Isnin, Ogos 25, 2008

TungKU AZiz NaIB PenGERusi DAP

Sumber: Utusan Malaysia 24/08/08
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menyertai DAP dan dalam tempoh 24 jam, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu.

Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota parti dan Naib Pengerusi dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada Kongres Kebangsaan ke-15 parti itu di sini selama dua hari, yang berakhir petang ini.

Pengumuman mengenai pelantikan Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi parti mengejutkan banyak pihak yang menghadiri kongres itu dan disambut dengan sedikit tepukan oleh anggota DAP yang hadir.

Bercakap pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Tunku Abdul Aziz berkata, sungguhpun hanya menjadi anggota DAP bermula semalam, namun beliau telah memberi tumpuan dan memantau perkembangan parti, 'tanpa pengetahuan mereka', sejak 20 tahun lepas.

"Saya seorang anggota yang sangat baru. Keputusan untuk menyertai parti ini dibuat lama dahulu, tetapi hanya semalam saya menandatangani borang permohonan," katanya.

Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan pandangan dan kritikan yang lantang, memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation selepas menamatkan pengajian tinggi di England dan Australia.
KoMEN: Sebenarnya DAP ni nak jadi macam SAPP (ATAU - SAPP ambil teori DAP selama ini) buka parti kepada semua suku kaum yang ada di MALAYSIA konsep ni ikut Kerajaan Barisan Nasional (PAK TURUT) dorang tahu kalo satu aliran ja dalam parti tak 'laku' . JADI RAKYAT SABAH pandai-pandailah buat pilihan ye takkan nak gadai maruah, bangsa dan agama.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara membuat tanggapan salah mengenai DAP dan Tunku Abdul Aziz.

Mula-mula sekali, DAP tidak pernah anti-Melayu atau anti-Muslim. Selain Tunku ramai lagi pemimpin DAP yang orang Melayu Muslim. Ini berita lama. Malah, calon DAP di Permatang Pauh tahun 1990 yang menentang Anwar Ibrahim adalah seorang Melayu.

Mungkin pandangan saudara sudah lama dikaburi propaganda kuat golongan tertentu. Tapi ini biasa.

DAP perjuangkan hak semua agama tidak kira Islam atau sebaliknya kerana semua agama mengajar yang baik.

DAP juga perjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan persetujuan sosial Merdeka bahawa Malaysia ini adalah negara majmuk pelbagai kaum, pelbagai bangsa dan pelbagai agama yang berdasarkan sistem sekular dengan agama Islam sebagai agama rasminya. Ini disetujui dan dipertahankan oleh DAP.

Maka, hasutan bahawa DAP ini adalah menentang Islam dan Melayu tidak benar. Yang DAP mahu adalah semua penganut agama tidak kira mana termasuk Islam dipelihara hak mereka… jangan ditindas mana-mana penganut atau mana-mana kaum.

Sebab inilah Tunku Abdul Aziz menyertai DAP.

Harap penjelasan saya difahami saudara.

sumandak bayu berkata...

Ramzan mungkin awak adalah salah seorang ahli DAP dan tahu sejarah penumbuhannya tapi satu saja yang kita orang nak tahu kenapa sekarang baru nak lantik orang Melayu dalan jawatan penting parti DAP.
Agenda politik dulu dan kini sama saja macam fesyen baju walaupun dah masuk kurun ke-21 tapi fesyen 60-an kembali semula cuma 'dinafas' baru kan sahaja. Macam itu juga asam garam dalam dunia politik. Plan A tak jadi Plan B buat rakyat tak suka Plan A ubah Plan B tetapi matlamat tetap sama, hak orang Melayu dan Bukan Bumiputera akan mula dihakis macam negara Singapura. HIDUP DAP!!!!

Tanpa Nama berkata...

DAP sudah ada pemimpin besar sejak lama lagi, saudara Sumandak.

Bekas timbalan setiausaha agung dia adalah Zulkifli Mohd Noor. Bekas naib pengerusi lepas tu Ahmad Ton, kali ini dia kalah dalam pengundian.

Lepas tu seorang naib pengerusi yang dikira berkarisma dulu Ahmad Nor, yang anaknya sekarang Khairil Annuar merupakan seorang Melayu yang penting juga dalam DAP.

Ini berita lama, saudara.

Sebab kenapa semua ini tidak diketahui khalayak ramai adalah kerana Barisan Nasional melabelkan parti ini sebagai 'parti chauvinist Cina', dan DAP tidak dapat menyebarkan maklumat mengenainya dulu kerana semua media dipegang oleh kerajaan.

Ini hakikat yang sedihnya. Selama ini kita diperintah mengikut arus kaum. Sedih kan?

DAP memang tidak pernah anti-Melayu, tapi aneh sekali di media dan di pemikiran masyarakat Melayu kita ini dia timbulkan rasa seolah olah dia racist.

Tapi semoga mulai sekarang, parti seperti DAP dapat lebih dikenali warga Melayu agar warga Melayu tidak takut. DAP ni sebenarnya sama seperti PAS dari segi prinsip dan nilai dia -- dia kuat dari segi anti-rasuah, amanah dan kejujuran dia sejak 1950an lagi. Sebab tu dia mendapat sokongan dari dulu dia merupakan parti pembangkang utama dan paling lama sampai sekarang...

Saya rasa tidak perlu takut dengan DAP... cuma saya harap pemimpin pemimpin Melayu dalam DAP lebih vokal dan menerangkan kepada rakyat jelata apa itu DAP.

Lagipun, Tunku Abdul Aziz kata pemerintahan pecah-dan-belah mengikut kaum cara British sudah tidak harus wujud lagi... kena ada pemerintahan pelbagai kaum, semua wujud secara harmoni tanpa syak... macam zaman P. Ramlee dulu... orang Cina dan India tari joget Melayu pegi rumah kawan Melayu lepak dengan diorang, abang Melayu pegi rumah brader India makan tosai...

Semua ini hilang sejak 1970an... kesian sungguh. Moga kita kembali ke zaman macam dulu supaya takde masyarakat Malaysia yang mana-mana pun rasa tersisir. Kalau rasa tersisir, can warganegara kelas kedua, terutamanya bukan Melayu, macam mana diaorang nak percaya kat kita orang Melayu lagi? Macam mana nak bina Malaysia yang disokong seluruh warga Malaysia? Mujur lah ramai warga bukan Melayu amat sayang lagi dengan Malaysia. Contoh terang terang ni kat Olympic... beberapa pingat Perak dan Gangsa yang dimenangi tu semua orang keturunan Cina... sebab diorang patriotik dan mahu menang untuk negara.

Kita tidak harus padamkan rasa sayang mereka kepada Malaysia ini.

Sorry la bro saya tulis panjang lebar cam ni...

Wassalam.

Gagak di Rimba berkata...

Salam,

DAP mungkin tidak anti_Melayu.Tapi dalam agenda perjuangannya selalu memperjuangkan hak orang bukan Melayu saja. Tak pernah dengar, atau kalau ada jarang sekali, DAP memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Jadi sebab itulah imej DAP tertonjol sebagai "parti perkauman Cina".

sumandak bayu berkata...

Ok tu bro ape pun memang parti ada sejarahnya tersendiri kalo tak bukannya sebuah parti yang dah wujud sekian lama.

Persoalan yang ingin kita keluarkan kat sini di Sabah parti ni lebih kepada kepentingan Cina jadi tak salah orang di Sabah secara 'automatik' telah melabelkan DAP parti satu aliran.

Bila masa mesyuarat agung semua guna bahasa Cina, cakap ramzan DAP ada gak bangsa lain tapi tak ada di Sabah.

Komunikasi kaum ni memang baik tapi macam 'air yang tenang jangan sangkakan tak ada buaya'. Cuma agenda yang kami nampak mereka lebih perjuangkan kaum Cina dan bila kita orang masuk dalam perhati dorang tak selesa kedatangan orang Melayu atau Bukan Bumiputera dalam parti ni. Ni kah yang dicakap razman DAP perjuang semua nasib kaum dan agama di Malaysia.

Rasanya ada yang tak kena lah bro.
Ni berdasarkan pemerhatian sendiri harap maklum ye.

Kemasukan Tunku satu kejutan sebab betul kah parti ni dapat terima orang lain.

Kalo nak cakap media di pegang oleh kerajaan rasanya tak lagi debat antar dua pihak dah mula dibuat. Nak cakap ape pun kita boleh buat semua boleh cari dalam blog......

Dunia dah semakin canggih bro tak ada sekatan sekarang ni

sumandak bayu berkata...

Itu lah yang ingin saya sampai kan bro gagak di rimba....kita sependapat

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"