Isnin, September 29, 2008

ZUL HASSAn DiPeCAT?

Sumandak kecian dengan Zul dah lah dia terima sedekah berbentuk seks kena pula dilucut keahlian dia dalam PKR... Bukan setakat itu beliau juga dicemuh dek Wanita PKR....rasanya ramai lagi ahli PKR perlu disiasat ni baru seorang yang buat pengakuan terbuka.....
Sumandak pun yakin ada ramai lagi yang menyembungikan identiti sebenar mereka di bawah payung parti PKR..... Wahai Wanita PKR engkau telah bangkit membawa peranan dan turut membawa peraturan di bawah Fasal 5(11) memperjuang dan membela nasib wanita serta memartabatkan kaum wanita dan fasal 5(3e) juga menekankan kepada aspek ketinggian akhlak.
Semua parti di dalam negara ini mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu memperjuangkan nasib wanita yang cuba diperlekehkan oleh segelintir insan di dunia ni..... Jadi daripada depa susah-susah nak pikirkan masalah ahli PKR yang mula tunjuk belang baik join kami yang sentiasa mempertahankan maruah wanita dan kanak-kanak yang teraniaya.... Sedekah tetap ada tapi di jalan yang halal.

Jumaat, September 26, 2008

wAJah sEBeNAR PaKATAn RAkYAt

Lamanya Sumandak tak masuk blog buat N3 ape pun.....Sumandak nak Ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ops ade ke batin yang perlu dimaafkan.....
Dalam kita nak bersiap menyambut perayaan ni wajah sebenar segelintir pemimpin Pakatan Rakyat mula kelihatan......antaranya:-
  1. Putar belit kata yang boleh dilabelkan sebagai pemimpin agung DAP.....Hebat sungguh pemimpin ni yelah dia antara yang ada pengalaman dalam tahanan ISA.......jadi HEROIN lah tapi yang rosak dia boleh-boleh kata kat media kesilapan dia dimanipulasikan cewahh bila ada bukti lain pula dia cakap. Jadi ni lah pemimpin agung DAP era Kerajaan MADANI.
  2. Kes ahli PKR yang katakan berzina tu sedekah oiyoooo baik gak kita pakat-pakat masuk PKR untuk menghalalkan ape yang haram.......tapi PAS dapat terima ke.....rasanya ahli PAS mula mengundurkan diri sebab segala yang berlaku bertentangan dengan ajaran agama.
  3. Tarikh nak tubuh kerajaan sentiasa berbah-ubah ape ni.........rakyat mula keliru dan pening bila nak naik BENDERA baru KERAJAAN MADANI.....Kalo kena hari raya ni 1 Oktober, Sumandak confirm dorang tangguhkan lagi coz pemimpin utama beraya di AMERIKA SYARIKAT.....TUNDA LAGI.......

FIKIRKANLAH rakyat MALAYSIA, takkan kita nak pilih pemimpin yang hilang pedoman hidup dengan menghalalkan ape yang dah tertulis 'HARAM', mengiyakan ape yang dikatakan tidak betul dan bersekongkol dengan tindakan yang dikeji oleh agama masing-masing.

Hidup kita hanya sekali dalam dunia ni tapi akan kekal di akhirat takkan itu pun nak ajar.....JADI undilah kehiduapan yang diHALALKan oleh ajaran agama kita.

Isnin, September 22, 2008

SeMUA KauM CINA akan SoKOng PemBANGkang

Negara kita dah capai merdeka lebih 51 tahun....jika nak lihat hubungan di kalangan rakyat MALAYSIA sejak negara ini merdeka cukup unik hingga menjadi tumpuan serta penyelidikan bagi sesetengah negara yang sedang membangun.
Sumandak cukup bangga jadi rakyat MALAYSIA.....tapi hari ni terlalu banyak ceta politik hingga mampu jejaskan perpaduan negara. Terkini kenyataan akhbar; Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai mengingatkan masyarakat Cina tentang bahaya jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.
Jika perkara ini benar-benar berlaku rasanya negara kita bakal berdepan dengan satu lagi situasi yang sukar macam masa kita hadapi kenaikan harga minyak. Cuma bezanya kemungkinan besar akan berlaku pertumpahan darah di kalangan kaum jika isu ini sering diutarakan dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumandak amat mengharapkan kesedaran rakyat MALAYSIA, baik MELAYU, CINA, INDIA, Bumiputera Bukan Islam (SABAH & SARAWAK) bersatulah semula kerana ini sahaja dapat menjamin ketenteraman negara di samping mampu menyuntik semula ekonomi negara kita.

Ahad, September 21, 2008

Ahli SAPP KeLUAR ParTI

2,000 orang ahli SAPP dah keluar parti ni....semua dari cawangan Sandakan. Semalam berita Sumandak tengok kecian gak pada Datuk Raymond kami orang Sandakan bangga sangat bila dia nak bertahan di bawah BN tapi apekan daya....
Ni semua pasal Datuk Yong Teck Lee....jadi lah kono dia sudah HERO SABAH. Ala kalo setakat hero macam CHIPS MORE buat ape.........ape pun 2,000 orang ahli SAPP kalo nak buat parti baru gi fikirkanlah banyak lagi benda nak buat. Ape tidak join je parti yang sedia ada dalam BN....Sumandak cuma nak mudahkan korang dalam menyerikan politik Sabah.

Jumaat, September 19, 2008

UbAH TumPUAN PoLITik Vs KErJa

Sumber:http://fikirankami.blogspot.com/
Sumandak suka benar lihat gambar ni......jadi paham-pahamlah ye daripada kita gemar polemik dalam politik baik kita tumpu bidang lain pula....negara kita ni bukan maju sangat rakyat yang 7 juta penduduk mahu gak hidup selesa dengan ekonomi yang seimbang. Kalo setiap saat, minit, jam, hari, bulan, tahun, etc........pikir politik; cucu cicit pun ndak hidup sampai TAHUN 2020. Ada lah hidup tapi otak semua nak 'dipolitikkan' takkan ini generasi yang kita nak. RENUNG-RENUNGKAN....

Rabu, September 17, 2008

NaPE NaK TakUT ANWAR IBRAHIM

Sape Bro Anwar ni? ape pasai ada orang gerun sangat kat ANWAR ni.... Sumandak tengok dia manusia juga cuma kelebihan dia satu aje pandai cakap sampai boleh 'perdayakan' orang yang dengar... ITU AJE.....
Tapi Sumandak nak tanya dengan para ulamak di negara ni terutama orang PAS....boleh kah kita mendoakan kehancuran individu sedangkan dalam ISLAM kita ditegah mendoakan kejatuhan ape lagi nak bagi laknat pada individu tertentu........
Hanya Allah s.w.t yang mengetahui segala-galanya dan hanya DIA yang akan melaknatkan individu atau kumpulan yang sah kesalahannya di dunia dan akhirat. Dalam sistem kehakiman kita pun jelas; kalo pesalah ni bersalah baru dihukum bukan bermakna hakim boleh hukum dia sesuka hati tanpa bukti atau hujah yang releven dari para peguam yang bijaksana.
Balik Kes ANWAR sape yang sangat takut benar dengan dia ni.......RASANYA dia pun manusia juga; lain lah kalo dia ni betoi-betoi syaitan yang terlepas masa bulan PUASA ni SUMANDAK pun takut juga...... kita doakan sahaja agar ALLAH s.w.t tunjukkan kat kita hal yang sebenarnya tapi tak perlu pula doa supaya laknat kat dia macam sesetengah pemimpin PKR mendoakan agar pemimpin BN kena laknat siap lagi buat MUKNAJAD di Permatang Pauh.

SAPP SAH KELUAR BN

Kini keadaan politik kat Sabah rasa sedikit angin BAYU yang kuat bila SAPP dengan sahnya menjadi sebuah parti BEBAS.....
Laporan penuh:- SAPP KELUAR BN 1 & SAPP KELUAR BN 2
KoMEN: Ape nak jadi dengan sokongan rakyat yang dibagi kat SAPP yang pada masa tu rakyat pilih pasal dorang ni guna tiket BN..... rasanya rakyat ada kuasa ke...bersuara bila pemimpin yang dorang pilih ni jadi 'KATAK'..... yelah tak jadi pigi PKR lompat pula pigi BEBAS.......
SAPP ni ada 2 kerusi kat Dewan Rakyat dan 4 kerusi kat Dewan Undang Negeri...... Sumandak dengar juga 2 ahli dia kat Dewan Undangan Negeri tetap tak nak join keluar dari BN. Pemimpin ni Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan YB Au Kam Wah, kedua-dua pemimpin ni dari Sandakan......

