SAPP President Datuk Yong Teck Lee on the landslide victory of PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Permatang Pauh by-election 26 August 2008.
Jumaat, Ogos 29, 2008
GEraKAn SAPP TerKINI
SAPP President Datuk Yong Teck Lee on the landslide victory of PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Permatang Pauh by-election 26 August 2008.
Khamis, Ogos 28, 2008
RM50 JUTA UNTUK PATI
KUALA LUMPUR: Peruntukan khas untuk operasi besar-besaran bagi menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin di Sabah baru-baru ini adalah sebanyak RM50 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata kos penghantaran dan penguatkuasaan pendatang asing pada tahun lepas meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.
“Mengikut angka yang kita ada pada tahun 2006 kos penghantaran pendatang asing adalah sebanyak RM2.47 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM1.9 juta manakala kos penghantaran pada tahun lepas adalah sebanyak RM11.9 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM7 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada persidangan Dewan Rak-yat di sini kelmarin.
Mengenai jumlah tenaga kerja asing yang memasuki negara lebih daripada sekali sejak operasi besar-besaran pada tahun 1998 hingga 1999, Syed Hamid berkata Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat membekalkan statistik kerana pada ketika itu proses pengusiran pulang pendatang ke negara asal dibuat secara manual.
“Pada ketika itu sistem pengkomputeran Jabatan Imigresen berada di peringkat pembangunan sistem, oleh yang demikian cap jari warganegara asing yang diambil secara manual sebelum diusir ke negara asal dihantar ke Jabatan Polis Diraja Malaysia,” katanya.
Beliau berkata mulai tahun 2005, semua pendatang tanpa izin yang diusir ke negara asal akan diambil biometrik mereka yang akan disimpan dalam sistem komputer dan boleh digunakan untuk membuat semakan jika seseorang rakyat asing itu pernah diusir dari negara ini kerana melakukan kesalahan.
Syed Hamid berkata bagi memantapkan lagi pengurusan pekerja dan pelajar asing di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan i-kad untuk semua pekerja, pelajar dan warganegara asing yang menyertai program khas seperti Malaysia Rumah Kedua Ku.
“Mengikut statistik yang diperoleh dari Jabatan Imig-resen sehingga 22 Ogos lepas, sebanyak 437,891 i-kad sudah dikeluarkan kepada warganegara asing yang bekerja atau belajar di negara ini.
“Seramai 36,112 pelajar dan seramai 401,779 pekerja asing telah diserahkan i-kad,” katanya.
DNA Dipetikaikan Oleh DSAI
Suria Pagi nak berbicara nape DSAI nak pertikaikan rang undang-undang DNA oleh kerajaan. Kita tau kalo ada 'benda' ni hang pa tak perlu lagi lah menyalak nak pertikaikan kes liwat ke, kes rogol ke atau sewaktu dengannya. Tapi depa setuju kalo rang undang-undang DNA dikemaskinikan ubah apa yang patut itu saja tapi nak mansuhkan terus aik macam ada udang sebalik mi, Macam menu yang terkenal di Penang 'Mee Udang' di Sungai Dua. Udang dia besar pulak tu jadi agenda Anwar mungkin besar gak kan.
ErTI MerDEka

Suria Pagi amat kecewa dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia, banyak blog yang dilayari ternampak bendera Malaysia yang kita Cintai diterbalikkan.
Kenapa hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, negara kita sanggup digadaikan. Bendera umpama nyawa kita. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga walaupun negara kita kini dipenuhi dengan dunia politik 'ganas', namun tak bermakna kita perlu mencemuh bendera kita yang selama ini amat kita banggakan.
Bangga hati kecil ini apabila rakyat Malaysia bangkit mempertahankan maruah negara hanya disebabkan 'Jalur Gemilang' dibakar. Dimanakah tertanamnya semangat itu !!!!!!! AdaKAH hanya inginkan negara yang lebih 'liberal' walaupun tetap mengagungkan sistem demokrasi berperlembagaan kita sanggup menghina bendera yang hampir 51 tahun bersama kita dan sekali gus mencerminkan kehidupan kita di mata dunia.
