SuriaPagi sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
Dari dulu (selepas PIRU ke-12) hinggalah hari ini kenyataan -kenyataan seperti ini disajikan kepada rakyat MALAYSIA. SuriaPagi sebagai rakyat Sabah tertanya-tanya juga 'gimik' PKR ni bila nak tunjukkan nama-nama 'MP' yang bakal mengkhianati rakyat dan negara demi kepentingan diri.
Betul cakap Tun Mahathir kalo nak tunjuk 'protes pada kepimpinan BN jangan sampai nak musnahkan negara sendiri dengan bagi ruang dan peluang kat Pakatan Rakyat memerintah negara'. Baru tu setiap perjumpaan PKR nak buat di Sabah agak-agaklah ye ingat rakyat Sabah ni kemaruk or taksub sangat ke dengan kepimpinan PKR.
Buktikan dulu cakap korang tu jan nak dapatkan saja 'publisiti murahan'. Rakyat SABAH menanti kedatangan tuan/puan kerana kami masih releven dengan kepimpinan kerajaan BN demi pembanggunan dan kemajuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan