Ramai yang beri respon negatif dan menyalahkan napelah DS Najib buat 'statement' minta maaf untuk isu yang berlegar dengan tindakan daripada Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.
Dah menjadi adat orang yang berpangkat bila kena tanya oleh wartawan jawapan ini akan dibuat tapi tidak bermakna DS Najib yang perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini. SuriaPagi lebih rasa releven jika Datuk Ahmad sendiri tampil dan selesaikan isu ini dengan segera.
Kita sebagai rakyat MALAYSIA yakin pemimpin kita tahu apa nak buat (bukan nak tekan lif sendiri = angkat bakul sendiri) tapi ini adalah realiti kepimpinan negara kita pada hari ini. Tengok je DAP selalu gunakan Karpal Singh menyentuh dan membicara isu perkauman tapi nape dia tak perlu minta maaf. Isu macam ni kalo dilayan sangat negara hanya akan tahu berpolemik politik dan lupa agenda negara yang paling besar NAK MAJU DAN CAPAI WAWASAN 2020.
Jadi jawapan yang sesuai DATUK AHMAD mohon tampil bukan buat sumpah laknat tapi jernihkan air yang Datuk dah keruhkan semasa kempen di Permatang Pauh. Renungilah perpaduan negara kita yang mempunyai keunikan dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan