesama kita bukanlah sesuatu yang baik. Sekiranya kita memulaukannya, sedangkan dia percaya rezeki adalah datang dari Allah S.W.T,bukannya dari manusia maka insyallah dia tetap akan mendapat rezeki.
Renung renungkan dan selamat beramal..
Catat Ulasan