Sedarlah kemerdekaan yang kita kecapi ini tidak akan bererti jika rakyat negara ini sendiri memperlekehkan 'Jalur Gemilang'. Sememangnya generasi muda tidak merasai keperitan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada tangan penjajah. Namun sedarkah anda kita sekarang telah dijajah dari segi psikologi oleh pihak bertopengkan manusia. FIKIRKAN semula erti kemerdekaan negara kita.
Selasa, Ogos 26, 2008
JoM P SaBAh

Banyak tempat yang boleh tuan/puan tujui kat Sabah. Tengok aje peta kat atas ni. Gua jamin korang takkan nyesal bila datang kat Sabah. Balung Eco resort terletak di Bahagian Tawau, kat sana bukan setakat dapat berkhemah, malah boleh buat aktiviti hari Keluarga, jenis penginapan ada yang pakej untuk family, ada gak macam asrama HEBAT. JOm P SaBAH
Isnin, Ogos 25, 2008
TungKU AZiz NaIB PenGERusi DAP
Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota parti dan Naib Pengerusi dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada Kongres Kebangsaan ke-15 parti itu di sini selama dua hari, yang berakhir petang ini.
Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi parti mengejutkan banyak pihak yang menghadiri kongres itu dan disambut dengan sedikit tepukan oleh anggota DAP yang hadir.
Bercakap pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Tunku Abdul Aziz berkata, sungguhpun hanya menjadi anggota DAP bermula semalam, namun beliau telah memberi tumpuan dan memantau perkembangan parti, 'tanpa pengetahuan mereka', sejak 20 tahun lepas.
"Saya seorang anggota yang sangat baru. Keputusan untuk menyertai parti ini dibuat lama dahulu, tetapi hanya semalam saya menandatangani borang permohonan," katanya.
Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan pandangan dan kritikan yang lantang, memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation selepas menamatkan pengajian tinggi di England dan Australia.
SiApa RamLaNG Siri 3
PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.
Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.
Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.
Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.
Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.
Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.
Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti.
Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.
Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.
Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.
Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.
Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.
“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.
“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.”
Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.
Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.
“Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh,” katanya.
SiApa RamLaNG Siri 2



Sumber: Malaysiakini 24/08/08
SiAPa RaMlang?
Ahad, Ogos 24, 2008
DAP nAK TAwaN PWTC
“Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di sini hari ini.
Bernama melaporkan, kongres itu yang bertema Cekap, Bertanggungjawab dan Telus dihadiri kira-kira 720 perwakilan dan 330 pemerhati.
Ia juga menyaksikan pemilihan bagi 20 jawatan jawatankuasa kerja pusat daripada 58 pencalonan.
Dalam pilihan raya umum Mac lepas, DAP memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor menegaskan Malaysia ialah sebuah negara sekular.
Beliau percaya hanya seorang yang dapat merapatkan jurang antara DAP dan Pas berhubung isu itu dan “orang” itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya percaya hanya Anwar boleh menjadi orang tengah antara Pas dan DAP.
“Beliau bukan lagi Anwar yang kita pernah kritik sebelum ini. Beliau kini Anwar yang sudah berubah dan saya percaya kepadanya,” kata pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Memang diketahui umum, Pas sering menyuarakan hasrat parti itu untuk mewujudkan sebuah negara Islam manakala DAP yang mahukan sebuah negara sekular bagi semua rakyat Malaysia, menentang hasrat Pas itu.
Karpal yakin pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, akan menjadi titik permulaan bagi Anwar dalam usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang.
Beliau juga menegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan prinsip asasnya dan menyatakan “perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini”.
“Sudah jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pada pilihan raya umum lepas dan DAP menegaskan perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini,” katanya.
Gagasan untuk membentuk kerajaan dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri itu bagaimanapun bertentangan dengan kehendak beberapa pemimpin Pas yang menyifatkan pakatan pembangkang sebagai “perkahwinan yang tidak bahagia”.