SEmANgat kEkitaAN MuLA PuDAR

Sumandak baru je selesai tugas di luar daripada kawasan Sabah... penat juga tapi nak buat ape ni lah amanah yang diberikan kat Sumandak demi bangsa, agama dan negara (bagitu lagi)..Ape pun kerja yang diamanahkan tu buatkan diri Sumandak 'happy' dan 'enjoy' dapat merantau tempat orang.
Sumandak cuma terharu bila mana isu 'kekitaan semasa rakyat MALAYSIA dah semakin pudar'. Betul ke isu ni atau saja-saja nak gimikkan suasana kat negara kita yang semakin berkecamuk dengan kerenah BRO ANWAR...(hebat btoi orang ni tapi sebagai pemimpin kuat buat GIMIK adalah bukan memimpin negara).

Masa Sumandak nak pigi airport ada lah sembang-sembang kosong ngan pemandu teksi......


Pemandu Teksi : Keadaan sekarang dah berbeza orang-orang kat KL ni.....
Sumandak : Ape beza dia.....
Pemandu Teksi: Yelah kalo buat kenduri senang jemput orang tapi sekarang ni nak jemput pun susah tak jemput pun susah...
Sumandak: Takkan macam tu kan kita ni dah kena didik budi bahasa dan kaya dengan adat. Ape lagi orang Melayu kat sini bukan main lagi dulu tak nampak ramai guna keta MERCEDES sekarang oihhh.. bangga kami di Sabah pun tidak macam tu.....
Pemandu Teksi : Memang diakui kalo dari segi taraf hidup orang Melayu dah boleh kita bangga tapi yang saya terkilan ni bila mana orang Melayu sesama sendiri mula 'bertikam' hanya disebabkan perbezaan ideologi dalam politik.
Sumandak : Aik takkan macam tu....Sumandak rasa orang Melayu terutama kat KL ni masih ada lagi semangat kekitaan.
Pemandu Teksi: Susah nak cakap.......buktinya saja kalo orang lalu depan kita... sekurang-kurangnya kita tegur setakat angkat tangan pun ok juga tapi nak pandang kita pun susah ape lagi angkat tangan. Ni lah yang saya katakan semangat kekitaan dah mula pudar di KL ni..


KoMEN; Sumandak tak lah pintar apa lagi bijak dalam dunia politik negara kita tapi Sumandak tahu sedikit sebanyak sejarah bangsa kita.......Daripada pernah dijajah hingga bebas daripada jajahan kita bersatu (orang Melayu) demi mempertahankan maruah bangsa dan agama. Tapi takkan hanya disebabkan kita berbeza ideologi politik KITA sanggup pula mencemuh, meludah dan khianati bangsa dan agama kita sendiri untuk capai apa yang kita inginkan.


Kalo ini terjadi tidak mustahil Bangsa MELAYU akan hilang. Jadi fikirkan lah dan cari penyelesaian yang terbaik sebab anak-anak muda kita (macam Sumandak) akan hanya meneruskan sejarah yang telah diukir oleh pemimpin sedia ada. Kalo kena menjadi PATI di negara sendiri terpaksalah jadi PATI. Marilah kita renungi bersama

Selasa, September 16, 2008

TunGKU AZIZ vs TEreSA KOK

Ape nak jadi dengan DAP ni cakap parti ni bukan satu aliran tapi tindakan Teresa Kok jelas beliau kukuhkan lagi keadaan sebenar bahawa DAP adalah 'parti chauvinist Cina' yang sekarang ni buat kecoh dan bakal nak 'hancurkan' perpaduan yang kita kecapi hampir 51 tahun ni.

Sumandak nak juga tanya kat Bro Ramzan Shahril....bulan lepas Sumandak sentuh isu nape lah Tungku Aziz dilantik menjawat jawatan penting dalam DAP. Dia katalah parti dari dulu gi ada orang Melayu yang menjawat jawatan penting. Jadi persoalan yang Sumandak nak utarakan kat Bro Ramzan Shahril:-

  1. Masa Teresa Kok arah masjid untuk kurangkan suara azan mana Tungku Aziz.....takkan tak bagi nasihat atas tindakan beliau......atau Tungku Aziz ni boneka je....
  2. Masa dia keluarkan papan tanda yang ada tulisan jawi mana orang Melayu dalam DAP takkan berdiam je bila budaya kita mula dicemuh....
  3. Perlukah orang kat Sabah tak takut kat DAP bila pemimpin DAP sendiri dah mula mencemuh budaya kami orang Bumiputera plus Melayu......
Harap Ramzan jawap la ye.........sebab orang Sabah tetap kata DAP bukan dapat pun jaga kebajikan kami anda hanya boneka dalam parti walaupun di bagi jawatan penting tapi taring dah dibuang pun

PemBOHOngan ANWAR JAdi KenYAtaan

Sumandak sayu melihat keadaan Bro Anwar skang ni... Yelah ari ni 'countdown' 16 September 2008 dalam sejarah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk bentuk Malaysia. Dan tarikh yang sama gak Bro Anwar terpinggin nak bentuk kerajaan 'DEMOKRASI PINTU BELAKANG'.


Apa dah jadi mana janji-janji Bro Anwar dari Permatang Pauh ke Putrajaya untuk bentuk 'KERAJAAN MADANI'. Hari ni lagi best orang kat Sabah semua CUTI UMUM. Maknanya mimpi nak jajah MALAYSIA tak menjadi; Sumandak apa lagi dengan rakyat Sabah yang lain tido dengan AMAN.....tak lagi dengar desas desus nak ambik MALAYSIA guna jalan belakang.

HIDUP ANWAR dengan PEMBOHONGAN MU demi RAKYAT MALAYSIA

Ahad, September 14, 2008

SeMuT (PerPADUAN KAum)

Hayati bersama ;;.....


video

SeCangKIR MADU PenSianGAN 1

MADU - manis?.....khasiat?.......asli ke?....... Banyak yang boleh kita ungkai daripadanya......Mulanya Sumandak tak fikir sangat pasal khasiat madu ni tapi bila nampak kawan Sumandak makan madu setiap hari untuk mengimbangi horman dalam badan Sumandak tertarik gak untuk mencuba sebab cukup nampak hasilnya POWER!!!!. Baik lelaki mahupun wanita madu boleh manfaatkan bersama.

