Jumaat, September 05, 2008

YakiN MP BN SaBAH TiDak MeLOMpat

Sumber: Bernama 4/09/08
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) -- Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Anifah Aman menafikan spekulasi yang tersebar luas mengatakan beberapa anggota Parlimen BN dari Sabah akan melompat menyertai Pakatan Rakyat (PR) mulai esok.
"Tiada perkara seperti itu...tidak ada MP BN Sabah membayangkan hasrat untuk melompat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Anifah, yang juga MP Kimanis, diminta mengulas khabar angin yang tersebar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan internet yang MP Sabah dan Sarawak akan meninggalkan BN dalam beberapa hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut berkata baru-baru ini bahawa tarikh 16 Sept bagi sebilangan besar MP BN melompat ke Pakatan Rakyat kekal seperti ditetapkan.Tindakan 30 anggota Parlimen BN menyertai pakatan itu akan membolehkannya mengambil alih kerajaan persekutuan.
Sementara itu, timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun menyifatkan SMS itu semata-mata khabar angin untuk mencetuskan minat bagi perbincangan mengenai situasi politik negara semasa.Tetapi bila ditanya mengenai khabar angin bahawa sejumlah MP BN Sabah akan bercuti mengejut ke seberang laut hujung minggu ini, MP Sepanggar itu mengesahkan ada menerima panggilan daripada "seseorang" yang mengatur lawatan berkumpulan itu.
Beliau enggan mendedahkan butiran panggilan dan identiti pemanggil, sambil menyatakan beliau "tidak dapat turut serta"."Saya sibuk dengan program untuk menyampaikan "ole-ole" kepada pengundi Muslim saya dalam bulan Ramadan," katanya.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing bersetuju bahawa SMS adalah khabar angin untuk mengelirukan rakyat.Bumburing berkata beliau akan berada di Sabah pada hujung minggu tetapi enggan bercakap mengenai lawatan ke luar negara itu.
KoMEN;
SuriaPAgi tetap yakin dengan keputusan MP BN takkan jadi 'katak' kerana rakyat pilih mereka berdasarkan karisma kepimpinan yang mereka ada di bawah tiket BN.

2 ulasan:

Aspirasi berkata...

Laksanakan demokrasi sebenar.. bukan demokrasi katak....

Apabila Anwar sanggup membayar untuk membeli ahli Parlimen BN... jadi Apa lagi yang tidak sanggup dibuat oleh Anwar...

Jual Bangsa (bersekongkol dengan DAP Laknataullah untuk hapus ketuanan Melayu)

Jual Agama (bersekongkol dengan DAP untuk laksanakan negara Sekular)

Jual Negara (Bersekongkol dengan Amerika dan Israel serta sekutunya)

Teringat dulu zaman kejatuhan Melaka... apabila terdapat nama sikitul yang yang menjadi dalang Portugis untuk menjajah Melaka... Kali ini manusia jahanam tersebut namanya adalah ANWAR IBRAHIM....

sumandak bayu berkata...

Itu dah pasti kita doakan saja rakyat MALAYSIA sedar bahawa pilihan pemimpin mereka yang bertopengkan manusia ini perlu ditolak.

SuriaPagi bimbang mereka pilih dan akhirnya menyesal nak tarik balik pun susah kot-kot nak jadi Bangkok 2 pulak nauzubillah...

SaYaNG KInaBaLU - BamBOO OrchesRTa

KENunIkaN ANaK2 MudA KINaBalu yaNg MenGguNaKan AlaT MuZik TraDisIonal SePerti BamBU unTuk MenYamPaikAn LagU SAYANG KINABALU....JOM DeNGAR...(SiaP ba Lagi DiIRinggi DeNgaN Tarian SumaZau)

SiLIk SiLIk do mATo NU

ISAI BOH GIA NGARAN NU SUMANDAK KOH TALAWA KATARIK GINAWOKU SILIK SILIKAN MATOKU MIAGAL "SUMANDAK SANDAKAN"