Isnin, September 01, 2008

PinTU BelAkanG DemOkrASI

Tergerak hati SuriaPAgi nak lontarkan sedikit pandangan isu 'PinTU BelAkanG DemOkrASi', dan hampir seminggu kita disajikan dengan Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh kiranya kalo dihidangkan nasi lemak (dalam tempoh masa yang sama) kat kita sama ada kita dah 'jemu' atau dah 'basi'. Mual pun ada dan kita akan mula beralih kepada hidangan yang lain.
Tapi hairan jugak cerita kat tempat tu masih lagi meniti dibibir segelintir rakyat. Banyak sangat polemik politik hingga menjejaskan ketulenan rasa dan agendanya. SuriaPAgi tak nak juga ketinggalan dengan 'arus gelombang' politik negera. Jadi sudi-sudilah 'bermesra' dengan topik ini.
Sepanjang tempoh DSAI berkempen di Permatang Pauh banyak sangat tuduhan liar yang dilemparkan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak. SuriaPagi akan lebih menyentuh pemimpin Sabah yang dikatakan bakal menjadi 'katak' dalam parti BN.
Rakyat telah beri mandat dan kepercayaan kepada pemimpin Sabah yang telah memenangi hampir 98% kerusi yang dipertandingkan (59 kerusi DUN dan 24 kerusi PAR telah dimenangi oleh BN). Dalam keadaan zon selamat, Sabah digegarkan dengan suara sumbang Presiden SAPP dengan undi tidak percaya pada PM.
Namun hakikatnya parti ini masih lagi di bawah ketiak BN dan tidak berganjak. Persoalannya kenapa mereka masih kekal dalam BN sedangkan lantang mencemuh kepimpinan atasan BN. Isu kedua 'pintu belakang demokrasi', diandaikan bahawa akan ada pemimpin Sabah yang akan menyertai Parti Pakatan Rakyat hingga berupaya merealisasikan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Isu ini tercetus apabila dikatakan DSAI beri 'statement' akan dapat 'membeli' Ahli Parlimen BN, rakyat Sabah bukan lagi rakyat yang senang 'dibuli', 'diperbodohkan' dan diperkotak katikkan dengan pelbagai isu demi mencapai matlamat individu tertentu. Kita akan tunggu dan lihat tarikh keramat 16 September 2008 adakah isu ini menjadi realiti atau hanya sebagai retorik DSAI dan kunco-kunconya yang mudah memperdayakan pemikiran rakyat dengan pelbagai janji indah tetapi tidak juga dapat menunaikannya.
Rakyat MALAYSIA masih lagi relevan dalam membicarakan isu politik walaupun digegarkan dengan gelombang tsunami kecil oleh Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"