Cerita pasal madu juga......Sumandak tertarik dengan ceta beberapa blog yang menyentuh ceta kat PenSianGan.....ada yang ceta pasal pembangunan, ekonomi dan yang semakin hangat di pasaran isu politik. Sumandak tau lah skang ni PenSianGan jadi tumpuan sebab ndak lama lagi akan dibanjiri dengan pelbagai ceta. FAMOUS laaa penduduk kat sana atokoi......
Ape pun Sumandak harap ceta kat sana biarlah btoi jan pula jaja ceta yang bukan-bukan yee.... Sumandak nak mulakan kemanisan kat sana umpama madu.......Penduduk masyarakat kat sana majoriti orang Murut dan Dusun macam Sumandak......Bangsa kami ni cukup makmur dan bahagia dengan keadaan aman damai.......hubungan kami ndak jauh juga saling berkaitan......masuk kampung ni ada keluarga; kampung itu lagi ada menyangkut hubungan keluarga......Kesimpulannya, tanya ja nama mesti orang kenal punya....
Agama kat sini ramai yang menganut agama Kristian kalo korang masuk di kawasan Sook tapi kalo di kawasan Nabawan ramai yang beragama Kristian dan Pagen. Walaupun kedua-dua agama ni yang mendominasi kawasan Pensiangan tapi ada juga korang jumpa orang Dusun yang beragama Islam jadi kami ni cukup 'perasa'......kalo dalam makanan.
Rasanya anda akan lebih tau tentang tempat ni bila masuk kat 'blog jiran tetangga' cuma Sumandak ingatkan ada sesetengah ceta nak menafikan perpaduan dan pembangunan yang kami nikmati.......Memang kalo ceta pasal naik taraf jalan raya .....kami kat sini dah menikmati secara berperingkat-peringkat untuk menyempurnakan keadaan jalan raya.... Bayangkan keluasan PenSiangan lebih besar dari negeri Kelantan...seluas 8,126 kilometer persegi bersamaan dengan 812,663 hektar. Dan buat masa ni 30,000 hektar je boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian.
Permukaan topografi Pensiangan berbukit bukau, kalo pigi sebelah Timur, bersempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan, Pigi kat sbelah Barat sempadan pula dengan daerah Keningau dan Tenom. Sebelah Selatan anda akan pigi pula sempadan antarabangsa Kalimantan Indonesia. Daripada kerajaan Berjaya, USNO, PBS dan sekarang ni Kerajaan BN telah berusaha juga untuk naik tarafkan cara hidup kami.....
Sumandak akan ceta lagi pasal Pensingan dilain episode..... dan nasihat Sumandak kat orang luar yang bakal membanjiri PenSianGAN jaga tertib anda jangan pula gunakan budaya kat Permatang Pauh sebab budaya kami kat sini cukup berbeza......kami tak suka keganasan untuk capai pembangunan yang bakal anda janjikan macam MADU.......
Kami lebih suka kedamaian, perpaduan dan yang utama sekali kecapi pembanggunan walaupun secara berperingkat sebab kami tahu hidup bukan macam ALADDIN bila minta dapat dalam sekelip mata........kat sini mesti ada perancangan (luas ba kawasan ni bos).....mau buat jalan raya memang ambik masa lama (abis kan kawasan berbukit bukau) macam tu juga bila kami mau minta salurkan air dari paip dan elektrik. Tapi sekarang separuh daripada penduduk kami yang seramai lebih 57,950 orang penduduk dah menikamati kemudahan tersebut dengan hampir sempurna gia.........

Khamis, September 11, 2008

SeKATan BLOG DiTarik SeMULA

Hari ni kerajaan tidak lagi kenakan sekatan ke atas mana-mana web atau blog di negara ini. Berita Penuh - 11/09/08

KoMen: Sumandak berharap semua pelayar baik kapal besar, perahu dan sebagainya (laman web dan Blog) pandai-pandailah bawa haluan jan sampai wujud lagi sekatan daripada kerajaan yeeeee.....

Gunakan kebebasan ini sebaik yang mungkin.....bertanggungjawab dalam setiap cetusan idea, luahan hati serta pandangan jan pula lebih-lebih .(agak-agak lah yeeeeee).

Rrrrr. RAMAI T (Versi Melayu Lirik aje)

video

Lirik telah dialih bahasa kepada bahasa Melayu:-

Duduk dalam satu kumpulan

Perlahan-lahan menikmati minuman yang disediakan

Marilah bersama-sama bernyanyi

Marilah bersama-sama menari

Heyyyyy sungguh meriah

Marilah bersama-sama menyanyi

Gapaikan tangan kita dan saling berpautan antara sesama kita

Marilah minum bersama dan sekali teguk

Kalo sudah pening jangan berjalan

Heyyyyy sungguh meriah

Kita menyanyi untuk keramaian

Marilah bersama-sama bunyikan gitar

...... Itulah kehidupan di kampung

Tidak perlu rasa bimbang dan jangan buat yang tidak bagus.

Rabu, September 10, 2008

ANWAR BaKAL Ke TaIwAN

Demi merealisasikan impian menuju ke Putrajaya dan usaha membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008, BRO ANWAR bakal terbang ke Taiwan untuk mengejar (membubut) 49 pemimpin MP-BN yang sedang mengadakan lawatan sambil belajar di negara itu. Sila klik laporan Berita selanjutnya:-
KoMEN: Sanggup ba c BRO ANWAR bentuk kerajaan melalui pintu belakang sampai mau bubut MP-BN ke Taiwan...... kalo pun BRO ANWAR sampai di Taiwan ndak pasti jugak dia jumpa dengan dorang ni....

BN PasTIkan TaWAn SemULA P.182 PENSIANGAN

Sumandak yakin BN akan menawan semula kerusi P.182 Pensiangan. Kawasan ini mempunyai jumlah pengundi seramai 19,712. Dengan pecahan pengundi mengikut kaum;-
  1. Bumiputera Bukan Islam 16,756 (85%)
  2. Bumiputera Islam 2,365 (12%)
  3. Cina 394 (2%)
  4. Lain-Lain 197 (1%)

Kaum Murut dan Dusun merupakan kaum yang mendominasi kawasan ini. Sumandak yakin rakyat di Pensiangan inginkan pembanggunan serta ekonomi yang kukuh bagi menjamin taraf hidup mereka. Sektor pertanian adalah sumber utama bagi penduduk Pensiangan.

Walau bagaimanapun kunci utama kemenangan BN sekiranya ada Pilihan Raya Kecil P.182 Pensiangan ialah semangat setiakawan dalam Komponen parti.

Sumandak yakin suntikan 'kod etika' yang bakal digunakan oleh BN mampu menjana semula semangat tersebut.

Berita Penuh : Kesediaan PBRS hadapi Pilihan Raya Kecil P.182 Pensiangan

KoD EtiKA JaMIN SetIakaWAN BN

Wujudnya kod etika ni Sumandak harap semangat setiakawan dalam BN akan dapat diatasi segera. Niat ikhlas adalah perkara utama dalam menjayakan setiap yang kita rancang...

TeRIMA KepUtuSAN MT UMNO DeNGAn HaTI TerBUKA

Sumandak rasa penyokong-penyokong Datuk Ahmad kena terima dengan hati terbuka keputusan MT UMNO demi perpaduan kaum di negara ini.

Ada pengajaran yang perlu kita ambil daripada isu ini:-

  1. Rakyat Malaysia tidak kira dari parti apa pun tidak seharusnya mencetuskan isu perkauman dan agama.
  2. Kita bebas beri pandangan kepada pemimpin tetapi kita kena juga perlu menggunakan saluran yang betul kerana hidup kita saling perlu memerlukan antara satu dengan yang lain.
  3. Kata-kata berbaur hasutan sememangnya perlu diambil tindakan segera.

Renungi bersama kerana negera kita pernah mencatat sejarah hitam 15 MEI jadikan ia sebagai panduan serta pengajaran untuk kita semua......

MP Lompat UntUK Capai RM100 JUTA

Sumandak terkejut bila tengok blog Dato' Tiger bukan main lagi nilai yang bakal dibagi kepada MP yang nak jadi 'KATAK' iaitu RM100 juta.
Kalo betoi lah perkara ni memang duit tu takkan habis sampai 3 generasi. Tapi dalam tiga generasi jugalah para pegawai BPR kenyang terima kes RASUAH yang bakal diamalkan oleh para pembeli-pembeli MP termasuk MP yang nak jadi 'KATAK'.
Rasanya rakyat juga kenyang dengan berita Rasuah di kalangan pemimpin. Akhir cerita berita negara kita dalam 3 generasi hanya akan keluarkan isu RASUAH je..... Tak ke bosan tu..... Renung-renungkan.....

DatUK AhMAD IsMAil GanTung 3 TaHUN

Hari ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan kedudukan Datuk Ahmad Ismail dalam parti. Beliau telah digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.


Mesyuarat khas yang terdiri daripada 48 anggota dan merupakan badan membuat keputusan Tertinggi UMNO telah bersidang selama 3 jam ekoran kontroversi yang tercetus oleh Ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina. Dan inilah keputusan yang telah diambil oleh MT UMNO.


KoMEN; Sebenarnya isu ini perlu dilihat dari 'view' lain, iaitu sape-sape yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tidak kira dari parti Kerajaan mahupun PAKATAN RAKYAT perlu diambil tindakan segera.


Negara kita telah pun pernah mencipta sejarah 15 Mei takkan kita nak ulang lagi peristiwa hitam tersebut. Kita sebagai rakyat boleh bersuara menyatakan pendapat pada semua pihak namun isu sensitif perlu dihindarkan. Jika kita nak juga membincangkan isu ini kita ada saluran yang betul gunakan sebaik yang mungkin.


Sumandak mengeluarkan pandangan ini bukan memihak kepada sape-sape tapi ini adalah realiti; kita capai MERDEKA tanpa menumpahkan sedikit darah pun. Takkan untuk memperbetulkan politik negara kita perlu 'berperang'. Rasanya ada pihak yang akan 'ketawa' tengok keadaan kita. FIKIRKAN lah bersama isu ini..............

Selasa, September 09, 2008

Tun MaHAthir BaKAL KemBALI PaDA UMNO

Sumandak terharu bila mana dengar ceta Tun Mahathir akan kembali kepada UMNO.... Sememangnya satu kerugian bila Tun keluar dari UMNO pada Mei 2008. Ini bukan bermakna Sumandak hendak bezakan antara Tun dan Pak Lah. Kedua-dua pemimpin punya cara tersendiri dalam memimpin negara.
Pak Lah adalah pemimpin negara yang masih unggul di mata MALAYSIA walaupun banyak cara dan usaha pihak PAKATAN RAKYAT nak cemarkan imej kepimpinan beliau. Macam juga pemimpin di Sabah, Datuk Seri Musa- banyak sangat strategi pihak musuh nak tumbangkan beliau. Tapi orang kata tuah manusia kita tak nampak.
Berbalik kepada ceta Tun, kembalinya TUN dalam UMNO (jika menjadi realiti) bukan sahaja akan menangkis banyak isu malah kepimpinan kita akan lebih bersemangat semula. Sumandak yakin Bro Anwar akan sedikit kecut perut juga bila kita bersatu semula.
Sajalah Sumandak kata Bro Anwar kecut perut sikit aje bukan ape nanti kru-kru dia bantai Sumandak macam dorang bantai rakan media Sumandak masa kat Permatang Pauh lagilah naya......Kalo bantai dalam blog ok gak.....
Ape pun keputusan Tun kita akan terima dengan tangan dan hati terbuka.

RamLANG kemBAli BERtugas


Sumandak heran jugak dengan Imam Wilayah Kuala Lumpur yang kelahiran Sabah ni apa pasal takut nak pigi bertugas (agak-agaklah) kalo dia rasa bersalah mungkin juga......tapi Sumandak terkejut bila mana peguam dia ada sebut pasal tahap keselamatan dia. Oiyoooo....HEBAT tapi Imam Ramlang negara kita masih lagi aman plus sistem kehakiman dan tahap keselamatan negara KITA pun masih lagi 'releven'.

Jadi tak perlu lah bimbang tawakal aje......takkan naik pentas berani tapi naik pejabat tak berani (periuk nasi tu) nanti sape nak bagi ko rezeki kalo bukan USAHA sendiri.

Isnin, September 08, 2008

Pensiangan BakAL BerDePan DenGAN PiliHAN Raya KeCIL

Mahkamah Tinggi hari ini mengumumkan bahawa kemenangan Tan Sri Joseph Kurup (BN-PBRS) di kawasan P.182 Pensiangan dibatalkan dan tidak sah.

Dijangka rakyat Sabah khususnya di kawasan Pensiangan akan berdepan dengan Pilihan Raya Kecil. Harap masa tu pilihan rakyat masih lagi utuh di belakang kepimpinan BN.

TinDAkan Wajar ZUL -PKR DeMI PerTahaNkan AgaMa IsLam

Sumandak terharu bila melihat Zul sanggup dikenakan apa juga tindakan disiplin daripada Kepimpinan atasan PKR kerana beliau telah mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos. Blog Zul dan berita terkini Zul
Inilah bukti 'orang Melayu' / 'umat Islam' yang telah membuang segala ideologi politik demi pertahankan agama dan bangsa. Rasanya rakyat MALAYSIA khususnya yang beragama Islam dan orang Melayu sanggupkah tengok Encik.Zul dikenakan tindakan selepas apa yang beliau lakukan. Kita tunggu dan lihat Kepimpinan PKR dalam tangani isu dalaman ahli mereka ini...... Gua caya sama lu lah ZUL........
KoMEN: Perjuangan demi agama dan bangsa kena ikhlas agar segala perjalanan kita pun akan diBERKATI tapi kalo niat kita untuk populiskan diri di mata orang-orang politik agenda ni takkan ke mana. Hanya DIA sahaja mengetahui apa yang telah dilakukan oleh ZUL.

Ahad, September 07, 2008

MeDIA MaLAYsia Tak BEbas Banding MeDIa LuAR- ANWAR

SuriaPagi hari ni bersarapan pagi dengan isu Anwar dah labelkan media Malaysia tak bebas berbanding media kat luar negara. Takkan sekarang ni baru nak keluarkan 'statement' sedangkan masa Anwar pernah jadi pemimpin kerajaan dulu beliau juga antara wakil kerajaan menegaskan peranan media macam mana hinggakan mampu mengawalselia salah satu syarikat media tempatan di Malaysia untuk kepentingan diri. (Refresh balik 'memory' ANWAR kerana kami dulu antara kakitangan media tersebut).

".....media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut
pandangan kerajaan BN, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada
media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan
terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku."
(Laporan penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Delima KaTak Nak LomPat

Sumber: http://pilihan-anda.blogspot.com/ (versi sabah pulak)

Sekitar Lobi Paya Lumpur.......... (lokasi tetap dikekalkan)

Puru 1 : Jadi jugak 16 haribulan ni yok....... kitaorang mau pindah......?

Puru 2: Aku pun ndak tau lagi ni, ndak ada bah lagi sicknal dari bos ni mau pindah atau tidak. Aik aku pun paning kapala sudah ni.......ndak sabar btoi sudah ni.....

Puru 1: Aku lagi la semangat sudah mau pindah ni kalo 17 haribulan pun aku ok aje tatap dilayan punya.

Puru 2: Aku rasakan bos kita ni mau ikut jugak bah sama kita punya rombongan mangkali....

Puru 1: Mangkali lah jugak saja mau buat heboh satu SABAH bah tu......



PERKARA 153 - SejaRAH Tak Boleh DiUbah

SuriaPagi rasa terharu bila membaca semula kepentingan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara kita... Rakyat Malaysia khususnya golongan belia perlu membaca rencana ini - ancaman kepada Melayu untuk mengimbau semula hak kita di negara ini bukan ikut hati muda aje.

Bukan niat SuriaPagi nak keluarkan isu perkauman lagi tapi cukup untuk membuka semula sejarah yang telah membentuk negara ini.. marilah kita hayati bersama dan di sini juga akan menjawab isu Melayu Iibreal, hak orang Melayu, DEB dan banyak lagi.

Lagu Enjit Semut -HEBAT Paparan BuDaya MeLayu


Hebatlah...... sape-sape yang menciptanya SuriaPagi rasa anda antara insan seni yang terhebat dipasaran TAHNIAH. Rakyat Malaysia perlu tengok dan hayati mesejnya anda takkan rasa rugi pasti nak dengar lagi...... (Boleh tengok kat Youtube flow keyword Melayu Brotherhood- enjit-enjit semut)

KaTAK Nak MElanCONG



Rasanya tiket@set nak pi Sabah dah penuh la bagi rombongan ni......dorang nak join 16 September 2008 dikatakan kat Sabah tapi takkan jadi realiti. Hanya mimpi semata-mata.

PemimPin BN di SaBAH jAwaB SpeKulasi PoLItIK Part 1

1. Respon pemimpin PBS-BN di Sabah untuk 'clearkan' isu sms....
Berita terkini: Pemimpin PBS

2. Realiti yang perlu dihadapi oleh parti SAPP.
Berita terkini: Pemimpin SAPP

Sabtu, September 06, 2008

MeLAYU Perlu MiNTa mAAF ke?

