Jumaat, Ogos 29, 2008

GEraKAn SAPP TerKINI

Yong on the landslide victory of PKR
SAPP President Datuk Yong Teck Lee on the landslide victory of PKR Advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Permatang Pauh by-election 26 August 2008.
1. The land slide victory of Datuk Seri Anwar Ibrahim augurs well for non-racial politics in Malaysia. The rejection of racial politics shown in the March general elections has been repeated resoundingly by the voters of Permatang Pauh of whom 69% are Malays.
2. But the BN leadership, especially UMNO, never learn. Instead of strengthening national unity among the people, UMNO tried desperately to whip up racial emotions on the NEP issue by mob demonstrations in Penang immediately after the elections. The orchestrating of the student demonstrations at UiTM by UMNO this month, the inflammatory speeches of their MPs in Parliament and racial instigation against SAPP MPs over the no confidence motion in June all prove that the BN and UMNO are still trapped in the old mind set of racial compartmentalization of Malaysian politics.
3. In fact, after the March general elections, both the PM and DPM had declared that the BN would conduct independent studies on the losses suffered by the BN and why people were rejecting BN. Several high level BN committees were even formed to ¡§re-brand BN¡¨.
4. But instead of changing for the better with people-friendly policies, the BN government played around with fuel prices at the whims and fancies of the Prime Minister inflicting suffering on the ordinary people. High level corruption continues unabated. And according to news reports quoting senior UMNO leaders, this year¡¦s UMNO party divisional and branch elections are the dirtiest and most corrupted by money politics ever in the history of UMNO.
5. When SAPP first declared no confidence in the PM, almost all the BN component parties chose to condemn SAPP instead of solving the issues affecting the people raised by SAPP. SAPP reminds the BN component parties to join the SAPP's move of no confidence in the PM so as to effect change for the better in the country. SAPP now calls on the people in Malaysia, especially in Sabah and Sarawak, to be ready for change.
KoMEN: Bukan main lagi lantangnya kata-kata SAPP ni yeeeee... tapi nape masih g berada di bawah ketiak BN. Ni dah kira meludah kat BN tapi jilat balik hish jijik benar lah engkau ni SAPP. Malu kita jadi orang Sabah yang tunduk-tunduk, angguk-angguk, geleng-geleng ngan perangai Presiden SAPP. Patutnya banyak benda lagi korang belajar jadi pemimpin lah sekarang ni pemimpin gak tapi 'talabih kurang ajar'.......... RENUNG-RENUNGKAN.
Nak jawab balik kes kat Permatang Pauh kat sana kira KUBU PKR, lahirnya KeADILan di temat tu, jadi BN bagi muka ja tuuuuuu untuk DSAI masuk dalam DEWAN RAKYAT. Pengundi Melayu memang ada sebanyak 69% tapi tidak bererti dah menolak UMNO, UMNO tetap dijiwa mereka tetapi disebabkan 'politik ganas' yang diperkenalkan kat Permatang Pauh pengundi Melayu jadi 'pasif', wahhhhh takut kena bantai macam rakan media kita.
Jadi dalam DEWAN RAKYAT ni kita akan juga disajikan dengan pelbagai isu panaz oleh DSAI bapa kepada segala keganasan di negara ini. HIDUP ANWAR,HIDUP KEGANASAN matikan perasaan simpati kat KELUARGA ANWAR. Perjuangkan POLITIK Sebenar di negara KITA. Orang Melayu akan bangkit semula demi MARUAH yang sedang diperlekehkan oleh orang Melayu yang menjadi agen YAHUDI.

Khamis, Ogos 28, 2008

RM50 JUTA UNTUK PATI

Sumber: New Sabah Times (28/08/08)

KUALA LUMPUR: Peruntukan khas untuk operasi besar-besaran bagi menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin di Sabah baru-baru ini adalah sebanyak RM50 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata kos penghantaran dan penguatkuasaan pendatang asing pada tahun lepas meningkat berbanding pada tahun sebelumnya.

“Mengikut angka yang kita ada pada tahun 2006 kos penghantaran pendatang asing adalah sebanyak RM2.47 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM1.9 juta manakala kos penghantaran pada tahun lepas adalah sebanyak RM11.9 juta dan kos penguatkuasaan adalah RM7 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada persidangan Dewan Rak-yat di sini kelmarin.

Mengenai jumlah tenaga kerja asing yang memasuki negara lebih daripada sekali sejak operasi besar-besaran pada tahun 1998 hingga 1999, Syed Hamid berkata Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat membekalkan statistik kerana pada ketika itu proses pengusiran pulang pendatang ke negara asal dibuat secara manual.

“Pada ketika itu sistem pengkomputeran Jabatan Imigresen berada di peringkat pembangunan sistem, oleh yang demikian cap jari warganegara asing yang diambil secara manual sebelum diusir ke negara asal dihantar ke Jabatan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mulai tahun 2005, semua pendatang tanpa izin yang diusir ke negara asal akan diambil biometrik mereka yang akan disimpan dalam sistem komputer dan boleh digunakan untuk membuat semakan jika seseorang rakyat asing itu pernah diusir dari negara ini kerana melakukan kesalahan.

Syed Hamid berkata bagi memantapkan lagi pengurusan pekerja dan pelajar asing di negara ini, kerajaan telah memperkenalkan i-kad untuk semua pekerja, pelajar dan warganegara asing yang menyertai program khas seperti Malaysia Rumah Kedua Ku.

“Mengikut statistik yang diperoleh dari Jabatan Imig-resen sehingga 22 Ogos lepas, sebanyak 437,891 i-kad sudah dikeluarkan kepada warganegara asing yang bekerja atau belajar di negara ini.

“Seramai 36,112 pelajar dan seramai 401,779 pekerja asing telah diserahkan i-kad,” katanya.
KoMEN: Suria Pagi nak tanya kat SAPP nak 'bising' ape lagi apabila kerajaan dah nyatakan dengan jelas penghantaran PATI di Sabah.

DNA Dipetikaikan Oleh DSAI

Suka benar hati Suria Pagi nak ucapkan 'tahniah' kat Anwar bila mana beliau kembali semula 'menyalak' dalam Dewan Rakyat. Ucapan ni juga perlu diberikan kepada para pengundi Permatang Pauh hebat sungguh pilihan ANDA.

Suria Pagi nak berbicara nape DSAI nak pertikaikan rang undang-undang DNA oleh kerajaan. Kita tau kalo ada 'benda' ni hang pa tak perlu lagi lah menyalak nak pertikaikan kes liwat ke, kes rogol ke atau sewaktu dengannya. Tapi depa setuju kalo rang undang-undang DNA dikemaskinikan ubah apa yang patut itu saja tapi nak mansuhkan terus aik macam ada udang sebalik mi, Macam menu yang terkenal di Penang 'Mee Udang' di Sungai Dua. Udang dia besar pulak tu jadi agenda Anwar mungkin besar gak kan.

ErTI MerDEka



Suria Pagi amat kecewa dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia, banyak blog yang dilayari ternampak bendera Malaysia yang kita Cintai diterbalikkan.

Kenapa hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, negara kita sanggup digadaikan. Bendera umpama nyawa kita. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga walaupun negara kita kini dipenuhi dengan dunia politik 'ganas', namun tak bermakna kita perlu mencemuh bendera kita yang selama ini amat kita banggakan.

Bangga hati kecil ini apabila rakyat Malaysia bangkit mempertahankan maruah negara hanya disebabkan 'Jalur Gemilang' dibakar. Dimanakah tertanamnya semangat itu !!!!!!! AdaKAH hanya inginkan negara yang lebih 'liberal' walaupun tetap mengagungkan sistem demokrasi berperlembagaan kita sanggup menghina bendera yang hampir 51 tahun bersama kita dan sekali gus mencerminkan kehidupan kita di mata dunia.

Sedarlah kemerdekaan yang kita kecapi ini tidak akan bererti jika rakyat negara ini sendiri memperlekehkan 'Jalur Gemilang'. Sememangnya generasi muda tidak merasai keperitan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada tangan penjajah. Namun sedarkah anda kita sekarang telah dijajah dari segi psikologi oleh pihak bertopengkan manusia. FIKIRKAN semula erti kemerdekaan negara kita.

Selasa, Ogos 26, 2008

JoM P SaBAh

Balung Eco Resort

Peta Pelancongan di Sabah

Banyak tempat yang boleh tuan/puan tujui kat Sabah. Tengok aje peta kat atas ni. Gua jamin korang takkan nyesal bila datang kat Sabah. Balung Eco resort terletak di Bahagian Tawau, kat sana bukan setakat dapat berkhemah, malah boleh buat aktiviti hari Keluarga, jenis penginapan ada yang pakej untuk family, ada gak macam asrama HEBAT. JOm P SaBAH





Isnin, Ogos 25, 2008

SiApa RamLaNG Siri 4

KITA RENUNG BERSAMA KENYATAAN RAMLANG (macam baca teks lah)

TungKU AZiz NaIB PenGERusi DAP

Sumber: Utusan Malaysia 24/08/08
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menyertai DAP dan dalam tempoh 24 jam, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu.

Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota parti dan Naib Pengerusi dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada Kongres Kebangsaan ke-15 parti itu di sini selama dua hari, yang berakhir petang ini.

Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi parti mengejutkan banyak pihak yang menghadiri kongres itu dan disambut dengan sedikit tepukan oleh anggota DAP yang hadir.

Bercakap pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Tunku Abdul Aziz berkata, sungguhpun hanya menjadi anggota DAP bermula semalam, namun beliau telah memberi tumpuan dan memantau perkembangan parti, 'tanpa pengetahuan mereka', sejak 20 tahun lepas.

"Saya seorang anggota yang sangat baru. Keputusan untuk menyertai parti ini dibuat lama dahulu, tetapi hanya semalam saya menandatangani borang permohonan," katanya.

Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan pandangan dan kritikan yang lantang, memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation selepas menamatkan pengajian tinggi di England dan Australia.
KoMEN: Sebenarnya DAP ni nak jadi macam SAPP (ATAU - SAPP ambil teori DAP selama ini) buka parti kepada semua suku kaum yang ada di MALAYSIA konsep ni ikut Kerajaan Barisan Nasional (PAK TURUT) dorang tahu kalo satu aliran ja dalam parti tak 'laku' . JADI RAKYAT SABAH pandai-pandailah buat pilihan ye takkan nak gadai maruah, bangsa dan agama.

SiApa RamLaNG Siri 3

Sumber: G.MANIMARAN 24/08/08 Mstar online
PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.
Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.
Beliau dijadualkan akan mengaku serta membuat pendedahan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya di pentas ceramah PKR.

Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut.
Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.
Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.”

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

“Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh,” katanya.

SiApa RamLaNG Siri 2





Sumber: Malaysiakini 24/08/08



Seorang Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mencipta kegemparan hari ini apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ramlang Porigi (foto, atas) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, atas) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.
Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini. Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.

Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.
Dalam sidang media bersama naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali di Yayasan Aman, Penanti tengah malam ini, Ramlang mendedahkan arahan itu dikeluarkan oleh "orang atasannya" tetapi sekali lagi enggan menamakannya.

Seharusnya, tambah imam itu, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan.
Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.
Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk. Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos. Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.
Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu". Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.
Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful."Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005

SiAPa RaMlang?

Sekelip mata ja kita boleh jadi GLAMOUR hanya buat kenyataan dan mendapat respon besar dari semua 'PIHAK'...... APA nak jadi dengan IMAM Masjid kita kalo dah terang-terang ada kat tempat kejadian lepas tu boleh lagi menafikan......PIKIRKAN lah kesucian agama kita kalo setakat nak perjuangkan 'AGENDA POLITIK' lupakan lah. Dengan berstatuskan 'pegawai agama' besar tanggungjawabnya. JANGAN sampai sanggup gadai agama dan maruah diri. BAIK ja nama RAMLANG ni 'pencen' dari jadi IMAM.......Pepatah kata hanya 'setitik nila habis sebelang susu'. RENUNGKAN BERSAMA LAKNAT ALLAH S.W.T

Ahad, Ogos 24, 2008

DAP nAK TAwaN PWTC

Sumber: Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 23 Ogos — DAP berikrar untuk maju selangkah lagi dengan objektif mengadakan mesyuarat tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di sini hari ini.
Bernama melaporkan, kongres itu yang bertema Cekap, Bertanggungjawab dan Telus dihadiri kira-kira 720 perwakilan dan 330 pemerhati.
Ia juga menyaksikan pemilihan bagi 20 jawatan jawatankuasa kerja pusat daripada 58 pencalonan.
Dalam pilihan raya umum Mac lepas, DAP memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor menegaskan Malaysia ialah sebuah negara sekular.
Beliau percaya hanya seorang yang dapat merapatkan jurang antara DAP dan Pas berhubung isu itu dan “orang” itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya percaya hanya Anwar boleh menjadi orang tengah antara Pas dan DAP.
“Beliau bukan lagi Anwar yang kita pernah kritik sebelum ini. Beliau kini Anwar yang sudah berubah dan saya percaya kepadanya,” kata pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Memang diketahui umum, Pas sering menyuarakan hasrat parti itu untuk mewujudkan sebuah negara Islam manakala DAP yang mahukan sebuah negara sekular bagi semua rakyat Malaysia, menentang hasrat Pas itu.
Karpal yakin pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, akan menjadi titik permulaan bagi Anwar dalam usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang.
Beliau juga menegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan prinsip asasnya dan menyatakan “perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini”.
“Sudah jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pada pilihan raya umum lepas dan DAP menegaskan perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini,” katanya.
Gagasan untuk membentuk kerajaan dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri itu bagaimanapun bertentangan dengan kehendak beberapa pemimpin Pas yang menyifatkan pakatan pembangkang sebagai “perkahwinan yang tidak bahagia”.
Malah para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-54 baru-baru ini secara terbuka mempertikai hasrat untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya, mereka menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan.
Abdul Hadi pula berkata, beliau tidak berangan menjadi Perdana Menteri kerana tidak mahu menjadi ahli politik ‘Mat Jenin’.
KOmen: Besar jugak ye...angan-angan Karpal tak pe lah kita tunggu dan lihat keupayaan 'LOYAR HANDALAN DAP' untuk menawan PWTC, jan ja dia 'kampunan' jatuh di tangga susah gi Kongres DAP cari loyar yang pandai buat helah dalam negara KITA ni.

