Lenih 5,000 pelaar UiTM berhimpun di depan pintu masuk utama Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi membantah cadangan Khalid membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.
Nilah kesedaran yang kita nak lihat tapi mahukah Khalid minta maaf berhubungan dengan isu ni. Rasanya dia saja nak dapatkan populariti murahan dalam arena politik beliau.
5 ulasan:
RALAT
Pagi-pagi lagi saya disajikan dengan berita lebih 5,000 pelajar UiTM protes berhubungan dengan cadangan Dato' Khalid nak buka 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke dalam institusi ni.
Sampaikan ayat-ayat pun dah tak tersusun lagi, apa tak nya rasa bangga dan terharu tengok pelajar Melayu bersatu dan mempertahankan hak keistimewaan mereka dalam institusi tersebut.
Rasanya Khalid nak ke 'jilat balik ludah dia', rasanya ndak lah dia mau buat tu hissh maruah dia dalam politik nanti jatuh macam bursa saham.
Memang saya setuju sangat laa..macam Dato' Khalid tu dah jadi kuda tunggangan kot...
Khlid hanya memberi pandangan atau memberi cadangan. Saya tak lihat perlunya beliau memohon maaf. Beliau tidak bersalah apa-apa.
Yang bersalah ialah pemimpin UMNO yang mempolitikkan cadangan Khalid.
Mereka menuduh Khalid menghianati bangsa Melayu, tidak mementingkan hak Melayu, menjatuhkan maruah orang Melayu dll.
Sedangkan kita tahu pemimpin UMNO-lah yang lebih dahulu membuka MSRM kepada pelajar bukan Melayu, dan mereka juga yang menaikkan nisbah biasiswa kepada pelajar bukan Melayu sehingga 45%. Nisbah biasiswa yang begitu tinggi jelas satu ketidakadilan dan pengkhianatan kepada pelajar Melayu.
Itu belum lagi tindakan pemimpin UMNO menyerahkan entah berapa banyak tanah rezab Melayu kepada orang bukan Melayu dan mematikan bahasa Melayu.
Sebenarnya merekalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.Sekarang mereka menuduh Khalid yang hanya membuat cadangan pula sebagai pengkhianat.
Ini kerja orang munafik, yang memperalatkan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka.
Rasanya kuda jenis ape ye Dato' Khalid nak guna hebat juga ye 1402....ini maklumat ekslusif yang perlu penyokong Dato' Khalid tau macam saya ni sentiasa menyokong penuh kat dia pasal dia orang Melayu sekarang mendapat perhatian kat media.
Persoalannya sekarang ni asmaradhana, Dato' khalid buat cadangan nak buka kouta 10 peratus kepada bukan Bumiputera masuk kat UiTM.
Kita tak nak bincang pasal politik tapi kita nak pertahankan institusi yang satu-satunya yang melahirkan graduan Melayu.
Takkan kita berfikiran terlalu 'liberal' sampai sanggup gadai hak istimewa kita. Part itu ja kita PIKIR bersama, dan rasanya Dato' Khalid pemimpin yang bijak pandai dan tahu semua ni cuma dia tersasalu kot semua ni kan kehendak-NYA.
Kadang-kadang otak kita terpesong sikit bila pemikirkan masalah dunia.
Catat Ulasan