SuriaPagi nak tahu perlukah orang Melayu minta maaf ekoran daripada isu Datuk Ahmad Ismail.
Ni pendapat berita yang perlu kita tahu : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22255029&sec=nation

MALAYSIA Talabih CanGGih

SuriaPagi tengok budaya rakyat kita semakin 'talabih'dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar era abad ke-21.
Orang bersumpah laknat diragui kesahihannya ape lagi mohon maaf terbuka juga dipaksa kononnya nak jaga perpaduan kaum di negara ini.
Sememangnya budaya orang Melayu kalo bersumpah laknat orang ni dah kira 'hero' sanggup gadai nyawa dengan Allah s.w.t demi dapatkan kebenaran. Apa lagi nak minta maaf dihadapan lebih 7 juta penduduk Malaysia. HEBAT btoi cara orang MALAYSIA tangani masalah semasa.
Tapi hairannya nape perkara ni semua dihadapi oleh orang Melayu? Orang India atau Cina yang lantang cakap pasal hak keistimewaan orang Melayu tidak pula didesak minta maaf atau bersumpah ikut kepercayaan agama mereka. (MACAM ada yang tak kena).
Sampai bila nak kehidupan yang 'talabih' ni. SuriaPagi bukan berniat nak semarakkan lagi sentimen perkauman yang sememangnya sensitif di kalangan kita tapi fikirkan lah takkan kita nak korbankan 'kemakmuran', 'kedamaian', 'keselesaan' dan 'ke' yang sewaktu/sejenis dengannya.
SuriaPagi yakin orang Cina atau India tak nak juga negara jadi macam Bangkok pasal sini juga tempat mereka lahir sampai bercucu cicit, lain lah kalo 'kita' ni ada 2 kenegaraan (semangat demi negara memang tarak ada jugak).
Fikirkanlah sampai bila nak 'tegangkan' negara hanya perkara remeh yang boleh diatasi bersama. Setiap kaum ada pemimpin buat perbincangan, apa guna akal ni disediakan untuk buat 'meja bulat'. Runding baik-baik akan lahir satu idea yang lebih BERNAS demi anak dan cucu di negara ni jugak.
Bagi kerajaan PAKATAN RAKYAT pun sama kewanitaan Datuk Seri Wan Azizah telah menyerlahkan kepimpinan tokoh Perempuan Melayu Terakhir (peranakan Melayu) darah yang mengalir pada diri beliau bukti negara kita suka 'budaya campur' bukan 'tolak'. Dorang ni kalo part kaum pun akan bersatu untuk pastikan mereka tetap punya hubungan yang harmonis. Cuma tolonglah nasihatkan jangan jadi pengkhianat bangsa kerana yang rugi RAKYAT MALAYSIA sendiri termasuk darah daging PAKATAN RAKYAT.
p/s: Amerika takkan dapat tolong bila satu bangsa/negara dah runtuh malah mereka akan lari dengan anak-anak kacutan MELAYU-AMERIKA / CINA-AMERIKA /INDIA AMERIKA.
Renungi bersama SuriaPagi pencetus minda kelas satu........

NaK RAJA PETRA MoHon MaAF HiNA IsLAM

Beberapa hari sebelum ni kita dihebohkan dengan tindakan Datuk Ismail kononnya telah menghina kaum Cina di Permatang Pauh dan beliau didesak untuk buat kenyataan terbuka mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata yang mewujudkan isu perkauman di negara.

SuriaPagi nak tahu lah keadaan yang hampir sama dibuat oleh Raja Petra dalam blog beliau Malaysia Today telah mengeluarkan ceta menghina Islam. Patutnya sekarang ni umat Islam desaklah orang ni mohon maaf demi kesucian agama pulak.

Jangan je hanya nak capai agenda politik baru nak bertindak tapi kesucian agama dilupakan sebab orang tu boleh 'digunakan' untuk menghina dan mencabar kerajaan sedia ada.

Laporan penuh isu ini telah dibidas oleh Datuk Ahmad Zahid: http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357506

ANIFAH Sahkan SMS PalSU BN Bakal LomPAT PAKATAN

Berita Penuh kenyataan daripada Anifah mengenai isu BN nak jadi 'katak' demi sertai PAKATAN ni lah realiti yang perlu dihadapi oleh PAKATAN RAKYAT.
Laporan penuh: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=59695

(SAPP is facing a split?) KriSIS DaLAman SAPP

Sumber : Daily Express 5/09/08
Kota Kinabalu: The Sabah Progress Party (SAPP) appears heading for a split with several high ranking party officials contemplating leaving the party over its current acrimony with the Barisan Nasional leadership.

It was reliably learnt that at least two Vice Presidents and up to six Supreme Council members from the interior and East Coast may quit in the coming days, as they disagree with the decision taken by its President Datuk Yong Teck Lee to repeatedly embarrass the top BN leadership at every opportunity.

Yong had called for a vote of no-confidence against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

It was understood that the party's Secretary-General had gone to Sandakan to persuade party members in the districts not to leave.

The party's leadership detected the displeasure of the said Vice President and Supreme Council members when they boycotted a convention on Sabah Issues organised by the SAPP last Saturday.

Former Sabah Chief Minister Datuk Harris Salleh spoke at the convention.
The source said even Tawau MP Datuk Dr Chua Soon Bui had distanced herself from the party leadership.

On June 19, SAPP President Datuk Yong Teck Lee dropped a bombshell by declaring that the party had lost confidence in the PM.

Yong said two MPs, Datuk Dr Chua Soon Bui and Datuk Eric Manjimbun would support a vote-of-no confidence against the Prime Minister in the Parliament sitting beginning then on June 23.
However during the press conference several SAPP members were absent including, its Deputy President Datuk Raymond Tan Su Kiah, who is also Deputy Chief Minister, Assistant Minister Melanie Chia (SAPP Wanita Chief), Deputy Speakers Datuk Frankie Chong (Vice President), Likas Assemblymen Datuk Liew Teck Chan (Vice President) and Elopura Assemblymen Aw Kam Wah (Youth Chief).

According to the source, many are fed-up with the way Yong led the party as most of the statements he (Yong) made were not agreeable to the majority of the party leaders and Supreme Council members.
KoMEN: 'KETAM' nak ajar anak berjalan lurus tapi diri sendiri jalan pun tak betoi.........ALAMAK talabih sudah.

Jumaat, September 05, 2008

Datuk AhMad IsMAIL takKAn MinTA MAaf

SuriaPagi rasa lega bila Datuk Ahmad Ismail tampil dan beri kenyataan dalam ceramah yang telah beliau keluarkan semasa membantu Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh.
LaPORAN PENUH sila layari :http://www.malaysiakini.com/news/89165

KoMEN: Nak tengok respon pemimpin CINA dan INDIA selepas siaran akhbar Datuk Ismail ni disiarkan......

SAPP BaKAL BeRpeCAH

Hari ni SuriaPAgi terkejut dengan kenyataan akhbar yang kepimpinan SAPP bakal berpecah kepada 2 kumpulan. Kumpualn 1 akan mengekalkan Presiden Parti, Datuk Yong Teck Lee dan kumpulan 2 akan diketuai oleh YB Datuk Raymond Tan.
Ni semua pasal cadangan nak teruskan undi tak percaya kat PM oleh Kumpulan 1. Tak habis-habislah kerenah Datuk Yong, dalam blog SAPP pun dorang ni lantang nak juga teruskan niat yang tak pernah kesampaian walhal masih lagi di bawah ketiak BN.
Dalan kenyataan akhbar Daily Eksprees 05/09/08 turut menyentuh punca perpecahan kepimpinan parti ini sememangnya atas sebab keangkuhan serta kebodohan Datuk Yong sebagai Presiden parti. SuriaPagi berani katakan Datuk Yong angkuh dan bodoh pasal ramai ahli SAPP sendiri menyatakan bahawa niat membawa usul tidak percaya pada PM adalah agenda peribadi Presiden parti dan tidak ada kena mengena dengan suara majoriti ahli parti tersebut.
Jelaslah kini Datuk Yong semakin terdesak macam ANWAR yang hendak bentuk kerajaan baru menjelang 16 September 2008. SuriaPagi akan sentiasa memberi 'sinaran' pada bumi Sabah dan turut menanti tindakan selanjutnya daripada 2 tokoh pemimpin yang dulu kita boleh 'banggakan' tetapi sekarang ni mereka boleh juga 'dibanggakan' sebagai 'PEMIMPIN DAYUS dan MUNAFIQ'.

