Isnin, September 22, 2008

SeMUA KauM CINA akan SoKOng PemBANGkang

Negara kita dah capai merdeka lebih 51 tahun....jika nak lihat hubungan di kalangan rakyat MALAYSIA sejak negara ini merdeka cukup unik hingga menjadi tumpuan serta penyelidikan bagi sesetengah negara yang sedang membangun.
Sumandak cukup bangga jadi rakyat MALAYSIA.....tapi hari ni terlalu banyak ceta politik hingga mampu jejaskan perpaduan negara. Terkini kenyataan akhbar; Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai mengingatkan masyarakat Cina tentang bahaya jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.
Jika perkara ini benar-benar berlaku rasanya negara kita bakal berdepan dengan satu lagi situasi yang sukar macam masa kita hadapi kenaikan harga minyak. Cuma bezanya kemungkinan besar akan berlaku pertumpahan darah di kalangan kaum jika isu ini sering diutarakan dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumandak amat mengharapkan kesedaran rakyat MALAYSIA, baik MELAYU, CINA, INDIA, Bumiputera Bukan Islam (SABAH & SARAWAK) bersatulah semula kerana ini sahaja dapat menjamin ketenteraman negara di samping mampu menyuntik semula ekonomi negara kita.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila cadangan untuk mewujudkan Akta Kaum di Malaysia, Menteri di Kabinet Swk; Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan berkata Sabah dan Sarawak tidak perlukan Akta itu. Kerana, masyarakat majmuk di negeri tersebut yang terdiri daripada kaum cina, melayu, india dan 33 kumpulan etnik nya, tidak langsung mempunyai masalah antara kaum. Bunyinya seakan lucu atau tidak masuk akal, tetapi ini di akui sendiri oleh orang semenanjung yang pernah datang bekerja di Sabah dan Sarawak. Masalah antara kaum ni hanya dirasai di semenanjung dan kami org2 Sabah dan Sarawak merasa amatlah hairan dengan keadaan tersebut terutamanya bila kami berkunjung ke sana. Suasananya amatla berbeza dimana wujud kawasan tertentu yang dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Saya rasa orang cina kena rujuk sejarah pembentukan Malaysia. Kenalah menghargai atau sekurang-kurangnya berterima kasih dengan kemakmuran negara baru mereka ini. DImana penduduk asal boleh menerima mereka seadanya. Saya bukanla menyokong kata-kata Datuk Ahmad Ismail tetapi lebih kepada imbasan balik sejarah negara mungkin ada yang terlupa. MCA atau Gerakan tidak mahu tunduk kepada pemimpin melayu. Tidak kah mereka mahu membandingkan keistimewaan yang mereka perolehi di negara kita berbanding di negara lain atau di negara asal usul mereka? Sedarlah dan bangkitlah dari mimpi. Pemimpin dan ahli YB kita yang telah diberi mandat oleh rakyat, tak ada gunanya memperjuangkan isu sedemikian jika hendak mempopularkan diri sendiri. Berjuanglah demi rakyat dan fokusla kepada amanah anda sebagai YB!!

sumandak bayu berkata...

Hebat ulasan dxpert

panglimapitas berkata...

tumpang lalu.
nda semua gak yg sokong pembangkang. aku berdoa semua rakyat Malaysia sokong kerajaan BN.

Tanpa Nama berkata...

pengulas politik semasa haha

sumandak bayu berkata...

tumpang lalu panglimapitas diterima.....sila kan

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"