Isnin, September 01, 2008

UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP

Sumber: Utusan Malaysia Online 1/9/08
KOTA KINABALU 31 Ogos - Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) akan mengkaji semula sokongan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) sekiranya parti itu berterusan menentang pucuk pimpinan BN.

Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing berkata, adalah sukar bagi parti itu untuk terus membela SAPP jika parti itu berterusan mengkritik dan menentang kerajaan.

"Tindakan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang kini lebih kritikal menentang kerajaan menyebabkan sukar bagi UPKO untuk terus membelanya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UPKO Bahagian Petagas di sini semalam.

Katanya, sebelum ini UPKO mempertahankan SAPP yang menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana merasakan tidak adil hanya SAPP dikenakan tindakan.

Menurut beliau, UPKO berpendirian sekiranya SAPP dikenakan tindakan, pemimpin lain yang mahu Abdullah meletak jawatan juga harus dikenakan tindakan yang sama.

Dalam pada itu, Bumburing berkata, BN harus memperkasakan dirinya bagi mempertahankan popularitinya yang semakin merosot.

"BN perlu berubah secara dalaman. Jika hanya ubah jenama tidak bermakna. Harus ada erti sebenar kesaksamaan dan persahabatan," ujarnya.
KoMEN:Para pemimpin BN perlu bersatu dan dapatkan kolektif idea yang berupaya menaikkan semula populariti BN khususnya di mata 'belia'. SuriaPagi yakin 'misi' ini akan dapat direalisasikan demi sebuah negara yang telah merdeka 51 tahun. Perpaduan yang kita nikmati jangan disia-siakan hanya disebabkan perbezaan ideologi. TAHniaH UPKO kerana telah nampak belang SAPP yang tidak lagi relevan dalam BN.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"