SMS Palsu GemPAK SaBAH

SuriaPagi terima hari ni sms yang berbaur fitnah dan satu pembohongan BESAR yang sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu. Kenyataan sms tersebut seperti berikut:-

"5 Sep 2008 simultaneous press conference at 3pm: GERAKAN, PPP, SAPP, SPDP, UPKO, LDP and PBS will be announcing their withdrawal from BN at their respective party HQ. They will also be the first block crossover to PAKATAN".

Ni dah kira kemaruk nak memerintah negara dengan menggunakan pintu belakang. Terlalu besar desakan dan kehendak pihak PAKATAN untuk membentuk sebuah negara sekular/republik menjelang 16 September 2008.

Untuk mengalih fokus rakyat yang sedang menghitung hari wujudlah siaran sms berulang dan paling populis yang difikirkan terlalu bijak untuk membodohkan rakyat MALAYSIA khususnya di SABAH. Namun fitnah ini tak akan ke mana kerana kami masih lagi yakin bahawa PARA PEMIMPIN di bawah BN masih RELEVEN DAN BERAKAL untuk menentukan kerajaan yang sesuai memerintah MALAYSIA.

WaJAH SeBENar RAmLang

Sumber : Utusan Malaysia 4/09/08

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof. Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menuntut Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dan akhbar Suara Keadilan serta Siasah meminta maaf secara terbuka kepadanya.
Beliau berkata, tuntutan ini berhubung penyiaran kenyataan fitnah Ramlang di dua akhbar tersebut yang telah mengaitkannya sebagai orang yang mengatur dan menguruskan acara sumpah laknat bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, berita yang memetik wawancara dengan Ramlang itu adalah tidak benar sama sekali kerana beliau bukan sahaja tidak pernah mengenali Ramlang tetapi juga tidak pernah menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan itu.
''Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Mohd. Saiful adalah satu pendustaan.''Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. ''Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiayai saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Artikel mengenai isu itu disiarkan Suara Keadilan di muka surat 11 di bawah berita bertajuk 'Najib dalang sumpah - Imam Ramlang Porigi' dan 'Imam dedah cerita sebenar - kempen liwat BN hancur' pada edisi 27 Ogos 2008 - 3 September 2008.
Selain itu terdapat rakaman video temuramah dengan Ramlang di dalam Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos 2008.Sementara dalam akhbar Siasah, ia disiarkan di muka surat tiga di bawah tajuk 'Siapa malu besar di Permatang Pauh' yang dimuatkan dalam keluaran akhbar itu yang bertarikh 31 Ogos 2008 - 6 September 2008. Ramlang merupakan imam yang menyaksikan Mohd. Saiful membuat sumpah laknat ke atas Anwar yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.
Ramlang bagaimanapun kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila muncul di atas pentas politik ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh untuk mengumumkan bahawa dirinya telah 'dipaksa' untuk menjadi saksi Mohd. Saiful dengan mendakwa diarahkan oleh 'orang atasannya'.
Sementara itu, tegas Khairil, selain menuntut Ramlang dan akhbar itu meminta maaf, beliau juga mahu mereka menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah lagi mengelirukan dalam keluaran akhbar itu yang akan datang.''Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar ini diterbitkan di halaman utama kedua-dua akhbar tersebut.''Apa pun pada ketika ini, peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak-hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut,'' tegasnya.
Pada perkembangan yang sama Khairil menambah, dakwaan Ramlang bahawa berlaku pertemuan pada tarikh 15 Ogos antaranya dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan itu juga adalah tidak benar.Katanya, ini kerana ketika itu beliau sedang berada di Pulau Pinang bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang dengan itu, amatlah tidak munasabah untuk dirinya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.
''Akhbar Suara Keadilan dan Siasah juga tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripada pihak saya mengenai dakwaan Ramlang sebelum menerbitkan artikel temuramah tersebut.''Kepada Ramlang, saya menuntut agar beliau tampil membersihkan nama saya dan tidak berbohong dalam hal ini. Sebagai seorang pegawai agama, saya yakin beliau seharusnya memahami yang fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh,'' tegasnnya
KoMEN: Syukur alhamdullilah, Allah s.w.t Maha Berkuasa, wajah dan personaliti Ramlang dah mula terbongkar, rasanya ni bukan konspirasi nak kenakan Ramlang tapi adalah fakta yang beliau perlu terima. Ini baru pembalasan kat dunia belum di akhirat. SuriaPagi yakin sumpah laknat Mohd Saiful semakin menyerlahkan kebenarannya.

SAPP desak UMNO amBIK TinDAkan Ke ATas DaTUK IsMail

Sumber: Bernama 3 Sept 2008

KOTA KINABALU-- Parti Maju Sabah (SAPP) menyatakan kesal terhadap permohonan maaf Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bagi pihak ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail, dan berkata Najib perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin berkenaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, timbalan ketua penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata kegagalan berbuat demikian hanya membuktikan sikap hipokrit Barisan Nasional khususnya dalam menangani tingkah laku anggotanya.

"Datuk Ahmad Ismail sepatutnya diberikan surat tunjuk sebab dengan serta merta
mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana membuat kenyataan
perkauman sedemikian, atau beliau patut meminta maaf kepada semua rakyat
Malaysia, dan bukan (parti) melindunginya dengan meminta maaf bagi pihak
beliau," kata Chong.

Ahmad dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu bulan lepas semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

KoMEN; SuriaPagi terhidu sesuatu yang tak kena dengan tindak tanduk SAPP nak desak UMNO kenakan tindakan kepada Datuk Ismail. Rasa-rasanya yang tersirat, SAPP nak alihkan 'balingan batu dari tangan mereka' agar tumpuan ahli BN sikit beralih daripada fokus utama.... PANDAI-pandailah bawa diri ye SAPP. JAGA TEPI KAIN SENDIRI agar kain anda tak dibuka.

YakiN MP BN SaBAH TiDak MeLOMpat

Sumber: Bernama 4/09/08
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) -- Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Anifah Aman menafikan spekulasi yang tersebar luas mengatakan beberapa anggota Parlimen BN dari Sabah akan melompat menyertai Pakatan Rakyat (PR) mulai esok.
"Tiada perkara seperti itu...tidak ada MP BN Sabah membayangkan hasrat untuk melompat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Anifah, yang juga MP Kimanis, diminta mengulas khabar angin yang tersebar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan internet yang MP Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dalam beberapa hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut berkata baru-baru ini bahawa tarikh 16 Sept bagi sebilangan besar MP BN melompat ke Pakatan Rakyat kekal seperti ditetapkan.Tindakan 30 anggota Parlimen BN menyertai pakatan itu akan membolehkannya mengambil alih kerajaan persekutuan.
Sementara itu, timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun menyifatkan SMS itu semata-mata khabar angin untuk mencetuskan minat bagi perbincangan mengenai situasi politik negara semasa.Tetapi bila ditanya mengenai khabar angin bahawa sejumlah MP BN Sabah akan bercuti mengejut ke seberang laut hujung minggu ini, MP Sepanggar itu mengesahkan ada menerima panggilan daripada "seseorang" yang mengatur lawatan berkumpulan itu.
Beliau enggan mendedahkan butiran panggilan dan identiti pemanggil, sambil menyatakan beliau "tidak dapat turut serta"."Saya sibuk dengan program untuk menyampaikan "ole-ole" kepada pengundi Muslim saya dalam bulan Ramadan," katanya.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing bersetuju bahawa SMS adalah khabar angin untuk mengelirukan rakyat.Bumburing berkata beliau akan berada di Sabah pada hujung minggu tetapi enggan bercakap mengenai lawatan ke luar negara itu.
KoMEN;
SuriaPAgi tetap yakin dengan keputusan MP BN takkan jadi 'katak' kerana rakyat pilih mereka berdasarkan karisma kepimpinan yang mereka ada di bawah tiket BN.