Malah para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-54 baru-baru ini secara terbuka mempertikai hasrat untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya, mereka menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan.
Abdul Hadi pula berkata, beliau tidak berangan menjadi Perdana Menteri kerana tidak mahu menjadi ahli politik ‘Mat Jenin’.
PEmbOhOnGan PKR (PaRT 1)
Tak habis-habis penyokong ANWAR buat kenyatan yang boleh dikatakan omongan kosong. Yang tak baiknya cuba nak mengaburi serta mempengaruhi minda rakyat di Permatang Pauh.
Sabtu, Ogos 23, 2008
AmaRan KeRaS DAP KePAda PAS
BN SaBah LoMpat LaGi
ANGGOTA PARLIMEN SABAH KE PERMATANG PAUH UNTUK NAFI SERTAI ANWAR
Sumber: 22nd August, 2008 (New Sabah Times)BUKIT MERTAJAM: Galaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaja dakwaannya akan menjadi Perdana Menteri pada 16 Sept ini kononnya kerana ramai Anggota Parlimen dari Sabah akan menyertai pembangkang, mendorong sekumpulan wakil rakyat dari negeri itu turun padang semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini untuk menafikannya.
Antara yang berbuat demikian ialah Datuk Anifah Aman, Anggota Parlimen kawasan Kimanis, yang kononnya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.
Bercakap kepada Bernama di sini malam kelmarin, beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh penasihat PKR secara berulang-ulang itu adalah satu pembohongan, penipuan dan penderhakaan kepada negara.
“Oleh kerana saya lantang di Parlimen, mungkin saya dianggap mahu melompat parti,” kata Anifah sambil menegaskan bahawa beliau tidak rela dirinya diperalatkan atau dijadikan sebagai boneka.
Anifah berkata pengalaman rakyat Sabah menukar kerajaan kepada parti pembangkang ketika itu, Parti Bersatu Sabah, pada tahun 1980an memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulangi kesilapan itu yang menyebabkan Sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain.
“Yang merasa keperitan itu adalah rakyat Sabah. Kita tidak mahu penduduk Permatang Pauh merasai apa yang kita rasa selama sembilan tahun bersama pembangkang,” katanya.
Abang beliau, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang turut datang ke sini, berkata bahawa pada pilihan raya umum Mac lepas terdapat pemimpin PKR yang datang ke Sabah menabur bermacam-macam janji termasuk memperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada rakyat Sabah dan memberi royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri itu.
“Rakyat Sabah rasa terhina seolah-olah Anggota Parlimen Sabah boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.
Wakil rakyat Sabah lain yang turut datang bagi membuktikan sokongan kepada BN ialah Raime Unggi (Tenom), Datuk Juslie Ajirol (Libaran), Datuk Dr Makin Marcus Majigoh (Putatan) dan Datuk Eric Enchin Majibun (Sepanggar).
Isnin lepas Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga timbalan Pengerusi PKR Sabah, berkata 13 Anggota Parlimen BN dari negeri itu akan menyertai pembangkang jika Anwar menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Menurutnya 13 wakil rakyat itu telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan daripada jumlah itu, dua adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan selebihnya dari Umno.
Di Dewan Rakyat, BN kini mempunyai 140 wakil manakala Pakatan Rakyat yang terdiri PKR, DAP dan PAS mempunyai 81 wakil. Seorang lagi adalah wakil Bebas.
Untuk membolehkan gabungan pembangkang itu mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat daripada BN, ia perlu menarik sekurang-kurang 30 daripada wakil rakyat BN sekarang untuk menyertainya.
Di Sabah, BN menguasai 24 daripada 25 kerusi Parlimen manakala kerusi Kota Kinabalu diwakili oleh DAP.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula berkata berdasarkan sistem demokrasi di negara ini, membentuk sebuah kerajaan baru menerusi cara yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat itu bukannya mudah.
“Kalaupun dengan andaian (pembangkang berjaya mendapatkan majoriti di Parlimen) atau berlakunya undi tidak percaya, menurut amalan demokrasi biasa, Perdana Menteri yang meme-gang jawatan pada masa itu akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan menghadapi pilihan raya.
“Tetapi saya tidak tahulah kalau ada cara lain. Apa yang didakwa oleh pihak mana pun bahawa sekian hari bulan akan jadi Perdana Menteri, tidak semudah itu kerana apabila kita mengatakan itu demokrasi, kita hormat keputusan rakyat dan keputusan (menentukan kerajaan) itu harus dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama.
Seorang pemerhati politik berkata tarikh 16 Sept yang ditetapkan oleh Anwar untuk menjadi beliau Perdana Menteri tidak logik kerana pada masa itu Dewan Rakyat tidak bersidang kerana bulan puasa dan dengan itu, undi tidak percaya terhadap kerajaan sekarang, tidak dapat dikemuka-kan.
Komen BerNAs: Ni lah 'kuasa' para Pemimpin SABAH, 9 tahun pengalaman dah kira mampu mengajar rakyat Sabah kerajaan mana yang lebih sesuai memimpin kami. Setakat janji yang ditabur oleh PKR dah tak makan, orang Sabah bijak-bijak belaka yang membangkang tu semuanya disebabkan ada kepentingan diri yang tidak tercapai jadi marah lah.
HaRGa MinYAk TuRUn
Jumaat, Ogos 22, 2008
PAK LAH NAIK TREN?

Aku macam ta percaya lah Pak Lah naik tren siap gi berdiri ni bukan nak buat gimik or publisiti murahan tapi Pak Lah nak rasai sendiri perkhidmatan awam yang digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
Pemimpin macam ni lah yang kita nak cari sangup turun padang dan siap interview pengguna ok atau tidak sistem perkhidmatan kita sekarang ni.
Lepas ni pasti pihak tertentu sidir PAK LAH saja nak ambik 'ANGIN'. Tapi sekurang-kurangnya PAK LAH buktikan dia kerja.
.
SAPP
PBS to SAPP: Stop picking on us
Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) Wednesday questioned the motive behind Sabah Progressive Party (SAPP) continuing to "pick bones" with its Barisan Nasional (BN) counterpart.
PBS Chief Information Officer, Johnny Mositun, said SAPP President Datuk Seri Yong Teck Lee should not have blamed the BN for voters in Permatang Pauh having to go for another round of election.
"He should blame PKR President Wan Azizah because she chose to resign after winning the seat just so her husband, Anwar Ibrahim, can fulfil his dream of making a political comeback," he said in a statement, Wednesday.
Responding to the Yong's statement on Wednesday, he said Wan Azizah should be blamed for incurring cost to the Election Commission and the Government.
Mositun was puzzled why Yong singled out PBS as among the component parties "lining up to impress Federal leaders".
He refuted Yong's claim that BN leaders going to Permatang Pauh for campaigning were actually going for joy trips.
"It is our responsibility as a BN component to help one another based on the coalition's solidarity and our sincerity here should not be questioned," he said.
Mositun also slammed PKR Vice President Datuk Dr Jeffrey Kitingan for "trying to bluff the people in Semenanjung" that 13 MPs from Sabah would be switching sides if Anwar wins.
"For him to make such statement in the peninsula at this point of time shows he is playing 'political lies' just to garner support from the Permatang Pauh voters," he said.
He hoped the voters in Permatang Pauh would make the right choice come Aug 26 because "one thing PBS can attest to is that only BN can help the people lift their living standard and economy".
Khamis, Ogos 21, 2008
ANWAR DAPAT BANTUAN NEGARA ASING
Wah bukan main lagi nama-nama ni, tapi nak tau juga apa yang mereka nak balasan balik bila mereka dah bantu Anwar,pemimpin-pemimpin ni mempunyai rekod yang 'kurang cemerlang' dalam negara masing-masing dan rakyat mereka juga tak berpuas hati sepenuhnya jenis pentadbiran yang dorang guna. JADI masuk akal kah juga dorang tolong Anwar dengan 'air liur aje'.