PEmbOhOnGan PKR (PaRT 1)

Hairan ye Pemimpin PKR kat Sabah masih berani buat kenyataan akhbar yang mengatakan 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan melompat untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya DSAI menang Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh
Tak habis-habis penyokong ANWAR buat kenyatan yang boleh dikatakan omongan kosong. Yang tak baiknya cuba nak mengaburi serta mempengaruhi minda rakyat di Permatang Pauh.
Terima lah hakikat pembohongan PKR satu dah keluar dengan jelas. RENUNGI LAH DIRI ANDA dari terus membohongi rakyat MALAYSIA.

Sabtu, Ogos 23, 2008

AmaRan KeRaS DAP KePAda PAS

Wujud pelbagai reaksi selepas perjumpaan antara pemimpin UMNO-PAS untuk membincangkan masa depan orang Melayu dan Agama Islam di negara ini. Ada yang menerima dengan baik dan banyak juga yang mencemuhnya hingga melabelkan PAS bakal mengkhianati 'Kerajaan' PAKATAN RAKYAT.
Terkini muncul reaksi negatif di kalangan ahli kongres DAP sempena Kongres DAP ke-15. Antaranya:-
"Perwakilan DAP daripada Kuala Kubu Baru mempersoalkan tindakan PAS ingin meneruskan muqabalah dengan Umno.Walaupun beliau tidak menyebut istilah muqabalah secara khusus, tetapi jelas maksudnya menjuruskan kepada perbincangan antara PAS dan Umno sebelum ini."
Pengalaman saya di Kuala Kubu Baru dalam pilihanraya umum lalu, orang India berbangga mengibarkan bendera PAS.
"Tetapi sekarang apa sudah jadi? Mereka ingin berunding dengan Umno," kata K Annamalai Ramu yang juga bekas calon Parlimen itu dalam pilihanraya umum lalu.
"Kalau PAS meneruskan pendekatan itu, dalam pilihanraya umum akan datang, orang Cina dan India tidak akan menyokong parti itu."Fikir dulu sebelum ambil tindakan," katanya mengingatkan PAS yang sering berselisih pendapat dengan DAP dalam isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam.
Hish dasyat ni kalo sampai kata-kata tu keluar sendiri daripada ahli di kalangan parti di bawah Pakatan Rakyat. Rasanya sampai bila dia orang ni oleh bertahan ye (PAS-DAP). Nasihat kat ahli-ahli PAS 'musyawarah diri' dan lihat semula matlamat parti ANDA. Takkan kerana hubungan kerjasama dalam parti politik sanggup nak gadai maruah bangsa dan agama. FIKIR-FIKRKAN lah ye... kami yakin ahli PAS tetap teguh mempertahankan sillaturahim antara umat Islam walaupun berbeza ideologi Politik. HIDUP PAS!!!
Sumber: Malaysiakini 23 Ogos 2008

BN SaBah LoMpat LaGi

ANGGOTA PARLIMEN SABAH KE PERMATANG PAUH UNTUK NAFI SERTAI ANWAR

Sumber: 22nd August, 2008 (New Sabah Times)

BUKIT MERTAJAM: Galaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaja dakwaannya akan menjadi Perdana Menteri pada 16 Sept ini kononnya kerana ramai Anggota Parlimen dari Sabah akan menyertai pembangkang, mendorong sekumpulan wakil rakyat dari negeri itu turun padang semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini untuk menafikannya.

Antara yang berbuat demikian ialah Datuk Anifah Aman, Anggota Parlimen kawasan Kimanis, yang kononnya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.

Bercakap kepada Bernama di sini malam kelmarin, beliau berkata dakwaan yang dibuat oleh penasihat PKR secara berulang-ulang itu adalah satu pembohongan, penipuan dan penderhakaan kepada negara.

“Oleh kerana saya lantang di Parlimen, mungkin saya dianggap mahu melompat parti,” kata Anifah sambil menegaskan bahawa beliau tidak rela dirinya diperalatkan atau dijadikan sebagai boneka.

Anifah berkata pengalaman rakyat Sabah menukar kerajaan kepada parti pembangkang ketika itu, Parti Bersatu Sabah, pada tahun 1980an memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulangi kesilapan itu yang menyebabkan Sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain.

“Yang merasa keperitan itu adalah rakyat Sabah. Kita tidak mahu penduduk Permatang Pauh merasai apa yang kita rasa selama sembilan tahun bersama pembangkang,” katanya.

Abang beliau, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang turut datang ke sini, berkata bahawa pada pilihan raya umum Mac lepas terdapat pemimpin PKR yang datang ke Sabah menabur bermacam-macam janji termasuk memperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada rakyat Sabah dan memberi royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri itu.

“Rakyat Sabah rasa terhina seolah-olah Anggota Parlimen Sabah boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Wakil rakyat Sabah lain yang turut datang bagi membuktikan sokongan kepada BN ialah Raime Unggi (Tenom), Datuk Juslie Ajirol (Libaran), Datuk Dr Makin Marcus Majigoh (Putatan) dan Datuk Eric Enchin Majibun (Sepanggar).

Isnin lepas Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga timbalan Pengerusi PKR Sabah, berkata 13 Anggota Parlimen BN dari negeri itu akan menyertai pembangkang jika Anwar menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Menurutnya 13 wakil rakyat itu telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar, dan daripada jumlah itu, dua adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan selebihnya dari Umno.

Di Dewan Rakyat, BN kini mempunyai 140 wakil manakala Pakatan Rakyat yang terdiri PKR, DAP dan PAS mempunyai 81 wakil. Seorang lagi adalah wakil Bebas.

Untuk membolehkan gabungan pembangkang itu mengambil alih pemerintahan kerajaan pusat daripada BN, ia perlu menarik sekurang-kurang 30 daripada wakil rakyat BN sekarang untuk menyertainya.

Di Sabah, BN menguasai 24 daripada 25 kerusi Parlimen manakala kerusi Kota Kinabalu diwakili oleh DAP.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula berkata berdasarkan sistem demokrasi di negara ini, membentuk sebuah kerajaan baru menerusi cara yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat itu bukannya mudah.