Khamis, September 04, 2008

DS NAJIB MoHon MaAF

Ramai yang beri respon negatif dan menyalahkan napelah DS Najib buat 'statement' minta maaf untuk isu yang berlegar dengan tindakan daripada Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.
Dah menjadi adat orang yang berpangkat bila kena tanya oleh wartawan jawapan ini akan dibuat tapi tidak bermakna DS Najib yang perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini. SuriaPagi lebih rasa releven jika Datuk Ahmad sendiri tampil dan selesaikan isu ini dengan segera.
Kita sebagai rakyat MALAYSIA yakin pemimpin kita tahu apa nak buat (bukan nak tekan lif sendiri = angkat bakul sendiri) tapi ini adalah realiti kepimpinan negara kita pada hari ini. Tengok je DAP selalu gunakan Karpal Singh menyentuh dan membicara isu perkauman tapi nape dia tak perlu minta maaf. Isu macam ni kalo dilayan sangat negara hanya akan tahu berpolemik politik dan lupa agenda negara yang paling besar NAK MAJU DAN CAPAI WAWASAN 2020.
Jadi jawapan yang sesuai DATUK AHMAD mohon tampil bukan buat sumpah laknat tapi jernihkan air yang Datuk dah keruhkan semasa kempen di Permatang Pauh. Renungilah perpaduan negara kita yang mempunyai keunikan dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

UPKO PerTaHANkan SeMUla SAPP

SuriaPagi nak tahu apa sebenarnya niat di hati Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok pernah mengeluarkan siaran akhbar memberi respon kurang baik ke atas tindakan Presiden SAPP yang hendak menyusulkan undi tidak percaya kepada PM.


Top-top kat Harian Ekspres 3/9/08 ada pula kenyataan Dompok berbunyi macam ni pulak ape dah jadi:-

"Kalau kita teliti betul-betul jelas sekali usul undi tidak percaya (terhadap Perdana Menteri) ini bukan hanya masalah kepada SAPP tetapi masalah kepada ramai pemimpin yang lain".

"Malah dalam UMNO sendiri pun ada pemimpin yang secara terang-terang menyampaikan mesej yang sama... jadi kita rasa tidak perlu ini dijadikan alasan untuk mendisiplinkan SAPP"

"Kita lihat selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, pihak UMNO telah menagdakan
pertemuan atau perbincangan dengan Pas untuk membentuk kerajaan campuran di
Selangor dan mungkin juga di Perak."

KoMEN SuriaPagi:

Keliru dan tak paham SuriaPagi peranan yang dibawa oleh UPKO, tapi nak betulkan sikit fakta yang SuriaPagi 'paham' pertemuan antara UMNO dan PAS adalah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan agama Islam di negara ini. Setahu SuriaPagi tanggapan orang ramai yang lebih suka melabelkan pertemuan itu bakal membentuk kerajaan campuran tapi itu adalah 'auta' bukan 'fakta'. Harap Tan Sri Dompok jangan lah ye kelirukan rakyat di Sabah paning ba kami di sini.

40 MP bakal Realisasikan impian PKR

SuriaPagi sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).
Dari dulu (selepas PIRU ke-12) hinggalah hari ini kenyataan -kenyataan seperti ini disajikan kepada rakyat MALAYSIA. SuriaPagi sebagai rakyat Sabah tertanya-tanya juga 'gimik' PKR ni bila nak tunjukkan nama-nama 'MP' yang bakal mengkhianati rakyat dan negara demi kepentingan diri.
Betul cakap Tun Mahathir kalo nak tunjuk 'protes pada kepimpinan BN jangan sampai nak musnahkan negara sendiri dengan bagi ruang dan peluang kat Pakatan Rakyat memerintah negara'. Baru tu setiap perjumpaan PKR nak buat di Sabah agak-agaklah ye ingat rakyat Sabah ni kemaruk or taksub sangat ke dengan kepimpinan PKR.
Buktikan dulu cakap korang tu jan nak dapatkan saja 'publisiti murahan'. Rakyat SABAH menanti kedatangan tuan/puan kerana kami masih releven dengan kepimpinan kerajaan BN demi pembanggunan dan kemajuan.

Selasa, September 02, 2008

ErTI MerDEKA Part 3

video


HAYATI DAN RENUNGi BERSAMA MESEJ SEBENAR IKLAN INI WAHAI

'BELIA' MALAYSIA

3 perkara yang perlu kita hayati dan renungi bersama:-

1. Tuah ayam terletak pada tajinya tuah manusia sape yang tahu.
2. Manusia kaya dengan 'perancangan hidup' namun miskin dengan 'pelaksanaannya'.
3. Erti merdeka datang dari sanubari kita namun pengertiannya sering disalah tafsirkan hingga wujud budaya
'kurang ajar' terhadap negara yang dicintai.



UMNO bukan Parti OraNG Melayu SaJA

SuriaPagi ingin sentuh keahlian UMNO dikatakan hanya untuk orang Melayu. Perkara ni tak betullah kat Sabah keahlian dalam parti ni bukan saja di kalangan orang Bumiputera Islam (Melayu) tetapi ramai juga ahli di kalangan Bukan Bumiputera Islam.
Kalo nak tahu lebih lanjut jom pi Sabah tengok keahlian UMNO Sabah. SuriaPagi 'confirm' bagi jaminan 'SIRIM MALAYSIA' lagi (ops talabih sudah).

ErTI MerDEKA Part 2



Kita masih lagi berada dalam suasana hari Merdeka sehinggalah 16 September 2008 yang mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Tanah Melayu dan terbentuklah negara MALAYSIA.


SuriaPAgi ingin membawa anda sekali lagi merenung mesej gambar di sebelah kanan anda. 'Jalur Gemilang' diterbalikkan lagi secara 'live' di atas bumbung sebuah rumah/bangunan rakyat Malaysia sendiri.(bukan dalam blog)
Apa erti semua ni hanya nak tunjuk protes sampai sanggup mencemuh bendera sendiri. ditengah-tengah Galur Gemilang ada pula terselit bendera parti yang kini semakin 'hangat di pasaran'. RENUNGlah bersama wahai BELIA sanggupkah anda meludah tanah air anda sendiri hanya ingin merealisasikan idealogi politik individu yang bertopengkan manusia.

GERAKAN desak UMNO

SuriaPAgi nak respon sikit keadaan semakin 'tak terkawal' dengan beberapa kenyataan akhbar daripada GERAKAN untuk desak UMNO ambik tindakan kat Ketua Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail disebabkan kenyataan yang berbaur perkauman semasa di Permatang Pauh.
PM dah respon pun benda ni diharap pihak GERAKAN sabar dan tunggu serta lihat apa yang akan dilakukan oleh pemimpin atasan BN. SuriaPAgi yakin PM tak mengambil ringan isu ini kerana yang jelas DAP dah buat peranan 'tuang minyak peltrol' lagi agar lebih nampak 'meriah' macam maskot dia ROKET.
Bukan bermakna bila singa DAP dah mengaum baru PM bertindak, tidak tetapi ini adalah isu besar yang melibatkan isu kaum di MALAYSIA. Yakinlah kepimpinan kita masih lagi RELEVAN bukan REPUBLIK yang hanya tahu corek masalah tapi tak pandai bagi idea dalam DEWAN RAKYAT.

MiMPI Tak KesamPaiAN '16 SepT'


16 September 2008 adalah tarikh keramat bagi Pakatan Rakyat. Mampukah mereka membentuk kerajaan baru pada tarikh tersebut?

Menjadi satu persoalan yang perlu dijawab oleh semua ahli Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS) ada persefahaman ke sudah untuk bentuk kerajaan?

Rakyat Malaysia sedang 'Menghitung Hari' kata Krisdyanti untuk melihat mampukah bapa 'Republik Malaysia' (DSAI) bentuk kerajaan atau hanya mampu mewujudkan lubuk utama di Permatang Pauh? FKIR-FIKIRkan bersama.

Isnin, September 01, 2008

FoRMat BarU BN dISokONG

Sumber: Utusan Malaysia 1/9/08
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju bahawa BN perlukan format baru untuk menarik sokongan generasi muda.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, BN perlu mendengar suara generasi muda dan membuat perubahan untuk terus relevan.