Rabu, Ogos 20, 2008
SIRI 3 - KISAH PATI SABAH
697 illegals are held and over 15,686 screened
Kota Kinabalu: A total of 697 illegal immigrants were detained and sent to holding centres after the three swoops here, Penampang and Keningau districts recently.
State Secretary Datuk Sukarti Wakiman said enforcement officers moved on to the next phase of the massive crackdown in Tenom on Tuesday morning.
In a statement here, he said after the third phase conducted in Keningau, Tambunan and Nabawan that ended last Saturday, the authorities had screened 4,000 people, where 2,000 were held for further screening.
"Overall, 15,686 people were screened and 697 people, comprising 465 Filipinos, 232 Indonesians, a Bruneian and a Pakistani," he said, adding 56 detainees were released after families and employers produced identification papers to the authorities.
He also believed the operation had managed to send a message to illegal immigrants to leave the State.
Isnin, Ogos 18, 2008
GERAKAN NAK KELUAR BN
Ahad, Ogos 17, 2008
(SIRI 3) ANWAR vs MEDIA
PERSATUAN WARTAWAN KESAL
Sumber: Malaysiakini Aug 16, 08 10:54pm
Beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan PKR yang didakwa mereka tidak menunaikan janji bagi memastikan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak berulang. Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini."PKR asyik minta maaf, tetapi tiada sebarang usaha dibuat bagi melindungi media(daripada diganggu penyokongnya)," katanya kepada Bernama.
(SIRI 2) ANWAR vs MEDIA
JURUFOTO DIPUKUL, PUTERI UMNO DIRABA
Sumber: Malaysiakini -Aug 16, 08 7:15pm
Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.Mohd Sairen
Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya."Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.
Rakan MEDIA DiBELASAH Lagi

Harga Bahan Api Bakal Turun
“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik. Kerajaan juga akan mengekalkan subsidi yang diumumkan sebelum ini,” .
Sabtu, Ogos 16, 2008
ANWAR BAKAL PM SEPTEMBER 2008
MUBAHALAH Saiful Luar Jangka
Jumaat, Ogos 15, 2008
LAGI PASAL PATI
Katanya, daripada jumlah yang diperiksa itu, seramai 4,384 orang telah ditangkap dalam operasi itu dan 500 orang telah ditahan dan mereka ditempatkan di dua buah tempat itu, di Pusat Tahanan Se-mentara (PTS) Menggatal dan Kem Pradise, Kota Belud.
Beliau berkata, pecahan daripada 500 orang PATI yang ditahan itu, Filipina (393 o-rang) melibatkan 155 orang lelaki, 147 wanita dan 91 kanak-kanak, manakala Indo-nesia (106 orang) iaitu lelaki (59 orang) wanita (36 orang) dan kanak-kanak (11 orang), seorang wanita warganegara Brunei turut ditahan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas mendengar taklimat mengenai operasi itu oleh Jawatankuasa Penyelarasan Operasi mengenai PATI di Sabah, di bilik VIP, Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kina-balu (KKIA), di sini, kelmarin.
Turut hadir pada sidang media itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Datuk Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Jawatankua-sa Penyelarasan Operasi mengenai PATI di Sabah.
Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet menangani PATI berkata, fasa permulaan operasi itu dilancarkan di tiga daerah iaitu, Bandaraya Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dan dalam operasi yang sudah dijalankan seban-yak 88 penempatan dan 50 premis perniagaan telah diperiksa. Sebanyak 560 anggota daripada 10 agensi kerajaan negeri dan persekutuan terlibat dalam operasi berkenaan dengan polis merupakan anggota yang paling ramai terlibat dalam operasi tersebut.
Jelasnya, mereka yang ditahan itu akan dihantar balik ke negara asal mereka tidak lama lagi dan operasi yang dilancarkan itu akan diteruskan dan buat masa ini tidak ada had tempoh yang ditetapkan.
“Operasi ini akan diteruskan ke kawasan lain, dan mandat telah di-berikan kepada Jawatankuasa petugas yang dipengerusikan oleh Setia-usaha Kerajaan Negeri (Datuk Sukarti Wakiman),”katanya.
Beliau berkata, agensi kerajaan persekutuan dan negeri bekerjasama secara bersepadu dengan baik dan setakat ini tidak ada apa-apa bantahan dan aduan yang diterima dan mereka yang diperiksa dan ditahan dibuat dengan cara tertib, sopan dengan faktor perikemanusiaan sentiasa diberi pertimbangan. Katanya, dalam taklimat yang diberikan kepada beliau, ramai PATI sudah kembali ke negara asal mereka apabila berita mengenai operasi akan diadakan untuk menangkap mereka dihebahkan. Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, sistem biomerik akan dilaksanakan bagi memastikan PATI yang ditahan dalam operasi yang dilancarkan ini tidak mengulangi memasuki negara ini.
Katanya, mereka yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal akan direkodkan di bawah sistem biometrik, mereka tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini di masa depan.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok bahawa usaha untuk menangani PATI itu satu cabaran besar kerana adanya warga asing sebagai PATI mempunyai MyKad dan dokumen lain yang sah, Najib berkata, ianya tidak seharusnya disukarkan lagi, ini kerana operasi yang dilancarkan ditumpukan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen.
PuLau Di SaBAh SeLaMat
Sumber: New Sabah Times 15/08/2008
KOTA KINABALU: Penempatan anggota pasukan keselamatan di kawasan pulau-pulau dan pesisir pantai di kawasan sempadan terutamanya di kawasan Pantai Timur negeri ini ianya dapat mengujudkan keselamatan dan keselesaan kepada rakyat negara ini khususnya di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan negeri dan rakyat di negeri ini berterima kasih kepada kerajaan pusat yang mempunyai komitmen yang tinggi dan serius dalam menangani masalah isu khususnya Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan penculikan yang berlaku di negeri ini, sebelum ini. “Saya percaya dengan adanya keselamatan yang lebih ketat dan ke-hadiran anggota keselamatan khususnya tentera dan polis di kawasan pulau-pulau dan pesisir pantai tentunya rakyat negeri ini dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa,” katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, selepas mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke pangkalan hadapan dan kawasan ope-rasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah.
Musa berkata, dengan adanya keamanan di negeri ini, ianya sudah tentu industri pelancongan akan terus wujud di negeri ini “Selama kehadiran anggota keselamatan di pulau-pulau dan pesisir pantai di negeri ini, keadaan keselamatan wujud dengan tidak ada lagi kes penculikan dan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya
Sehubungan itu, kita di Sabah harus menghargai terhadap apa yang dicurahkan dan berikan oleh kerajaan pusat untuk memastikan negara ini khususnya di Sabah da-lam keadaan aman dan selamat.
HaRGa MinYak Akan TuRun
Khamis, Ogos 14, 2008
KHALID Tidak Mahu Minta Maaf
MB Selangor ni cakap lagi UiTM perlu jugak fokus dalam cara untuk meningkatkan mutu serta kemudahan universiti supaya boleh lah dianggap sebagai sebuah universiti yang disegani. Ni satu cadangan yang baik dan TAHNIAH buat MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tapi isu ni diulas balik oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, dia cakapUiTM sekarang ni dah dianggap sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. JADI APE LAGI yang nak tingkat-tingkat Tan Sri?
Tak salah nak tingkat-tingkat mutu sampai menuju ke MENARA PETRONAS pun boleh, tapi kalo nak perubahan takan nak gadai hak kita ni macam sejarah Melaka jatuh ke tangan penjajah 1511, individu yang nak 'habuan besar' TOLONG lagi buka pintu sehinggakan penjajah asing dapat rampas MELAKA.