“Kalaupun dengan andaian (pembangkang berjaya mendapatkan majoriti di Parlimen) atau berlakunya undi tidak percaya, menurut amalan demokrasi biasa, Perdana Menteri yang meme-gang jawatan pada masa itu akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan menghadapi pilihan raya.

“Tetapi saya tidak tahulah kalau ada cara lain. Apa yang didakwa oleh pihak mana pun bahawa sekian hari bulan akan jadi Perdana Menteri, tidak semudah itu kerana apabila kita mengatakan itu demokrasi, kita hormat keputusan rakyat dan keputusan (menentukan kerajaan) itu harus dikembalikan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama.

Seorang pemerhati politik berkata tarikh 16 Sept yang ditetapkan oleh Anwar untuk menjadi beliau Perdana Menteri tidak logik kerana pada masa itu Dewan Rakyat tidak bersidang kerana bulan puasa dan dengan itu, undi tidak percaya terhadap kerajaan sekarang, tidak dapat dikemuka-kan.


Komen BerNAs: Ni lah 'kuasa' para Pemimpin SABAH, 9 tahun pengalaman dah kira mampu mengajar rakyat Sabah kerajaan mana yang lebih sesuai memimpin kami. Setakat janji yang ditabur oleh PKR dah tak makan, orang Sabah bijak-bijak belaka yang membangkang tu semuanya disebabkan ada kepentingan diri yang tidak tercapai jadi marah lah.

HaRGa MinYAk TuRUn


PUTRAJAYA 22 Ogos - Harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini. - Bernama

Jumaat, Ogos 22, 2008

PAK LAH NAIK TREN?



Aku macam ta percaya lah Pak Lah naik tren siap gi berdiri ni bukan nak buat gimik or publisiti murahan tapi Pak Lah nak rasai sendiri perkhidmatan awam yang digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Pemimpin macam ni lah yang kita nak cari sangup turun padang dan siap interview pengguna ok atau tidak sistem perkhidmatan kita sekarang ni.

Lepas ni pasti pihak tertentu sidir PAK LAH saja nak ambik 'ANGIN'. Tapi sekurang-kurangnya PAK LAH buktikan dia kerja.

.

SAPP

Sumber: DAILY EXPRESS NEWS 21/08/2008
PBS to SAPP: Stop picking on us
Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) Wednesday questioned the motive behind Sabah Progressive Party (SAPP) continuing to "pick bones" with its Barisan Nasional (BN) counterpart.
PBS Chief Information Officer, Johnny Mositun, said SAPP President Datuk Seri Yong Teck Lee should not have blamed the BN for voters in Permatang Pauh having to go for another round of election.
"He should blame PKR President Wan Azizah because she chose to resign after winning the seat just so her husband, Anwar Ibrahim, can fulfil his dream of making a political comeback," he said in a statement, Wednesday.
Responding to the Yong's statement on Wednesday, he said Wan Azizah should be blamed for incurring cost to the Election Commission and the Government.
Mositun was puzzled why Yong singled out PBS as among the component parties "lining up to impress Federal leaders".
He refuted Yong's claim that BN leaders going to Permatang Pauh for campaigning were actually going for joy trips.
"It is our responsibility as a BN component to help one another based on the coalition's solidarity and our sincerity here should not be questioned," he said.
Mositun also slammed PKR Vice President Datuk Dr Jeffrey Kitingan for "trying to bluff the people in Semenanjung" that 13 MPs from Sabah would be switching sides if Anwar wins.
"For him to make such statement in the peninsula at this point of time shows he is playing 'political lies' just to garner support from the Permatang Pauh voters," he said.
He hoped the voters in Permatang Pauh would make the right choice come Aug 26 because "one thing PBS can attest to is that only BN can help the people lift their living standard and economy".
.....................
Ade-ade jalah awak ni SAPP nilah nak dapat publisiti murahan tapi kami LAYAN je lah takut Presiden korang nangis tak berlagu......

Khamis, Ogos 21, 2008

ANWAR DAPAT BANTUAN NEGARA ASING

Bila baca je tajuk ni kecut jugak jantung bila Anwar bakal mendapat bantuan dari negara asing. HEBAT sungguh Anwar ni patut pun penyokong dia berani-berani belaka sampai sanggup dipenjarakan demi ketua. Ni dah kira terlalu taksub dengan pemimpin. Istilah dia kalo kena suruh bunuh orang pun dorang ni mesti nak juga.
SUNGGUH BERKARISMA ANWAR NI. Kira betul jugalah Mohd Saiful Bukhari terpedaya dengan kata-kata ANWAR ye....tak pelah biar ALLAH S.W.T je yang akan membuktikan mana pihak yang betul dalam kes LIWAT.
Balik kepada Anwar bakal mendapat sokongan Negara Asing, antara nama yang disebut-sebut sepanjang ceramah beliau ialah Presiden Indonesia, Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada, ulama terkenal, Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair kononnya turut menyokongnya.

Wah bukan main lagi nama-nama ni, tapi nak tau juga apa yang mereka nak balasan balik bila mereka dah bantu Anwar,pemimpin-pemimpin ni mempunyai rekod yang 'kurang cemerlang' dalam negara masing-masing dan rakyat mereka juga tak berpuas hati sepenuhnya jenis pentadbiran yang dorang guna. JADI masuk akal kah juga dorang tolong Anwar dengan 'air liur aje'.

Rabu, Ogos 20, 2008

SIRI 3 - KISAH PATI SABAH

Sumber: DAILY EXPRESS NEWS 20/08/08
697 illegals are held and over 15,686 screened
Kota Kinabalu: A total of 697 illegal immigrants were detained and sent to holding centres after the three swoops here, Penampang and Keningau districts recently.
State Secretary Datuk Sukarti Wakiman said enforcement officers moved on to the next phase of the massive crackdown in Tenom on Tuesday morning.
In a statement here, he said after the third phase conducted in Keningau, Tambunan and Nabawan that ended last Saturday, the authorities had screened 4,000 people, where 2,000 were held for further screening.
"Overall, 15,686 people were screened and 697 people, comprising 465 Filipinos, 232 Indonesians, a Bruneian and a Pakistani," he said, adding 56 detainees were released after families and employers produced identification papers to the authorities.
He also believed the operation had managed to send a message to illegal immigrants to leave the State.

Isnin, Ogos 18, 2008

GERAKAN NAK KELUAR BN

Aku dengar ceta yang Ketua Wanita Program merangkap Tmbalan Menteri Penerangan mencadangkan parti GERAKAN keluar dari BN.
Jangan lah macam ni suka-suka nak join BN suka-suka nak keluar. FIKIRKANLAH masa depan rakyat Malaysia yang selama ni aman damai dengan perpaduan antara kaum dan bangsa yang pelbagai kaum.
RAKYAT Malaysia kena bersabar ye...ni kira dugaan untuk kita mencapai MERDEKA 51 tahun tak lama lagi.

