Rabu, September 10, 2008

DatUK AhMAD IsMAil GanTung 3 TaHUN

Hari ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan kedudukan Datuk Ahmad Ismail dalam parti. Beliau telah digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.


Mesyuarat khas yang terdiri daripada 48 anggota dan merupakan badan membuat keputusan Tertinggi UMNO telah bersidang selama 3 jam ekoran kontroversi yang tercetus oleh Ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina. Dan inilah keputusan yang telah diambil oleh MT UMNO.


KoMEN; Sebenarnya isu ini perlu dilihat dari 'view' lain, iaitu sape-sape yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tidak kira dari parti Kerajaan mahupun PAKATAN RAKYAT perlu diambil tindakan segera.


Negara kita telah pun pernah mencipta sejarah 15 Mei takkan kita nak ulang lagi peristiwa hitam tersebut. Kita sebagai rakyat boleh bersuara menyatakan pendapat pada semua pihak namun isu sensitif perlu dihindarkan. Jika kita nak juga membincangkan isu ini kita ada saluran yang betul gunakan sebaik yang mungkin.


Sumandak mengeluarkan pandangan ini bukan memihak kepada sape-sape tapi ini adalah realiti; kita capai MERDEKA tanpa menumpahkan sedikit darah pun. Takkan untuk memperbetulkan politik negara kita perlu 'berperang'. Rasanya ada pihak yang akan 'ketawa' tengok keadaan kita. FIKIRKAN lah bersama isu ini..............

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"