SELANGOR dah maju oleh pemimpin dulu dan sekarang tiba pula masanya Pakatan Rakyat pegang dan tunaikan janji pembangunan yang baik-baik buktikan korang HEBAT nanti malu kita sama rakyat. Ndak kah rugi kalo rakyat bagi satu penggal saja untuk tadbir negeri. RENUNG-RENUNGkan.
Apa KaTA PeMIMpin KiTA
Gagak Hitam Gangu Pelajar Sekolah
Rabu, Ogos 13, 2008
PKR vs PETUGAS MEDIA
MOHON MAAF KHALID
Nilah kesedaran yang kita nak lihat tapi mahukah Khalid minta maaf berhubungan dengan isu ni. Rasanya dia saja nak dapatkan populariti murahan dalam arena politik beliau.
Selasa, Ogos 12, 2008
HENTIKAN KEANGKUHAN-MU MAJLIS PEGUAM
MB SELANGOR NAK RUNTUH BENTENG UITM
Isnin, Ogos 11, 2008
UPKO cadang lepaskan SAPP
Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UKPO) cadang supaya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM. Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok turut berkata adalah tidak adil untuk kenakan tindakan kepada SAPP sebab ada jugak pihak dalam parti Komponen BN yang bercakap macam ni tapi tidaklah selantang SAPP. Persoalan yang saya nak kemukakan kepada Tan Sri kalo dalam parti dah mula undi tidak percaya dan parti tak boleh nak bagi tindakan baik jan buat parti. Ni kes macam 'anak lawan bapak' atau yang lebih baik lagi 'anak lawan mak' jadilah si Tanggang yang derhaka pada mak dan disumpah jadi batu. Kalo nak lawan mak atau bapa kita ada cara yang betul ni persoalannya ialah SAPP mula 'tabur pasir'. Ke sana sini tabur cerita kepimpinan BN dah tak telus dan berlaku ketirisan dalam kepimpinan. Tak betul lah cara macam ni, rakyat 'Binggung' (keliru) sebab Presiden SAPP pernah jadi Ketua Menteri Sabah. Kesimpulannya, rakyat Sabah nak tengok Datuk Yong betulkah sekarang ni membela nasib rakyat atau ada kepentingan diri. Hentikanlah drama bersiri ndak sudah laku sekarang rakyat Sabah pikir macam mana nak cari hidup......Datuk Yong kalo penat-penat ko 'tapau lah' parti tu sekali. |
Sabtu, Ogos 09, 2008
AMERIKA tunjuk kuasa kat Malaysia.
Sehubungan itu, Jabatan Negara AS juga telah memanggil Kuasa Usaha Malaysia di WASHINGTON, Ilango Karuppanan berhubung kes tersebut.
"Kami mengambil berat beberapa persoalan yang berlaku di Malaysia, termasuk yang ditimbulkan oleh Majlis Peguam Malaysia berhubung kes tersebut," kata pegawai Jabatan Negara kepada AFP.
(Petikan: Kes Anwar: AS panggil wakil kita - Utusan Malaysia 8/8/08)
ORANG SABAH CAKAP: boz (Anwar) ko ngak percaya sistem penghakiman kita ka....boz bebas pun pasal sistem kita jugakkk... jan bah boz bagitu bawa orang luar di tempat kita ndak bagus bah tu. Macam mana lah kami mau pilih boz jadi PM di MALAYSIA kalo sikit-sikit bawa kuasa luar masuk di negara kita...... sia (saya) ni SOKONG PENUH sama boz tapi kalo bagini kami mau pilih SAPP lah yang baru sekarang pejuang nasib kami tapi dulu dia ndak jugak paduli kami masa Persiden dia jadi Ketua Menteri Sabah.....
DeMonTraSI LaGi..