Ahad, Ogos 17, 2008

(SIRI 3) ANWAR vs MEDIA


PERSATUAN WARTAWAN KESAL
Sumber: Malaysiakini Aug 16, 08 10:54pm
Beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan PKR yang didakwa mereka tidak menunaikan janji bagi memastikan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak berulang. Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini."PKR asyik minta maaf, tetapi tiada sebarang usaha dibuat bagi melindungi media(daripada diganggu penyokongnya)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Bukit Mertajam adalah satu "insiden yang amat memalukan kerana kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik."Norila berkata tindakan penyokong PKR itu "dah melampau, dah banyak kali" mereka bertindak mengkasari petugas media.
Kes terbaru pada 3 Ogos lalu di mana jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya.Berikutan kejadian itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah meminta maaf dan berjanji akan memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.
Setiausaha PKR Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim juga pernah memberi jaminan keselamatan terhadap petugas media yang membuat liputan sepanjang pilihanraya kecil itu.Insiden keduaNorila berkata Malaysia bukan negara komunis atau autokratik, "kita mengamalkan demokrasi. Mengapa media diserang? Adakah PKR mengamalkan gangsterism memandangkan sudah banyak sangat insiden sedemikian."Sementara itu, pemangku Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman berkata ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar.
"Sebagai sebuah parti yang mendakwa mendokong kebebasan bersuara dan bermaklumat, tindakan itu dilihat tidak menepati apa yang mereka perjuangkan. "Kejadian itu amat membimbangkan pihak media yang membuat liputan," katanya sambil berharap pihak keselamatan dapat mempertingkatkan pemantauan bagi menggelakkan berlakunya kejadian tersebut. Beliau mendesak PKR mengotakan janji mereka berhubung keselamatan dan keselesaan petugas media membuat liputan pilihanraya kecil itu.
Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai." Beliau meminta parti-parti politik terutama pembangkang untuk menghormati kebebasan media dalam menjalankan tugas.Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak bagi bagi kebebasan media."

(SIRI 2) ANWAR vs MEDIA


JURUFOTO DIPUKUL, PUTERI UMNO DIRABA
Sumber: Malaysiakini -Aug 16, 08 7:15pm
Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.Mohd Sairen
memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR."Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.
Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya."Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.

Rakan MEDIA DiBELASAH Lagi


Apa nak jadi dengan negara kita ye... kecian kat rakan media kita kena belasah lagi semasa penamaan calon di kawasan P.44 Permatang Pauh.

Memang betoi lah cakap rakan media kita yang lain boleh caya ke dengan janji Anwar untuk tak megulangi kejadian 3 Ogos 2008.
Gambar kiri: BEBERAPA penyokong PKR menyerang kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong BN sebelum memukul dan merampas kamera jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis yang cuba merakamkan insiden itu pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Pematang Pauh, semalam. Sumber: Utusan Malaysia 16 Ogos 2008.
Baru penamaan calon dah tunjuk samseng nanti menang nak tunjuk ape pulak? HAIRAN-HAIRAN fikir-fikrkanlah undi anda nak pi mana AMAN vs GANAS

Harga Bahan Api Bakal Turun

Sumber: New Sabah Times (15 Ogos 2008)
“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, (oleh itu) harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Berapa banyak yang akan dikurangkan bergantung kepada pengurangan dalam harga pasaran, saya tidak dapat kata-kan berapa banyak (akan dikurangkan),”
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badari
Sebelum ini kita dah mengalami satu tindakan kerajaan yang tidak populis iaitu kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter, ekoran lonjakan dalam harga minyak mentah di pasaran dunia.
Beliau turut menambah kenyataannya seperti berikut:-
“Kerajaan sedang menimbang semua kemungkinan, seperti mana yang dikatakan sebelum ini harga bahan api itu akan dikaji semula secara bulanan dan pengumuman sewajarnya akan dibuat pada 1 September ini. Ia akan berdasarkan kepada purata harga petrol di pasaran dunia untuk seluruh bulan Ogos. Harapan untuk pengurangan harga tetap ada."

“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik. Kerajaan juga akan mengekalkan subsidi yang diumumkan sebelum ini,” .
KOMEN : Kita doakan harga bahan bakar kat pasaran dunia turun jadi dapatlah juga kita menikmati penurunan harga minyak. Tapi walau bagaimanapun kita akan tetap meneruskan kempen berjimat cermat, perkongsian kereta dan bercucuk tanam di halaman rumah.

Sabtu, Ogos 16, 2008

ANWAR BAKAL PM SEPTEMBER 2008

Bukan main lagi berita ni tersebar sampai di pelusuk kampung kat pedalaman Sabah. Saya nak ucap tahniah juga kat Anwar kalo dia dapat jadi PM sebab dah lama dia idamkan jawatan ni sebelum dia dimasukan ke lokap (zaman Tun Mahathir). Orang Sabah cakap takut kempunan susah lagi jatuh nanti dari kapal terbang masa nak pigi Amerika Syarikat jumpa kawan baik dia.
Nak tahu juga apa sumbangan Anwar sampai ramai yang taksub dengan dia khususnya di Permatang Pauh. Lepas tu balik-balik cakap ada pemimpin dari Sabah nak lompat parti untuk membentuk kerajaan baru. Sekarang ni lagi manifesto Anwar di P.44 Permatang Pauh bukan alang-alang 'Permatang Pauh Ke Putrajaya'. Hebat angan-angan Anwar.
Tapi sekarang ni Anwar terima pula tuduhan liwat, kalo cakap pasal ni saya pun tak suka sebab kita bukan nak lihat masalah peribadi dia tapi kita nak tengok kepimpinan dia mengalahi pemimpin dulu atau sekarang ni kan. Tak kira lah dia nak jadi 'Gay' ke 'MakNyah' ke yang penting dia pandai pimpin kita. 'Power' dia bercakap dalam ceramah sampai orang macam kami percaya tapi tak tahu lah betul atau tidak fakta yang dia bawa.
Macam juga karektor isteri dia, rakyat kat Permatang Pauh sanggup tolak pembangunan selama 10 tahun demi memberi undi simpati pada beliau setiap kali Pilihanraya Umum. Jadi mungkin juga pengundi Permatang Pauh nak tolakpembangunan sekali lagi dan beri peluang "Pemimpin Minah" mentadbir negara.

MUBAHALAH Saiful Luar Jangka

Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi berita daripada Mohd Saiful, sumpah 'Mubahalah' cukup mengerunkan kita sebagai umat Islam.
Saya sangka dia ni sebagai 'boneka politik' semata-mata atau ingin mendapat 'publisiti murahan' dalam negara kita. Tapi kalo dah seseorang sanggup bersumpah laknat macam tu dia sorang yang memang teraniaya dan sanggup berdepan dengan risiko yang tinggi dengan Allah s.w.t jika sumpahnya tidak betul.
Dato' Anwar kenalah respon isu ni dengan cepat, saya tengok Dato' mudah mendapat kerusi Permatang Pauh tapi sekarang ada isu peribadi yang sedang Dato' hadapi. Satu persoalan yang hendak saya kemukakan ialah mahu ke Pemimpin Pakatan Rakyat memberi kuasa pemimpin kepada seorang 'Gay' (jika betul tuduhan ini).
Lebih-lebih lagi PAS dan rasanya penduduk Permatang Pauh kena lah mengurangkan ketaksuban anda untuk memilih pemimpin ni adalah masa depan anda sendiri. dah lah 10 tahun tak ada juga pembangunan yang anda terima nanti macam kami di Sabah dulu 9 tahun di bawah Pembangkang. FIKIRKAN lah ye...

Jumaat, Ogos 15, 2008

LAGI PASAL PATI

Sumber: New Sabah Times 13/08/08

TIBA ... Najib diiringi Musa disambut para pegawai keselamatan ketika tiba di Kota Kinabalu dari Pulau Layang-Layang dekat Labuan selepas melawat pangkalan itu kelmarin.

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, seramai 11,686 orang telah diperiksa dalam fasa pertama Operasi Bersepadu yang dilancarkan terhadap Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini yang bermula pada 7 Ogos lalu.

Katanya, daripada jumlah yang diperiksa itu, seramai 4,384 orang telah ditangkap dalam operasi itu dan 500 orang telah ditahan dan mereka ditempatkan di dua buah tempat itu, di Pusat Tahanan Se-mentara (PTS) Menggatal dan Kem Pradise, Kota Belud.

Beliau berkata, pecahan daripada 500 orang PATI yang ditahan itu, Filipina (393 o-rang) melibatkan 155 orang lelaki, 147 wanita dan 91 kanak-kanak, manakala Indo-nesia (106 orang) iaitu lelaki (59 orang) wanita (36 orang) dan kanak-kanak (11 orang), seorang wanita warganegara Brunei turut ditahan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas mendengar taklimat mengenai operasi itu oleh Jawatankuasa Penyelarasan Operasi mengenai PATI di Sabah, di bilik VIP, Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kina-balu (KKIA), di sini, kelmarin.

Turut hadir pada sidang media itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Setiausaha Kerajaan Ne-geri, Datuk Sukarti Wakiman selaku Pengerusi Jawatankua-sa Penyelarasan Operasi mengenai PATI di Sabah.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet menangani PATI berkata, fasa permulaan operasi itu dilancarkan di tiga daerah iaitu, Bandaraya Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dan dalam operasi yang sudah dijalankan seban-yak 88 penempatan dan 50 premis perniagaan telah diperiksa. Sebanyak 560 anggota daripada 10 agensi kerajaan negeri dan persekutuan terlibat dalam operasi berkenaan dengan polis merupakan anggota yang paling ramai terlibat dalam operasi tersebut.

Jelasnya, mereka yang ditahan itu akan dihantar balik ke negara asal mereka tidak lama lagi dan operasi yang dilancarkan itu akan diteruskan dan buat masa ini tidak ada had tempoh yang ditetapkan.

“Operasi ini akan diteruskan ke kawasan lain, dan mandat telah di-berikan kepada Jawatankuasa petugas yang dipengerusikan oleh Setia-usaha Kerajaan Negeri (Datuk Sukarti Wakiman),”katanya.

Beliau berkata, agensi kerajaan persekutuan dan negeri bekerjasama secara bersepadu dengan baik dan setakat ini tidak ada apa-apa bantahan dan aduan yang diterima dan mereka yang diperiksa dan ditahan dibuat dengan cara tertib, sopan dengan faktor perikemanusiaan sentiasa diberi pertimbangan. Katanya, dalam taklimat yang diberikan kepada beliau, ramai PATI sudah kembali ke negara asal mereka apabila berita mengenai operasi akan diadakan untuk menangkap mereka dihebahkan. Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, sistem biomerik akan dilaksanakan bagi memastikan PATI yang ditahan dalam operasi yang dilancarkan ini tidak mengulangi memasuki negara ini.

Katanya, mereka yang ditahan dan dihantar pulang ke negara asal akan direkodkan di bawah sistem biometrik, mereka tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini di masa depan.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok bahawa usaha untuk menangani PATI itu satu cabaran besar kerana adanya warga asing sebagai PATI mempunyai MyKad dan dokumen lain yang sah, Najib berkata, ianya tidak seharusnya disukarkan lagi, ini kerana operasi yang dilancarkan ditumpukan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen.

PuLau Di SaBAh SeLaMat


Sumber: New Sabah Times 15/08/2008

KOTA KINABALU: Penempatan anggota pasukan keselamatan di kawasan pulau-pulau dan pesisir pantai di kawasan sempadan terutamanya di kawasan Pantai Timur negeri ini ianya dapat mengujudkan keselamatan dan keselesaan kepada rakyat negara ini khususnya di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan negeri dan rakyat di negeri ini berterima kasih kepada kerajaan pusat yang mempunyai komitmen yang tinggi dan serius dalam menangani masalah isu khususnya Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan penculikan yang berlaku di negeri ini, sebelum ini. “Saya percaya dengan adanya keselamatan yang lebih ketat dan ke-hadiran anggota keselamatan khususnya tentera dan polis di kawasan pulau-pulau dan pesisir pantai tentunya rakyat negeri ini dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa,” katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, selepas mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke pangkalan hadapan dan kawasan ope-rasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah.

Musa berkata, dengan adanya keamanan di negeri ini, ianya sudah tentu industri pelancongan akan terus wujud di negeri ini “Selama kehadiran anggota keselamatan di pulau-pulau dan pesisir pantai di negeri ini, keadaan keselamatan wujud dengan tidak ada lagi kes penculikan dan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya
Sehubungan itu, kita di Sabah harus menghargai terhadap apa yang dicurahkan dan berikan oleh kerajaan pusat untuk memastikan negara ini khususnya di Sabah da-lam keadaan aman dan selamat.
Komen : Mari la ramai-ramai kita pigi Pulau di Sabah ndak payah korang takut sudah di jamin tahap keselamatannya. Rugi ndak pigi cantik bah pulau-pulau di sini.

HaRGa MinYak Akan TuRun

Sekarang ni harga minyak dah turun dari AS$148 (RM482) kepada AS$116.50 (RM384.45). Ni satu petanda yang baik harap-harap kerajaan pertimbangkan lah untuk turunkan harga minyak Malaysia secepat yang mungkin.
Tapi jangan lah kelam kabut ambik keputusan takut pula masa umum kasih turun tetiba ja harga minyak naik balik. Masa tu lagi banyak orang bising dan ada lagi orang ambik kesempatan untuk dapatkan publisiti murahan demi kepentingan politik dia.
Apa pun kita tunggu dan lihat perkembangan yang bakal diambik oleh pemimpin yang kita pilih selama ni.