''Ini menuntut semua dalam BN termasuk komponen menerima landskap politik bincang secara ikhlas, jujur, hormat-menghormati pegangan masing-masing,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa format dan pengisian BN perlu diolah semula bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah.

Menurut Hishammuddin, Exco Pemuda UMNO sudah pun mengumpul maklum balas daripada golongan muda sejak enam bulan yang lalu.

''Golongan yang terlibat ialah profesional muda, pekerja kilang dan pemuda motor.
''Setiap parti termasuk parti-parti dalam pakatan rakyat masih lagi berasaskan perkauman. Oleh itu BN paling sesuai. Saya yakin BN boleh,'' kata Hishammuddin.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pada masa ini wujud satu trend iaitu kononnya lebih 'hebat' jika para remaja menyokong pembangkang.

''Perkembangan ini menjadi satu halangan mental dalam menarik lebih ramai golongan muda kembali kepada BN.

''Justeru BN perlu mencari satu formula di mana golongan muda akan merasa lebih yakin dan serasi dengan BN berbanding pembangkang,'' katanya.

PerhatianMenurut Shahaniza, golongan muda merasakan suara mereka banyak mendapat perhatian pembangkang yang sentiasa berusaha menambah sokongan pada semua peringkat.

"Mereka anggap 'cool' kerana peranan mereka mendapat perhatian, suara mereka didengari terutamanya menerusi luahan di Internet.

"Oleh itu, BN perlu cari jalan bagaimana suara mereka ini dapat diluahkan dalam medium yang lebih baik dan menampakkan ia bukan sahaja diberi perhatian malah turut diambil kira dalam membuat dasar," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai bersetuju bahawa BN memerlukan format baru memandangkan golongan muda pada masa ini mempunyai aspirasi yang berbeza.
''Kerjasama di antara semua parti-parti komponen BN perlu dipertingkatkan dan dieratkan.

''Kita tidak boleh mengunakan konsep UMNO berkempen untuk kawasan Melayu, MCA di kawasan Cina dan MIC di kawasan India. BN perlu mengadakan kempen bersama,'' katanya.
Jelas Tiong Lai, parti-parti komponen BN juga perlu berhenti memainkan isu perkauman kerana rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

''Selain itu, mesyuarat BN perlu diadakan di peringkat pusat, negeri dan daerah supaya kerjasama di akar umbi sentiasa kukuh.

''Selama ini BN hanya bermesyuarat di peringkat pusat sementara parti komponen di peringkat negeri dan daerah kerjasama BN dilihat kurang mantap,'' katanya.

Sementara itu, di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah melaksanakan beberapa perubahan yang sesuai dengan kehendak golongan muda di negeri ini bagi menarik penyertaan mereka dalam BN.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak telah mengamalkan dasar tersebut menerusi pelaksanaan Dasar Gelombang Kedua yang diperkenalkan ketika pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 2006.

Menurutnya, langkah mendekati golongan muda ini dengan memberi penjelasan berhubung dasar kerajaan adalah perlu kerana mereka akan mengambil alih kepimpinan dari barisan pemimpin sedia ada.

''Sehubungan itu, kita telah mewujudkan dasar ini yang memberi peluang kepada generasi muda memahami apa yang dilaksanakan oleh pemimpin sekarang," katanya.

Abang Johari menambah, PBB menyedari akan pentingnya golongan muda ini memahami apa yang dilaksanakan kerajaan kerana pembangunan yang dibuat ini adalah untuk kebaikan mereka di masa hadapan.
KoMEN; SuriaPAgi yakin agenda ini dapat direalisasikan jika semua pemimpin BN bersatu. YAKIN lah anda adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan rakyat sehingga hari ini masih menantikan tindakan yang wajar dalam tangani pelbagai isu negara.

UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP

Sumber: Utusan Malaysia Online 1/9/08
KOTA KINABALU 31 Ogos - Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) akan mengkaji semula sokongan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) sekiranya parti itu berterusan menentang pucuk pimpinan BN.

Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing berkata, adalah sukar bagi parti itu untuk terus membela SAPP jika parti itu berterusan mengkritik dan menentang kerajaan.

"Tindakan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang kini lebih kritikal menentang kerajaan menyebabkan sukar bagi UPKO untuk terus membelanya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UPKO Bahagian Petagas di sini semalam.

Katanya, sebelum ini UPKO mempertahankan SAPP yang menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana merasakan tidak adil hanya SAPP dikenakan tindakan.

Menurut beliau, UPKO berpendirian sekiranya SAPP dikenakan tindakan, pemimpin lain yang mahu Abdullah meletak jawatan juga harus dikenakan tindakan yang sama.

Dalam pada itu, Bumburing berkata, BN harus memperkasakan dirinya bagi mempertahankan popularitinya yang semakin merosot.

"BN perlu berubah secara dalaman. Jika hanya ubah jenama tidak bermakna. Harus ada erti sebenar kesaksamaan dan persahabatan," ujarnya.
KoMEN:Para pemimpin BN perlu bersatu dan dapatkan kolektif idea yang berupaya menaikkan semula populariti BN khususnya di mata 'belia'. SuriaPagi yakin 'misi' ini akan dapat direalisasikan demi sebuah negara yang telah merdeka 51 tahun. Perpaduan yang kita nikmati jangan disia-siakan hanya disebabkan perbezaan ideologi. TAHniaH UPKO kerana telah nampak belang SAPP yang tidak lagi relevan dalam BN.

PinTU BelAkanG DemOkrASI

Tergerak hati SuriaPAgi nak lontarkan sedikit pandangan isu 'PinTU BelAkanG DemOkrASi', dan hampir seminggu kita disajikan dengan Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh kiranya kalo dihidangkan nasi lemak (dalam tempoh masa yang sama) kat kita sama ada kita dah 'jemu' atau dah 'basi'. Mual pun ada dan kita akan mula beralih kepada hidangan yang lain.
Tapi hairan jugak cerita kat tempat tu masih lagi meniti dibibir segelintir rakyat. Banyak sangat polemik politik hingga menjejaskan ketulenan rasa dan agendanya. SuriaPAgi tak nak juga ketinggalan dengan 'arus gelombang' politik negera. Jadi sudi-sudilah 'bermesra' dengan topik ini.
Sepanjang tempoh DSAI berkempen di Permatang Pauh banyak sangat tuduhan liar yang dilemparkan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak. SuriaPagi akan lebih menyentuh pemimpin Sabah yang dikatakan bakal menjadi 'katak' dalam parti BN.
Rakyat telah beri mandat dan kepercayaan kepada pemimpin Sabah yang telah memenangi hampir 98% kerusi yang dipertandingkan (59 kerusi DUN dan 24 kerusi PAR telah dimenangi oleh BN). Dalam keadaan zon selamat, Sabah digegarkan dengan suara sumbang Presiden SAPP dengan undi tidak percaya pada PM.
Namun hakikatnya parti ini masih lagi di bawah ketiak BN dan tidak berganjak. Persoalannya kenapa mereka masih kekal dalam BN sedangkan lantang mencemuh kepimpinan atasan BN. Isu kedua 'pintu belakang demokrasi', diandaikan bahawa akan ada pemimpin Sabah yang akan menyertai Parti Pakatan Rakyat hingga berupaya merealisasikan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Isu ini tercetus apabila dikatakan DSAI beri 'statement' akan dapat 'membeli' Ahli Parlimen BN, rakyat Sabah bukan lagi rakyat yang senang 'dibuli', 'diperbodohkan' dan diperkotak katikkan dengan pelbagai isu demi mencapai matlamat individu tertentu. Kita akan tunggu dan lihat tarikh keramat 16 September 2008 adakah isu ini menjadi realiti atau hanya sebagai retorik DSAI dan kunco-kunconya yang mudah memperdayakan pemikiran rakyat dengan pelbagai janji indah tetapi tidak juga dapat menunaikannya.
Rakyat MALAYSIA masih lagi relevan dalam membicarakan isu politik walaupun digegarkan dengan gelombang tsunami kecil oleh Pakatan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"