BUKTIKAN ANWAR TAK SALAH
Lagi pun nak mentadbir satu negara bukan senang ape lagi nak bertolak ansur dalam 'Pakatan Rakyat' masing-masing ada agenda tersendiri. Tengok aje SAPP parti kat Sabah tu dah tolong kerja kita dengan mudah.....tapi sayang juga kan kalo tak tunjuk belang kita nanti kita pula kena label kumpulan Mak Nyah Sedunia.... hish penat lah nak pikir.... Anwar engkau je lah kat kandang tertuduh kami tengok ja lah hang dari jauh ye... ape pun Mak Nyah kat Sabah turut berdoa kat hang... HIDUP LIWAT alamak talabih sudah.....
Jumaat, Ogos 08, 2008
DENGKI KAT ANWAR?
Masa yang sama Anwar didakwa pula kat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.Kecian gak ye kat Anwar macam 'dah jatuh ditimpa tangga lagi' tapi nak buat macam mana Anwar kena berdepan dengan masalah ni.
Tapi beliau tak ada hal punya akan mendapat sokongan penuh dari luar negara, mana ada pemimpin negara kita yang mendapat sokongan daripada negara luar oiyoooo.. hebat sungguh Anwar. Amerika Syarikat bukan calang-calang nak bagi bantuan kepada individu kalo tak ada habuan. Saya terpikir gak apa habuan yang bakal Amerika dapat ye kalo Anwar jadi PM.
Iraq sampai sekarang tak pandai aman, para pemimpin mereka masing-masing dengan kepala sendiri. Bole katakan setiap hari rakyat Iraq dihidangi dengan peluru. Takkan lah kita di Malaysia nak jadi 'Iraq 2'. Alamak kalo macam ni nak lari pi mana....ini aje negara tumpah tanah airku..... kata Stacy AF6 alamak talabih sudah...
Kebetulan bulan Ogos ni sejarah Kemerdekaan negara kita patut kita imbau kembali.. susah betul nak keluar dari cengkaman jajahan asing. Laungan merdeka tak bererti kalo kita tak menghayati erti kemerdekaan. JADI TOLONG LAH JANGAN GADAIKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA hanya untuk individu yang mempunyai kepentingan diri semata-mata. HIDUP RAKYAT MALAYSIA........MERDEKAx3
FASA PERTAMA OPS PATI DI SABAH
Op's first phase starts
Kota Kinabalu: The much-anticipated crackdown on illegal immigrants dubbed Ops Bersepadu was launched, early Thursday, and the first phase focussed on the West Coast, particularly squatter areas in the capital and neighbouring Penampang.
It involved some 500 officers from various enforcement agencies and also the local authorities.
Police teams including armed General Operations Force (GOF) personnel spearheaded the raids, combing closely-knit squatter colonies in Tanjung Aru, Sembulan, Gaya Island, Kg Tunoh, Kobusak and Dabak, among others.
In the meantime, officers from the Immigration Department, National Registration Department, Special Federal Taskforce and other agencies conducted the screening process in holding centres at the Luyang Community Centre and Federal Complex multipurpose hall.
Illegal immigrants would be sent to temporary detention centres in Menggatal and the army's Kem Paradise in Kota Belud for repatriation.
State Secretary, Datuk Sukarti Wakiman, who is heading the operation said house-to-house inspections and roadblocks were conducted from 3am.
In a statement, Thursday, he said as of 11.30am, about 2, 500 people were screened in the operation, and those with dubious documents were brought for further checking at the holding centres.
"As the State-level Operations Chief, I am satisfied with the implementation of the operation today," he said, adding the next phase would be carried out in accordance to what had been planned.
The operation is being coordinated by a secretariat under the State Security Committee headed by Chief Minister Datuk Musa Aman.
Deputy Commissioner of Police, Datuk Ab Razak Ab Ghani said while everything went without a problem, police had expected a low detainee count due to the media coverage on the crackdown.
"We had anticipated lower numbers of illegal immigrants as it was publicised that action will come in the first week (of August)," he said.
It is expected that the authorities will comb much of the West Coast for illegal immigrants in the coming few months before they switch their attention to the East Coast.
SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa
SiLIk SiLIk do mATo NU
ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"