Khamis, Ogos 14, 2008

KHALID Tidak Mahu Minta Maaf

Hebat juga ye Khalid tak mahu minta maaf berhubungan dengan isu '10 peratus Kouta nak di bukan kepada Bukan Bumiputera'.

MB Selangor ni cakap lagi UiTM perlu jugak fokus dalam cara untuk meningkatkan mutu serta kemudahan universiti supaya boleh lah dianggap sebagai sebuah universiti yang disegani. Ni satu cadangan yang baik dan TAHNIAH buat MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tapi isu ni diulas balik oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, dia cakapUiTM sekarang ni dah dianggap sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. JADI APE LAGI yang nak tingkat-tingkat Tan Sri?

Tak salah nak tingkat-tingkat mutu sampai menuju ke MENARA PETRONAS pun boleh, tapi kalo nak perubahan takan nak gadai hak kita ni macam sejarah Melaka jatuh ke tangan penjajah 1511, individu yang nak 'habuan besar' TOLONG lagi buka pintu sehinggakan penjajah asing dapat rampas MELAKA.

SELANGOR dah maju oleh pemimpin dulu dan sekarang tiba pula masanya Pakatan Rakyat pegang dan tunaikan janji pembangunan yang baik-baik buktikan korang HEBAT nanti malu kita sama rakyat. Ndak kah rugi kalo rakyat bagi satu penggal saja untuk tadbir negeri. RENUNG-RENUNGkan.

Apa KaTA PeMIMpin KiTA

"Belum sampai masanya lagi untuk UiTM membuka pintu kepada bukan BUmiputera kerana orang Melayu hari ini belum boleh saingi kaum lain"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri
"Buat masa ini status UiTM sebagai universiti untuk Bumiputera biarlah dikekalkan"
Mohamad Sabu
Naib Presiden PAS
"Cadangan buka kemasukan ke UiTM untuk bukan Bumiputera memang sangat relevan dengan sikap Pakatan Rakyat yang tidak peduli masalah Melayu"
Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein
Ketua Satu GAPENA
Sumber: Berita Harian 14/08/08
Nilah semangat rakyat Malaysia akan bersatu apabila dijentik mengenai isu sensitif yang mampu/berupaya gugat maruah, agama dan bangsa. Tapi tak menumpahkan darah macam sesetengah negara luar buat protes tapi dengan cara GANAS.

Gagak Hitam Gangu Pelajar Sekolah

Tercuit jugak hati saya bila terbaca beberapa keratan akhbar pasal 'Geng Gagak Hitam' yang menghantui semula pelajar-pelajar kita di Malaysia. Nak tahu sama ada pelajar tersebut dah jadi geng kumpulan tu atau tak kita kena buat 'interview' budak-budak tu baru kita boleh katakan dia terlibat atau tak.
Ni nak kongsi kisah benar dan bukan rekaan semata-mata, tahun lepas saya terserempak beberapa budak perempuan sekolah menengah berhampiran dengan tempat saya kerja ada tanda kat dagu dia. mulanya saya fikir dia terjatuh ke apa ke sampai dagu jadi macam tu.
Bila terbaca ceta tanda kat dagu tu ada kaitan dengan 'budak samseng', saya pergi lah menyapa budak-budak tu dorang cakap macam ni "tanda ni saja-saja lah kak bukan kami nak jadi samseng". Tapi kalo dah sampai macam tu pendekatan dorang kira PIBG kita kena buat sesuatu untuk atasi masalah ni. Tak baik nanti genarasi pemimpin kita dah tercemar dengan budaya ganas.

Rabu, Ogos 13, 2008

PKR vs PETUGAS MEDIA

Boleh percaya ke kenyataan PKR tak akan mengasari petugas Media macam yang berlaku kepada jurugambar Guang Ming Daily pada 3 Ogos 2008. Rasanya n sebagai gimik je kepada petugas media. AWAS SAMSENG PKR macam iklan along "Saya bukan along tapi nak tolong", tolong ape nye tetap nak simbah cat merah depan rumah orang ni lah janji along.

MOHON MAAF KHALID

Lenih 5,000 pelaar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Nilah kesedaran yang kita nak lihat tapi mahukah Khalid minta maaf berhubungan dengan isu ni. Rasanya dia saja nak dapatkan populariti murahan dalam arena politik beliau.

Selasa, Ogos 12, 2008

HENTIKAN KEANGKUHAN-MU MAJLIS PEGUAM

Majlis Peguam saya nak dapatkan nasihat percuma sebab korang di kalangan 'RAKYAT MALAYSIA' yang bijak pandai dalam negara ni. Malaysia adalah negara yang amalkan DEMOKRASI tapi kalo individu atau kumpulan dah mula menyentuh isu sensitif (agama/kaum)macam mana nak atasi?
Isu yang mengundang kontroversi takkan kita nak teruskan sebab keamanan negara akan tercemar. Jadi tuan/puan (Majlis Peguam) fikirkan kaedah yang baik demi memastikan negara kita terus aman.

MB SELANGOR NAK RUNTUH BENTENG UITM

10 peratus kira besar jugak tukan kalo nak dibuka kouta kat bukan Bumiputera. Seingat saya penubuhan UITM selama hampir 52 tahun ni cukup membanggakan orang MELAYU/BUMIPUTERA. Hairan nape MB Selangor nak syorkan kouta macam ni..... Rasanya nak dapat publisiti murahan kot.. Banyak-banyak IPT nape nak sentuh UITM ni Dato'.

Isnin, Ogos 11, 2008

UPKO cadang lepaskan SAPP

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UKPO) cadang supaya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM.
Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok turut berkata adalah tidak adil untuk kenakan tindakan kepada SAPP sebab ada jugak pihak dalam parti Komponen BN yang bercakap macam ni tapi tidaklah selantang SAPP.
Persoalan yang saya nak kemukakan kepada Tan Sri kalo dalam parti dah mula undi tidak percaya dan parti tak boleh nak bagi tindakan baik jan buat parti. Ni kes macam 'anak lawan bapak' atau yang lebih baik lagi 'anak lawan mak' jadilah si Tanggang yang derhaka pada mak dan disumpah jadi batu.
Kalo nak lawan mak atau bapa kita ada cara yang betul ni persoalannya ialah SAPP mula 'tabur pasir'. Ke sana sini tabur cerita kepimpinan BN dah tak telus dan berlaku ketirisan dalam kepimpinan. Tak betul lah cara macam ni, rakyat 'Binggung' (keliru) sebab Presiden SAPP pernah jadi Ketua Menteri Sabah.
Kesimpulannya, rakyat Sabah nak tengok Datuk Yong betulkah sekarang ni membela nasib rakyat atau ada kepentingan diri. Hentikanlah drama bersiri ndak sudah laku sekarang rakyat Sabah pikir macam mana nak cari hidup......Datuk Yong kalo penat-penat ko 'tapau lah' parti tu sekali.

