Jumaat, September 05, 2008

SAPP desak UMNO amBIK TinDAkan Ke ATas DaTUK IsMail

Sumber: Bernama 3 Sept 2008

KOTA KINABALU-- Parti Maju Sabah (SAPP) menyatakan kesal terhadap permohonan maaf Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pihak ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail, dan berkata Najib perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, timbalan ketua penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata kegagalan berbuat demikian hanya membuktikan sikap hipokrit Barisan Nasional khususnya dalam menangani tingkah laku anggotanya.

"Datuk Ahmad Ismail sepatutnya diberikan surat tunjuk sebab dengan serta merta
mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana membuat kenyataan
perkauman sedemikian, atau beliau patut meminta maaf kepada semua rakyat
Malaysia, dan bukan (parti) melindunginya dengan meminta maaf bagi pihak
beliau," kata Chong.

Ahmad dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu bulan lepas semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

KoMEN; SuriaPagi terhidu sesuatu yang tak kena dengan tindak tanduk SAPP nak desak UMNO kenakan tindakan kepada Datuk Ismail. Rasa-rasanya yang tersirat, SAPP nak alihkan 'balingan batu dari tangan mereka' agar tumpuan ahli BN sikit beralih daripada fokus utama.... PANDAI-pandailah bawa diri ye SAPP. JAGA TEPI KAIN SENDIRI agar kain anda tak dibuka.

Tiada ulasan:

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"