Sabtu, Ogos 09, 2008

AMERIKA tunjuk kuasa kat Malaysia.

Hebatnya Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menyuarakan keraguannya berhubung dengan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Jabatan Negara AS juga telah memanggil Kuasa Usaha Malaysia di WASHINGTON, Ilango Karuppanan berhubung kes tersebut.

"Kami mengambil berat beberapa persoalan yang berlaku di Malaysia, termasuk yang ditimbulkan oleh Majlis Peguam Malaysia berhubung kes tersebut," kata pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

(Petikan: Kes Anwar: AS panggil wakil kita - Utusan Malaysia 8/8/08)

ORANG SABAH CAKAP: boz (Anwar) ko ngak percaya sistem penghakiman kita ka....boz bebas pun pasal sistem kita jugakkk... jan bah boz bagitu bawa orang luar di tempat kita ndak bagus bah tu. Macam mana lah kami mau pilih boz jadi PM di MALAYSIA kalo sikit-sikit bawa kuasa luar masuk di negara kita...... sia (saya) ni SOKONG PENUH sama boz tapi kalo bagini kami mau pilih SAPP lah yang baru sekarang pejuang nasib kami tapi dulu dia ndak jugak paduli kami masa Persiden dia jadi Ketua Menteri Sabah.....

DeMonTraSI LaGi..

Saya tak paham la nape ye Majlis Peguam nak sentuh isu sensitif pasal agama. Negara kita baik-baik aman damai dengan kebebasan yang diberikan. Pikir lah dulu sebelum menganjurkan ape-ape tindakan.
Jan marahkan seekor nyamuk kelambu nak dibakar....... Ingat ni aje negara yang kita ada.......Kalo PATI pun boleh lah kena hantar balik kat negara asal dia tapi kita warganegara Malaysia nak pi mana.
Saya tau ada segelintir rakyat Malaysia sanggup gadai maruah bangsa dan negara dengan tukar status warganegara tapi saya tetap akan mempertahankan negara yang kita 'MALAYSIA'.
'TOLONG lah' ye Majlis Peguam, kami kat Sabah risaulah keadaan kacau bilau yang bakal korang buat kat negara ni.

BUKTIKAN ANWAR TAK SALAH

Marilah kita semua berdoa agar Anwar selamat dan menang dalam kes liwat ke-2 beliau. Tak perlulah kita nak bertindak ganas lagi, kecian kat budak wartawan yang kita dah belasah......nanti ape kata rakyat kot-kot undi yang bakal kita dapat kat Pematang Pauh merosot pulak.

Lagi pun nak mentadbir satu negara bukan senang ape lagi nak bertolak ansur dalam 'Pakatan Rakyat' masing-masing ada agenda tersendiri. Tengok aje SAPP parti kat Sabah tu dah tolong kerja kita dengan mudah.....tapi sayang juga kan kalo tak tunjuk belang kita nanti kita pula kena label kumpulan Mak Nyah Sedunia.... hish penat lah nak pikir.... Anwar engkau je lah kat kandang tertuduh kami tengok ja lah hang dari jauh ye... ape pun Mak Nyah kat Sabah turut berdoa kat hang... HIDUP LIWAT alamak talabih sudah.....

Jumaat, Ogos 08, 2008

DENGKI KAT ANWAR?

Saya tertarik dengan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendedahkan bahawa adanya 'hasad dengki' dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Masa yang sama Anwar didakwa pula kat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.Kecian gak ye kat Anwar macam 'dah jatuh ditimpa tangga lagi' tapi nak buat macam mana Anwar kena berdepan dengan masalah ni.

Tapi beliau tak ada hal punya akan mendapat sokongan penuh dari luar negara, mana ada pemimpin negara kita yang mendapat sokongan daripada negara luar oiyoooo.. hebat sungguh Anwar. Amerika Syarikat bukan calang-calang nak bagi bantuan kepada individu kalo tak ada habuan. Saya terpikir gak apa habuan yang bakal Amerika dapat ye kalo Anwar jadi PM.

Iraq sampai sekarang tak pandai aman, para pemimpin mereka masing-masing dengan kepala sendiri. Bole katakan setiap hari rakyat Iraq dihidangi dengan peluru. Takkan lah kita di Malaysia nak jadi 'Iraq 2'. Alamak kalo macam ni nak lari pi mana....ini aje negara tumpah tanah airku..... kata Stacy AF6 alamak talabih sudah...

Kebetulan bulan Ogos ni sejarah Kemerdekaan negara kita patut kita imbau kembali.. susah betul nak keluar dari cengkaman jajahan asing. Laungan merdeka tak bererti kalo kita tak menghayati erti kemerdekaan. JADI TOLONG LAH JANGAN GADAIKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA hanya untuk individu yang mempunyai kepentingan diri semata-mata. HIDUP RAKYAT MALAYSIA........MERDEKAx3

FASA PERTAMA OPS PATI DI SABAH

Sumber : DAILY EXPRESS NEWS (08.08.2008)
Op's first phase starts
Kota Kinabalu: The much-anticipated crackdown on illegal immigrants dubbed Ops Bersepadu was launched, early Thursday, and the first phase focussed on the West Coast, particularly squatter areas in the capital and neighbouring Penampang.

It involved some 500 officers from various enforcement agencies and also the local authorities.

Police teams including armed General Operations Force (GOF) personnel spearheaded the raids, combing closely-knit squatter colonies in Tanjung Aru, Sembulan, Gaya Island, Kg Tunoh, Kobusak and Dabak, among others.

In the meantime, officers from the Immigration Department, National Registration Department, Special Federal Taskforce and other agencies conducted the screening process in holding centres at the Luyang Community Centre and Federal Complex multipurpose hall.

Illegal immigrants would be sent to temporary detention centres in Menggatal and the army's Kem Paradise in Kota Belud for repatriation.

State Secretary, Datuk Sukarti Wakiman, who is heading the operation said house-to-house inspections and roadblocks were conducted from 3am.

In a statement, Thursday, he said as of 11.30am, about 2, 500 people were screened in the operation, and those with dubious documents were brought for further checking at the holding centres.

"As the State-level Operations Chief, I am satisfied with the implementation of the operation today," he said, adding the next phase would be carried out in accordance to what had been planned.

The operation is being coordinated by a secretariat under the State Security Committee headed by Chief Minister Datuk Musa Aman.

Deputy Commissioner of Police, Datuk Ab Razak Ab Ghani said while everything went without a problem, police had expected a low detainee count due to the media coverage on the crackdown.

"We had anticipated lower numbers of illegal immigrants as it was publicised that action will come in the first week (of August)," he said.

It is expected that the authorities will comb much of the West Coast for illegal immigrants in the coming few months before they switch their attention to the East Coast.

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"